Kerjasama Pas-PH Tidak Akan Berulang – Hj Hadi - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerjasama Pas-PH Tidak Akan Berulang – Hj Hadi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Kerjasama Pas-PH Tidak Akan Berulang – Hj Hadilink :
Kerjasama Pas-PH Tidak Akan Berulang – Hj Hadi
Baca juga
Kerjasama Pas-PH Tidak Akan Berulang – Hj Hadi

MARANG: Pas memuktamadkan tidak akan membentuk kerjasama baharu dengan Pakatan Harapan (PH) termasuk menerusi pendekatan khemah besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Abdul Hadi Awang.
Presiden Pas itu berkata, hubungan kerjasama antara mereka sudah lama berakhir dan tidak akan sesekali berulang lagi.
Kata Abdul Hadi, Pas konsisten dengan pendirian mendukung dan memperkuatkan kerajaan Persekutuan yang diterajui bersama Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).
“Kita sudah bekerjasama lama dulu, cukuplah masa itu sahaja.
“Tiada kerjasama dengan mereka (PH), sebab dalam berpolitik ini biasanya kerjasama tidak berulang,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, di sini hari ini.
Sebelum ini, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menegaskan, pendekatan khemah besar tidak merangkumi penyatuan atau kerjasama dengan parti-parti kerajaan sama ada UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau Pas.
Sebaliknya, menurut Mohamad, khemah besar yang dimaksudkan adalah soal penyatuan dan kerjasama parti-parti pembangkang bagi menghadapi PRU15.
Kenyataan itu senada dengan DAP yang kekal menutup pintu kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas selepas tidak mempercayai kepemimpinan kedua-duanya yang didakwa bersikap tikam belakang dan berdolak-dalik.
Bagaimanapun, semalam, Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Salahuddin Ayub menggesa kepemimpinan PH agar tidak terus menutup ruang perbincangan bersama semua parti politik blok pembangkang menjelang PRU15.
Katanya, langkah kerjasama dalam inisiatif khemah besar itu penting bagi memastikan blok pembangkang dapat berdepan dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) secara satu lawan satu. – UTUSAN
Demikianlah Artikel Kerjasama Pas-PH Tidak Akan Berulang – Hj Hadi
Sekianlah artikel Kerjasama Pas-PH Tidak Akan Berulang – Hj Hadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerjasama Pas-PH Tidak Akan Berulang – Hj Hadi dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/04/kerjasama-pas-ph-tidak-akan-berulang-hj.html