4,186 Doktor Kontrak Ke Jawatan Tetap Tahun Depan - KJ

4,186 Doktor Kontrak Ke Jawatan Tetap Tahun Depan - KJ - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 4,186 Doktor Kontrak Ke Jawatan Tetap Tahun Depan - KJ, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 4,186 Doktor Kontrak Ke Jawatan Tetap Tahun Depan - KJ
link : 4,186 Doktor Kontrak Ke Jawatan Tetap Tahun Depan - KJ

Baca juga


4,186 Doktor Kontrak Ke Jawatan Tetap Tahun Depan - KJ

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia membelanjakan lebih RM377 juta untuk melantik 4,186 doktor kontrak ke jawatan tetap tahun depan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 3,586 adalah pegawai perubatan, 300 pegawai farmasi dan 300 pegawai pergigian.

“Daripada 10,583 pegawai yang tamat tempoh khidmat wajib, 4,186 pegawai telah pun dinilai dan boleh diperakukan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk lantikan tetap,” katanya di Dewan Rakyat ketika sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang mahu tahu jumlah implikasi tambahan kewangan Kementerian Kesihatan (KKM) sekiranya kerajaan bersetuju melantik doktor kontrak ke jawatan tetap.

Sementara itu Anwar berkata, beliau mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk melantik doktor kontrak ke jawatan tetap.

Katanya, doktor kontrak juga merupakan barisan hadapan dan isu terbabit sudah lama berlarutan.

“Sebab itu kita desak kerajaan supaya berikan keadilan pada mereka dilantik secara tetap dan implikasi kewangan itu saya tidak fikir menjadi satu alasan munasabah,” katanya.

Anwar juga meminta Khairy memberi jaminan untuk melantik 10,500 doktor kontrak ke lantikan tetap.

Bagaimanapun Khairy berkata, pandangan beliau tidak jauh daripada Anwar mengenai lantikan doktor kontrak.

Jelas Khairy, KKM akan melihat unjuran bilangan doktor kontrak yang diperlukan untuk dilantik ke jawatan tetap.

Pada 2 November lalu, kumpulan doktor hartal memberi kerajaan tempoh sebulan untuk menangani isu berbangkit berhubung pelantikan ke jawatan tetap membabitkan doktor kontrak atau berdepan mogok kali kedua sebagai membantah pengumuman Bajet 2022.

Dalam Bajet 2022, kerajaan bersetuju menyambung pelantikan secara kontrak lebih 10,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi selepas tamat tempoh khidmat wajib selama dua tahun kepada maksimum empat tahun ~ AstroAwani



Demikianlah Artikel 4,186 Doktor Kontrak Ke Jawatan Tetap Tahun Depan - KJ

Sekianlah artikel 4,186 Doktor Kontrak Ke Jawatan Tetap Tahun Depan - KJ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 4,186 Doktor Kontrak Ke Jawatan Tetap Tahun Depan - KJ dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/11/4186-doktor-kontrak-ke-jawatan-tetap.html

Subscribe to receive free email updates: