630 Pengusaha Ladang Ayam Daging Diambang Muflis

630 Pengusaha Ladang Ayam Daging Diambang Muflis - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 630 Pengusaha Ladang Ayam Daging Diambang Muflis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 630 Pengusaha Ladang Ayam Daging Diambang Muflis
link : 630 Pengusaha Ladang Ayam Daging Diambang Muflis

Baca juga


630 Pengusaha Ladang Ayam Daging Diambang Muflis

PETALING JAYA: Mesyuarat pertama Kabinet baharu pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberi fokus kepada isu ayam termasuk bekalan ayam dan telur di pasaran yang sehingga kini belum ditangani sebaiknya.

Media sejak beberapa bulan lalu konsisten melaporkan mengenai isu tersebut khususnya melibatkan kartel yang menguasai pasaran serta harga ayam.

Malah isu terbaharu yang diberitahu sumber industri mendakwa lebih 630 pengusaha ladang ayam daging kontrak seluruh negara kini diambang muflis akibat bebanan hutang yang dikenakan kartel dan penternak bersepadu atau integrator.

Hutang-hutang yang tidak masuk akal ini membabitkan perjanjian yang dibuat oleh kartel ayam serta integrator dengan penternak kontrak bagi membekalkan anak ayam, dedak makanan, vaksin dan ubat-ubatan untuk ternakan itu.

Sumber sebuah persatuan penternakan wilayah tengah mendedahkan, tidak cukup dengan tekanan pihak integrator dan kartel, penternak kontrak yang kebanyakannya Bumiputera menanggung hutang bank bagi membina fasiliti ternakan seperti reban ayam.

Kata sumber, terdapat 2,604 ladang ayam seluruh negara, dengan kira-kira 80 peratus atau 2,100 daripadanya merupakan ladang kontrak.

Menurutnya, 20 peratus atau sejumlah 520 daripada keseluruhan 2,604 ladang seluruh negara adalah ladang ayam bersaiz mega dimiliki kartel dan integrator, lengkap dengan fasiliti menghasilkan anak ayam, memiliki penternak kontrak di bawahnya serta mempunyai kemudahan pemprosesan ayam.

“Ramai penternak ayam kontrak dihambat hutang keli­ling pinggang, sedangkan bukan salah kami. Mereka gigih bekerja siang malam menternak ayam bagi memastikan bekalan mencukupi seluruh negara.

“Malangnya isu hutang bermula sejak peringkat awal. Sebelum menceburkan diri dalam bidang ternakan, ramai penternak kontrak terpaksa buat pinjaman dengan bank untuk membina reban. Kosnya ada mencecah RM5 juta.

“Buktinya, sebuah bank komersial menawarkan pinjaman membangunkan reban serendah RM1 juta sehingga RM5 juta kepada penternak baru. Satu rumah ayam dua tingkat, dengan kapasiti memuatkan 50,000 anak ayam day old chick (DOC), kosnya berjumlah RM2.1 juta.

“Bila reban sudah siap, penternak ini tiada kapasiti menghasilkan anak ayam untuk dibela, malah tiada kapasiti menghasilkan makanan dan vaksin sendiri. Jadi, mereka terpaksa mengikat kontrak dengan kartel bersepadu (integrator). Di sinilah, kartel menghidu kelemahan dalam ekosistem ternakan ayam,” kata sumber.

4 PEMBEKAL GPS, 22 SYARIKAT BEKAL ANAK AYAM

Kata sumber, kelemahan itu wujud kerana tiada pihak yang mengawal bekalan anak ayam, dedak dan vaksin. Malah tiada sebarang lembaga khusus yang menyelia ekosistem ternakan itu.

Hal ini mengakibatkan penternak kontrak yang majoriti Bumiputera terpaksa bergantung kepada kartel yang me­nguasai segenap lapisan rantaian industri ternakan ayam.

Katanya, rantaian pasaran ayam daging di pasaran negara ini bermula di peringkat bekalan induk utama ayam daging, yang digelar grand parent stock (GPS).

Menurutnya, bekalan ayam GPS terpaksa diimport dari negara seperti Kesatuan Eropah (EU), United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) kerana ayam jenis tempatan seperti ayam kampung bersaiz kecil, tidak banyak daging dan tidak sesuai untuk tujuan komersial.

“Cuma ada empat syarikat seluruh negara yang terlibat membekalkan GPS, malah tiada langsung pemain Bumiputera dalam keempat-empat syarikat itu,” kata sumber.

Menjelas lanjut, sumber berkata, selepas empat syarikat gergasi menghasilkan GPS, bekalan itu dihantar pula kepada 22 syarikat yang terlibat menghasilan stok induk ayam atau parent stock (PS).

“Stok PS inilah yang digunakan untuk menghasilkan anak ayam baka yang disebut day old chick (DOC). Selepas 22 syarikat ini menghasilkan DOC, maka mereka akan hantar DOC kepada penternak-penternak kontrak yang berjumlah kira-kira 2,100 seluruh negara,” katanya.

KREDIT ANAK AYAM, DEDAK DAN VAKSIN

Sumber berkata, kartel dan integrator menyedari rata-rata penternak kontrak dicengkam hutang pihak bank bagi membina reban dan fasiliti ternakan, malah tiada kapasiti menghasilkan sendiri baka anak ayam, dedak serta ubatan.

Menyedari hal itu, kata sumber, maka integrator mula menawarkan pinjaman kredit untuk membekalkan anak ayam, makanan dan vaksin kepada penternak kontrak.

“Bila menyedari penternak sudah diikat oleh hutang bank, integrator mula mendekati mereka menawarkan kredit dan hutang bagi mendapatkan bekalan anak ayam, makanan dan vaksin. Di sinilah, konspirasi membunuh penternak kontrak mula berlaku.

“Apabila menghantar anak ayam, dibekalkan kami dengan anak ayam yang langsung tiada kualiti dan cepat sakit. Sama juga dengan makanan ayam, memang tiada kualiti. Akibatnya, anak ayam lambat besar dan mudah mati.

“Bila hal ini berlaku, penternak kontrak terpaksa menanggung kerugian. Integrator menghantar bil yang tinggi, mendesak penternak kontrak membayar hutang anak ayam, dedak dan vaksin. Pada masa sama, kena langsaikan hutang bank pula,” kata sumber.

Merumuskan komplot ini, sumber mendakwa, kartel dan integrator mencaturkan situasi itu bagi menghapuskan ladang-ladang kontrak seluruh negara.

“Kartel dan integrator ada modal yang besar. Mereka boleh mengambil alih ladang yang gulung tikar, sekali gus meluaskan empayar ayam masing-masing.

“Bila mereka berjaya menguasai semua ladang kontrak seluruh negara, kartel ini akan jadi too big to fail, atau terlalu besar untuk digugat kerajaan. Maka mudahlah mereka menguasai negara ini melalui tekanan menggunakan isu keselamatan makanan negara,” katanya. – UTUSAN


Demikianlah Artikel 630 Pengusaha Ladang Ayam Daging Diambang Muflis

Sekianlah artikel 630 Pengusaha Ladang Ayam Daging Diambang Muflis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 630 Pengusaha Ladang Ayam Daging Diambang Muflis dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/12/630-pengusaha-ladang-ayam-daging.html

Subscribe to receive free email updates: