Oh! Patutlah Zahid Dilantik Menteri Pembangunan Desa Dan Wilayah..

Oh! Patutlah Zahid Dilantik Menteri Pembangunan Desa Dan Wilayah.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Oh! Patutlah Zahid Dilantik Menteri Pembangunan Desa Dan Wilayah.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Oh! Patutlah Zahid Dilantik Menteri Pembangunan Desa Dan Wilayah..
link : Oh! Patutlah Zahid Dilantik Menteri Pembangunan Desa Dan Wilayah..

Baca juga


Oh! Patutlah Zahid Dilantik Menteri Pembangunan Desa Dan Wilayah..

Pelantikan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pembangunan desa dan wilayah merupakan strategi memenangi undi Melayu luar bandar bagi kerajaan campuran yang diketuai Pakatan Harapan (PH), kata penganalisis.

Ini kerana, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Barisan Nasional (BN) hanya memenangi 30 kerusi Parlimen disebabkan kebangkitan Perikatan Nasional (PN).

Beberapa kerusi selamat Umno turut terlepas ke tangan PN seperti Gua Musang, Pasir Salah, Gerik, Ketereh dan Tanjung Karang.

Penganalisis berkata, pemberian portfolio penting itu mengisyaratkan kuasa baru Zahid untuk mengetuai usaha mendapatkan semula undi Melayu luar bandar.

Sebelum ini, kementerian itu dikenali sebagai kementerian pembangunan luar bandar.

Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, kementerian itu membantu usaha memenangi kepercayaan masyarakat luar bandar khususnya kaum Melayu.

"Sebelum ini kementerian itu kurang dimanfaatkan sepenuhnya oleh menteri sebelum ini," katanya kepada MalaysiaNow.

Sebelum ini, portfolio itu sering diberikan kepada pemimpin kanan Umno yang memegang jawatan naib presiden.

Antara yang pernah memegang jawatan itu Ismail Sabri Yaakob yang juga bekas perdana menteri, Mahdzir Khalid dan Shafie Apdal.

Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, agensi-agensi di bawah kementerian itu mempunyai hubungan langsung dengan rakyat di desa dan kawasan-kawasan Felda.

"Secara tidak langsung, menteri berkenaan boleh bertemu santuni orang kampung dan memberi bantuan melalui kementerian.

"Cawangan-cawangan Umno di kawasan desa boleh disalurkan bajet yang mana ia digunakan untuk pembangunan.

“Rakyat akan lihat bantuan-bantuan yang datang ialah bantuan daripada Umno," katanya.

Mazlan berkata soal bantuan amat penting kepada golongan seperti pekebun dan petani.

Mereka lebih banyak bergantung kepada kerajaan berbanding golongan bandar yang lebih berdikari.

Antara agensi utama di bawah kementerian itu termasuklah Majlis Amanah Rakyat (Mara), Jabatan Kemajuan Masyarakat, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan.

Dengan jawatan itu, Azman berkata Zahid perlu proaktif dalam memastikan beliau menjadi jurucakap terbaik dalam mendepani isu dan permasalahan masyarakat desa.

"Perkara-perkara sebegini akan menjadi antara cabaran terbesar Zahid dalam menunjukkan bahawa beliau mampu untuk membawa penyelesaian sebenar masyarakat desa dengan keyakinan yang tinggi sehingga mengatasi persepsi negatif terhadap beliau sendiri," katanya.

Pelantikan itu juga dilihat memberi kelebihan kepada ahli Parlimeb Bagan Datuk itu untuk meneruskan penguasaannya dalam Umno.

Parti itu perlu mengadakan pemilihan selewat-lewatnya enam bulan selepas pilihan raya setelah beberapa kali menangguhkan proses pemilihan sebelum ini.

Azman berkata portfolio tersebut membolehkan beliau berhubung dengan akar umbi luar bandar yang membentuk segmen sokongan terkuat parti Umno.

"Beliau tidak boleh mengambil masa yang lama untuk mendekatkan diri sekiranya tidak mahu pengaruhnya dalam parti terutamanya di kawasan pusat kuasa parti ini yang dibimbangi akan terhakis jika tindakan segera tidak dilaksanakan."

Pada PRU15, BN hanya mendapat kira-kira 33% undi Melayu, manakala PN mendapat 54%.

PH mendapat peratusan undi Melayu paling rendah iaitu pada 11% - MalaysiaNow


Demikianlah Artikel Oh! Patutlah Zahid Dilantik Menteri Pembangunan Desa Dan Wilayah..

Sekianlah artikel Oh! Patutlah Zahid Dilantik Menteri Pembangunan Desa Dan Wilayah.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Oh! Patutlah Zahid Dilantik Menteri Pembangunan Desa Dan Wilayah.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/12/oh-patutlah-zahid-dilantik-menteri.html

Subscribe to receive free email updates: