Datuk Seri Nicky Liow Akhirnya Serah Diri

Datuk Seri Nicky Liow Akhirnya Serah Diri - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Datuk Seri Nicky Liow Akhirnya Serah Diri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Datuk Seri Nicky Liow Akhirnya Serah Diri
link : Datuk Seri Nicky Liow Akhirnya Serah Diri

Baca juga


Datuk Seri Nicky Liow Akhirnya Serah Diri

KUALA LUMPUR: Selepas setahun melarikan diri daripada pihak berkuasa, ahli perniagaan dalam buruan, Nicky Liow akhirnya menyerah diri kepada polis.

Nicky, 34, yang juga pengasas Winner Dynasty Group menyerah diri di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di sini, jam 11 pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain, berkata ahli perniagaan itu ketika ini berdepan lebih 20 kes berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLAFTA).

"Dia (Nicky) akan dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam esok (hari ini) untuk menghadapi sebanyak 26 pertuduhan.

"Sebelum ini pada 23 Mac lalu, Mahkamah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap ke atas Nicky atau Liow Soon Hee untuk menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) AMLAFTA," katanya kepada BH hari ini.

Razarudin berkata, sebelum ini siasatan berhubung Seksyen 130 V hingga Seksyen 130 ZB Kanun Keseksaan bagi Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) digugurkan oleh mahkamah.

Sebelum ini media melaporkan, Nicky diburu selepas Polis Johor mengadakan operasi dan serbuan berasingan di Puchong, Selangor, sebelum menahan 12 individu termasuk seorang bergelar Datuk Seri.

Sindiket itu sebelum ini disyaki terbabit dalam pelbagai jenis kes penipuan dalam talian.

Nicky juga pernah ditahan kerana mencederakan dua anggota Sukarelawan Malaysia (RELA) yang sedang bertugas di perkarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, Kuala Lumpur, lima tahun lalu ~ BH

Dan Pengasas Winner Dynasty Group itu dijangka berdepan 26 pertuduhan berkaitan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLAFTA).

Laporan penuh sila baca di SINI


Demikianlah Artikel Datuk Seri Nicky Liow Akhirnya Serah Diri

Sekianlah artikel Datuk Seri Nicky Liow Akhirnya Serah Diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Datuk Seri Nicky Liow Akhirnya Serah Diri dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/04/datuk-seri-nicky-liow-akhirnya-serah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :