Kenapa Dilantik Nazri Sebagai Duta Besar Ke AS?

Kenapa Dilantik Nazri Sebagai Duta Besar Ke AS? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa Dilantik Nazri Sebagai Duta Besar Ke AS?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa Dilantik Nazri Sebagai Duta Besar Ke AS?
link : Kenapa Dilantik Nazri Sebagai Duta Besar Ke AS?

Baca juga


Kenapa Dilantik Nazri Sebagai Duta Besar Ke AS?

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan semalam berkata, Nazri yang juga graduan Lincoln's Inn di United Kingdom dipilih kerana pengalaman luasnya sebagai anggota pentadbiran negara.

Bekas Ahli Parlimen Padang Rengas itu berpengalaman mengetuai Kementerian Pembangunan Usahawan dari 1999 hingga 2004, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) (2004 hingga 2013) serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan (2013 hingga 2018).

Beliau juga pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun lantikan Nazri itu telah dikritik oleh dua orang bekas Diplomat..

PETALING JAYA: Dua bekas diplomat mengkritik keputusan Putrajaya melantik Nazri Aziz daripada Umno sebagai duta besar ke Amerika Syarikat (AS).

Bekas diplomat, Noor Farida Mohd Ariffin dan Dennis Ignatius, menggambarkan pelantikan Nazri sebagai mengecewakan.

“Tidak adil bagi diplomat sedia ada apabila mereka dinafikan peluang dilantik menjadi duta,” kata Noor Farida, bekas duta ke Belanda.

“Saya fikir perdana menteri membuat pertimbangan yang buruk apabila menamakan Nazri sebagai duta kita ke AS.”

Beliau juga berkata, langkah itu melemahkan moral diplomat sedia ada, yang mungkin lebih layak bagi jawatan terbabit.

Semalam, Kementerian Luar memaklumkan bahawa Nazri dan sembilan yang lain menerima watikah pelantikan sebagai ketua perwakilan diplomatik baharu daripada Yang di-Pertuan Agong.

Nazri sebelum ini dikaitkan dengan pelantikan duta ke AS dan Switzerland ketika pentadbiran terdahulu.

Ignatius, bekas pesuruhjaya tinggi Malaysia ke Kanada, dalam maklum balas ringkas berkata: “Hari demi hari, PM (Anwar Ibrahim) mengecewakan.”

Dalam pada itu, bekas menteri luar, Syed Hamid Albar berkata, pelantikan Nazri bukan perkara luar biasa.

Pada masa lalu, katanya, ahli politik termasuk Dr Ismail Abdul Rahman dan Zulhasnan Rafique berkhidmat sebagai duta besar Malaysia ke AS.

Bagaimanapun, berbanding di Barat, pelantikan ahli politik Malaysia sebagai utusan akan mencetuskan kontroversi.

“Di Barat, (perkara) lazim ahli politik dilantik sebagai utusan. Kerajaan semasa mesti dibenarkan memutuskan (pelantikan utusan),” katanya.

Tahun lepas, Putrajaya berdepan tekanan daripada Ahli Parlimen pembangkang susulan rancangan melantik ahli politik, yang juga bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman, sebagai duta ke Indonesia.

Bagaimanapun, pelantikannya kemudian dibatalkan lapor FMT


Demikianlah Artikel Kenapa Dilantik Nazri Sebagai Duta Besar Ke AS?

Sekianlah artikel Kenapa Dilantik Nazri Sebagai Duta Besar Ke AS? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa Dilantik Nazri Sebagai Duta Besar Ke AS? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/02/kenapa-dilantik-nazri-sebagai-duta.html

Subscribe to receive free email updates: