Kos Meningkat, 25 Peratus Penternak Ayam Selangor Gulung Tikar

Kos Meningkat, 25 Peratus Penternak Ayam Selangor Gulung Tikar - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kos Meningkat, 25 Peratus Penternak Ayam Selangor Gulung Tikar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kos Meningkat, 25 Peratus Penternak Ayam Selangor Gulung Tikar
link : Kos Meningkat, 25 Peratus Penternak Ayam Selangor Gulung Tikar

Baca juga


Kos Meningkat, 25 Peratus Penternak Ayam Selangor Gulung Tikar

BANGI – Sehingga bulan Januari tahun ini dilaporkan 25 peratus daripada sejumlah penternak ayam di negeri ini terpaksa gulung tikar.

Ia berikutan beberapa masalah melibatkan kos yang tidak mampu lagi ditampung oleh penternak berkenaan.

Sehubungan itu, Penasihat Kehormat Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor, Datuk Ishak Mat Arif menggesa, kerajaan campur tangan dengan menyediakan subsidi sebagai insiatif mengawal kenaikan harga ayam.

“Kami menggesa subsidi diberikan memandangkan ia menjadi keperluan kepada kami penternak selain dapat mengelak lebih ramai penternak gulung tikar dan tidak sanggup menanggung kerugian.

“Inilah masanya kerajaan bantu kami semula mainkan peranan memberi subsidi kepada penternak agar harga ayam kekal dan tidak membebankan pengguna,” katanya.

Katanya lagi, penternak kini sering berdepan masalah berikutan pulangan jualan di bawah modal, menanggung kos penternakan tinggi dan membebankan, tetapi tiada pilihan kerana harga siling ditetapkan pihak berwajib

Katanya, harga dedak kini juga sudah meningkat sehingga 30 peratus sekali gus mempengaruhi perjalanan perniagaan.

Justeru, beliau berpandangan, kerajaan perlu mencari mekanisme baharu untuk penyelesaian isu harga ayam secara jangka panjang.

“Kita tidak boleh lagi bergantung kepada makanan ayam dari luar negara selamanya, sebaliknya perlu ada strategi dalam menyelesaikan masalah ini.

“Kerajaan perlu mencari kaedah lain mendapatkan bekalan sendiri dengan penanaman jagung, untuk pengeluaran jagung berkualiti bagi menjimatkan kos yang akhirnya dapat memberikan harga rendah kepada pengguna.

“Saya tidak setuju dengan cara import kerana ia cuma penyelesaian jangka pendek yang akan menyebabkan penternak gulung tikar dan lama-kelamaan penternak semakin kurang dan akhirnya kita kekurangan makanan untuk rakyat,” katanya -  Ismaweb.net


Demikianlah Artikel Kos Meningkat, 25 Peratus Penternak Ayam Selangor Gulung Tikar

Sekianlah artikel Kos Meningkat, 25 Peratus Penternak Ayam Selangor Gulung Tikar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kos Meningkat, 25 Peratus Penternak Ayam Selangor Gulung Tikar dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/12/kos-meningkat-25-peratus-penternak-ayam.html

Subscribe to receive free email updates: