Najib Buat Apa Di Melaka Sebenarnya?

Najib Buat Apa Di Melaka Sebenarnya? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Buat Apa Di Melaka Sebenarnya?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib Buat Apa Di Melaka Sebenarnya?
link : Najib Buat Apa Di Melaka Sebenarnya?

Baca juga


Najib Buat Apa Di Melaka Sebenarnya?

BEKAS perdana menteri Najib Razak mungkin masih boleh menarik orang ramai ke mana sahaja beliau pergi tetapi sukar untuk melihat hal ini diterjemahkan sebagai sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya Melaka, kata pengundi dan pemerhati politik.


Namun begitu, usaha beliau berkempen untuk BN walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi, adalah pelaburan dalam usaha untuk kembali ke kepimpinan politik pada masa hadapan.

The Malaysian Insight bercakap kepada beberapa pengundi yang berkata walaupun Najib mungkin masih berpengaruh di kalangan orang Melayu, terdapat faktor lain juga, termasuk kebimbangan mengenai pandemik Covid-19 yang berterusan dan keletihan pengundi terhadap satu demi satu drama politik di peringkat nasional.

Peguam Cassian Anthony dari Bukit Beruang, percaya Najib masih mampu menjadi penarik orang ramai kerana beliau menyaksikan sendiri pada salah satu lawatan “Bossku” ke negeri itu, merujuk kepada nama gelaran yang diberikan oleh media sosial Najib kepadanya.

“Saya percaya walau apa pun yang dilakukan, beliau boleh menarik orang ramai dan saya menyaksikan ini secara langsung ketika beliau datang ke sini.

“Tetapi saya tidak pasti sama ada beliau boleh membawa orang keluar mengundi. Pengundi sudah letih dengan politik dan wabak,” kata peguam berusia 29 tahun itu.

Pemerhati politik berpandangan kejayaan Umno-BN dalam pilihan raya Melaka boleh membawa kepada Najib membuat kemunculan semula dalam kepimpinan parti, walaupun beliau didapati bersalah tahun lepas dalam kes rasuah membabitkan dana SRC International.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Bekas perdana menteri dan presiden Umno itu sudah memfailkan rayuan.

Pada 22 Oktober, Najib memohon kepada mahkamah mendengar pertuduhan rasuah lain yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), untuk menangguhkan perjalanannya ke Singapura, dengan berkata beliau perlu mengawasi persiapan Umno untuk pilihan raya Melaka.

Bagaimanapun, Majlis Tertinggi Umno pada 28 Oktober lepas berkata timbalan presiden parti Mohamad Hassan akan mengetuai persiapan pilihan raya.

BN akan bertanding di semua 28 kerusi DUN Melaka, dengan Umno mengambil 20, MCA tujuh, dan MIC satu. Penamaan calon berlangsung hari ini (Isnin) dan hari pengundian pada 20 November.

Walaupun Mohamad mengetuai parti itu dalam pilihan raya Melaka, Najib meneruskan kunjungan ke kerusi Umno pada 30 dan 31 Oktober, bertemu pengundi di gerai dan beramah mesra.

Hujung minggu lalu juga, melihat Najib melawat Sungai Rambai di daerah Jasin, Melaka, dan menyiarkan foto dirinya sedang makan di kafe dan bertemu orang ramai di Facebook.

Penganalisis politik Dr James Chin dari Profesor Pengajian Asia Universiti Tasmania, berkata Najib yang mengetuai Umno sehingga selepas parti itu kehilangan kuasa persekutuan pada pilihan raya umum 2018, masih merupakan jenama yang mempunyai pengikut yang kuat.

“Beliau dilihat sebagai sebahagian daripada kerajaan (kerana Umno adalah parti kerajaan) walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi.

“Pengaruhnya yang berterusan adalah kerana sebahagian daripada pengundi Melayu masih percaya beliau tidak bersalah,” tambah Chin.

“Sama ada mereka ini akan keluar mengundi atau tidak, kita tidak tahu lagi.

“Dan bagi mereka yang masih ingat skandal 1MDB (dan bagaimana Najib terlibat), pandemik Covid-19 kini menjadi kebimbangan yang lebih besar,” kata Chin.

Sementara itu, Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata pengaruh Najib di Melaka hanya di kawasan tertentu dan di kalangan orang tertentu yang masih percaya beliau tidak bersalah dalam rasuah.

“Beliau popular di kalangan beberapa segmen pengundi Melayu, yang mudah tertipu dan mungkin mendapat sokongan di kalangan kumpulan ini.

“Najib cuba mencipta semula dirinya. Beliau kini cuba menjadi mangsa dan menuduh bekas kerajaan Pakatan Harapan (PH) melakukan pendakwaan salah.”

Walaupun orang ramai tidak melupakan skandal 1MDB, Tunku Mohar berkata proses mahkamah berkemungkinan terlalu rumit untuk difahami oleh kebanyakan orang, dan kerana itu, mereka sanggup mempercayai Najib walaupun berasa sangsi.

“Mereka akan berfikir memandangkan beliau masih boleh mempertahankan diri, biarkan mahkamah memutuskan kes itu.”

Anthony, peguam dari Bukit Beruang bersetuju Najib telah dapat memberi gambaran positif buat dirinya, walaupun dengan kes mahkamah dihadapi.

Beliau tidak memegang jawatan rasmi dalam Umno atau BN, selain menjadi penasihat gabungan itu dan ahli Parlimen Pekan, tetapi tahu bagaimana untuk terus menjadi tumpuan dengan lantang di media sosial mengenai dasar kerajaan dan kebajikan rakyat.

“Orang ramai agak dalam teka-teki sekarang kerana beliau dilihat bercakap mengenai isu rakyat. Sudah tentu, ada orang yang tidak melupakan skandal 1MDB.

“Tetapi, secara amnya, Najib sudah dapat memberi pandangan yang lebih baik untuk dirinya sendiri,” kata Anthony.

Pengurus acara Preshant Menon, 25, dari Melaka Tengah, juga bersetuju Najib mempunyai imej positif walaupun disabitkan kesalahan mahkamah.

“Saya rasa beliau kuat di sini. Mereka juga nampaknya beranggapan Najib adalah pemimpin yang lebih baik berbanding dahulu.



Demikianlah Artikel Najib Buat Apa Di Melaka Sebenarnya?

Sekianlah artikel Najib Buat Apa Di Melaka Sebenarnya? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib Buat Apa Di Melaka Sebenarnya? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/11/najib-buat-apa-di-melaka-sebenarnya.html

Subscribe to receive free email updates: