Pesuruhjaya Pas Perak Mengaku Fitnah DSAI..

Pesuruhjaya Pas Perak Mengaku Fitnah DSAI.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pesuruhjaya Pas Perak Mengaku Fitnah DSAI.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pesuruhjaya Pas Perak Mengaku Fitnah DSAI..
link : Pesuruhjaya Pas Perak Mengaku Fitnah DSAI..

Baca juga


Pesuruhjaya Pas Perak Mengaku Fitnah DSAI..

Dalam sidang akhbar di Bagan Serai pada 14 November 2022, dengan angkuhnya Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria tidak akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini berhubung ucapannya dalam satu video ucapannya di Tebuk Panchor yang mendakwa Anwar mempunyai agenda songsang jika menjadi Perdana Menteri.

Razman juga dilaporkan berkata, beliau yakin tidak memfitnah Anwar kerana itu adalah berdasarkan kenyataan-kenyataan pimpinan Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi kerajaan selama 22 bulan.

“Ini sebenarnya adalah kenyataan yang diselindungkan daripada pengetahuan rakyat dan saya yakin saya tidak memfitnah.

“Nilai saman RM5 juta yang dituntut itu amat kecil nilainya berbanding dengan akidah ummah,” katanya dalam sidang akhbar tersebut.

RM5Juta ialah nilai saman Anwar terhadap Razman berhubung video ucapannya di Tebuk Panchor itu..

Saman itu difailkan pada 5 Dis berhubung dakwaan Razman bahawa Anwar berkata dalam ucapan kempennya beliau akan mempromosikan agenda LGBT, membenarkan perkahwinan sejenis dan menyokong agenda komunis, jika menjadi perdana menteri.

Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Taiping itu, Anwar menuntut ganti rugi RM5 juta dan injunksi untuk menghalang Razman daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah terhadapnya.

Menurut pernyataan tuntutan, dakwaan Razman membayangkan bahawa Anwar telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Ahli Parlimen, juga seorang penipu, pengkhianat, munafik dan bukan orang Islam yang baik.

Tiba-tiba hari ini.. dia tak mau perjuang akidah ummah tu pulak..

TAIPING: Ketua PAS Perak Razman Zakaria memohon maaf kepada Anwar Ibrahim hari ini kerana mendakwa Anwar membenarkan amalan LGBT, dalam ceramah pada kempen pilihan raya tahun lepas.

Permohonan maafnya dibuat di Mahkamah Tinggi di sini sebagai sebahagian daripada penghakiman persetujuan untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Anwar terhadapnya.

Peguam Anwar, SN Nair berkata, anak guamnya bersetuju dengan penyelesaian itu sebagai tanda muhibah dan membiarkan perkara itu selesai “demi kepentingan semua pihak”.

“Apabila seorang individu menyesal (atas perbuatannya) dan memohon maaf dengan suci hati, seorang pemimpin yang baik budinya akan menerima permohonan maaf itu dan menarik balik saman,” kata Nair sambil menambah ,penyelesaian itu telah menyangkal tuduhan terhadap Anwar - FMT

“Nilai saman RM5 juta yang dituntut itu amat kecil nilainya berbanding dengan akidah ummah,”.. Kah.. Kah.. Kah.. tunggang selagi boleh wahai lebai..


Demikianlah Artikel Pesuruhjaya Pas Perak Mengaku Fitnah DSAI..

Sekianlah artikel Pesuruhjaya Pas Perak Mengaku Fitnah DSAI.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pesuruhjaya Pas Perak Mengaku Fitnah DSAI.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/02/pesuruhjaya-pas-perak-mengaku-fitnah.html

Subscribe to receive free email updates: