Capoi Sungguh Mulut Sanusi Ni Aih!

Capoi Sungguh Mulut Sanusi Ni Aih! - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Capoi Sungguh Mulut Sanusi Ni Aih!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Capoi Sungguh Mulut Sanusi Ni Aih!
link : Capoi Sungguh Mulut Sanusi Ni Aih!

Baca juga


Capoi Sungguh Mulut Sanusi Ni Aih!

ALOR SETAR: ‘Perkahwinan’ antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang membentuk Kerajaan Persekutuan ketika ini dijangka tidak bertahan lama dan bakal berakhir dengan kegagalan.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, beliau menjangkakan kerjasama itu akan berakhir dengan ‘penceraian’ disebabkan kesukaran dihadapi kedua-dua pihak untuk mempertahankannya.

“Sama ada talak tiga, dua atau satu, saya harap disegerakanlah. Mereka sedang susah sebenarnya (nak pertahankan kerjasama) dan kita tengok pun, memang sangat sukar.

“Jangan ada pihak sakit hati saya cakap begini kerana ini pandangan ikhlas. Menurut saya, masing-masing tidak punya persefahaman gara-gara stail yang berbeza,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan Sempena Sukma 2020 di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi mengulas keputusan mesyuarat pertama Sekretariat kerajaan Perpaduan semalam yang bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Raya, terutamanya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan pada bila-bila masa.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jawatankuasa tersebut merupakan antara tiga jawatankuasa yang disepakati termasuk Jawatankuasa Strategi dan Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik, dengan mereka akan bersidang dalam tempoh beberapa minggu ini.

Tambah Muhammad Sanusi, antara faktor yang akan membawa kepada perpecahan itu adalah kesukaran pembahagian kerusi antara mereka bagi berdepan PRN.

“Kerusi-kerusi majoriti Melayu sudah tentulah dituntut UMNO untuk menentang Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) . Tetapi parti-parti lain dalam PH juga mahukan kerusi sama. Itu akan menjadi pembahagian kerusi yang sangat sukar. Sebab itu saya jangka hubungan mereka akan gagal,” katanya.

Ditanya kenyataan sinis dikeluarkan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar yang menyatakan PH dan BN mampu merampas Kedah kerana Terengganu juga pernah tumbang setelah cuma sepenggal diperintah Tan Sri Abdul Hadi Awang, Muhammad Sanusi jelas tidak berdiam diri berhubung dakwaan itu.

“Abdul Hadi cuma dapat perintah satu penggal kerana antara pemimpin utama Pas pada waktu itu adalah Mahfuz. Jadi kita tak dapat pertahankan Terengganu kerana pemimpin kami ada orang yang macam Mahfuz.

“Sekarang Mahfuz tidak lagi bersama kita dan beliau sendiri kalah 31,000 undi di Pokok Sena dalam PRU15. Maka saya ucap selamat kembali kepadanya untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula dalam PRN nanti untuk kita berentap di medan politik,” katanya. –UTUSAN


Demikianlah Artikel Capoi Sungguh Mulut Sanusi Ni Aih!

Sekianlah artikel Capoi Sungguh Mulut Sanusi Ni Aih! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Capoi Sungguh Mulut Sanusi Ni Aih! dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/02/capoi-sungguh-mulut-sanusi-ni-aih.html

Subscribe to receive free email updates: