Pelajar UiTM Positif Covid-19 Selepas Hadiri Program BN Melaka

Pelajar UiTM Positif Covid-19 Selepas Hadiri Program BN Melaka - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelajar UiTM Positif Covid-19 Selepas Hadiri Program BN Melaka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelajar UiTM Positif Covid-19 Selepas Hadiri Program BN Melaka
link : Pelajar UiTM Positif Covid-19 Selepas Hadiri Program BN Melaka

Baca juga


Pelajar UiTM Positif Covid-19 Selepas Hadiri Program BN Melaka


Sekurang-kurangnya seorang pelajar UiTM Lendu, Alor Gajah positif Covid-19 selepas menghadiri satu program di sebuah resort yang didakwa dianjurkan Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengarah Kesihatan Melaka Dr Rusdi Abd Rahman memberitahu, ujian saringan diambil terhadap tujuh pelajar yang didakwa positif Covid-19 selepas menghadiri program tersebut.

“Semalam (kelmarin) dimakumkan ada tujuh orang simptomatik. Keputusan saliva mendapati seorang pelajar positif,” katanya kepada MalaysiaNow.

“UiTM mengambil tindakan untuk mengasingkan semua yang hadir ke program itu.

“Seramai 40 orang disaring dan siasatan masih diteruskan.”

Sebelum ini tersebar di media sosial dakwaan tujuh orang pelajar UiTM didapati positif Covid-19 selepas pulang daripada sebuah program dianjurkan BN Melaka pada 4 hingga 7 November.

“Semua pelajar tersebut pulang ke kampus pada 7 hari bulan lepas tamat program di Villa D Aqua, Masjid Tanah, Melaka,” menurut posting yang tersebar di media sosial itu yang turut melampirkan gambar-gambar program tersebut.

“Bila pulang ke kampus, daripada berpuluh pelajar, tujuh didapati positif Covid-19.”

Menurut posting itu, keesokan harinya pada 8 November penyokong-penyokong BN berkumpul di villa tersebut bersarapan pagi sebelum pergi ke pusat penamaan calon untuk mengiringi pengerusi Melaka, Ab Rauf Yusoh.

Turut hadir pada pagi itu ialah bekas perdana menteri Najib Razak dan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan untuk memberikan sokongan kepada Rauf.

MalaysiaNow cuba menghubungi pihak BN untuk mendapatkan komen namun tidak menerima sebarang jawapan.


Demikianlah Artikel Pelajar UiTM Positif Covid-19 Selepas Hadiri Program BN Melaka

Sekianlah artikel Pelajar UiTM Positif Covid-19 Selepas Hadiri Program BN Melaka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelajar UiTM Positif Covid-19 Selepas Hadiri Program BN Melaka dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/11/pelajar-uitm-positif-covid-19-selepas.html

Subscribe to receive free email updates: