DSAI Jelaskan Mengapa Kerajaan Tidak Benarkan Pengeluaran KWSP..

DSAI Jelaskan Mengapa Kerajaan Tidak Benarkan Pengeluaran KWSP.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DSAI Jelaskan Mengapa Kerajaan Tidak Benarkan Pengeluaran KWSP.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DSAI Jelaskan Mengapa Kerajaan Tidak Benarkan Pengeluaran KWSP..
link : DSAI Jelaskan Mengapa Kerajaan Tidak Benarkan Pengeluaran KWSP..

Baca juga


DSAI Jelaskan Mengapa Kerajaan Tidak Benarkan Pengeluaran KWSP..

Sebelum itu.. Dipercayai merujuk kenyataan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki bahawa beliau menyuarakan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim gesaan pihak yang menginginkan pengeluaran bersasar KWSP, Menteri Ekonomi menjawab..

"Mudah bagi kerajaan mengikut saranan pelbagai pihak termasuk ahli politik untuk membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tetapi kesannya hanya akan dirasai pencarum pada masa akan datang.

"Simpanan itu sepatutnya untuk kegunaan pada hari tua, yang dijangka menjadi lebih sukar, dan menjadi tanggungjawab kerajaan memastikan rakyat mempunyai sedikit bekalan untuk menghadapi tempoh itu.

“Jadi apa yang kita mampu bantu dari segi bantuan dasar yang lain ketika ini adalah melibatkan pendapatan.. kita perlu tumpu itu dahulu kerana untuk mengambil wang persaraan hari tua itu nampak mudah untuk ahli politik sekarang.

“….. tetapi dia ‘mencuci tangan’ di masa akan datang kerana yang menanggungnya adalah mereka yang kehilangan simpanan itu,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog bersama peserta industri.

Jawab DSAI pula..

KUALA SELANGOR: Kerajaan memutuskan tidak membenarkan wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikeluarkan lagi bagi menjamin masa depan pesaraan pencarum.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi mengurangkan beban rakyat, kerajaan sedang mencari mekanisme lain tanpa memberi impak terhadap pencarum ketika bersara nanti.

“Kita sudah perjelaskan, dahulu diminta dikeluarkan, ba­nyak dikeluarkan jadi yang tinggal RM10,000, RM5,000, yang hendak keluarkan itu kena fikir apa pilihan kita, ada RM5,000, RM10,000 hendak keluar, pencen empat tahun lagi apa hendak jadi?

“Betul (pengeluaran untuk kelangsungan hidup) tetapi kalau wang dia ada tak apa, kalau wang tidak ada. Ada RM5,000 tinggal RM3,000 sahaja.

“Jadi kalau dia pencen esok apa nak buat, ada yang hendak pencen dua tahun tiga tahun lagi,” kata beliau selepas me­nyampaikan syarahan ulung Kursi Siddiq Fadzil Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia di Universiti Selangor (Unisel) di sini semalam.

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran khas daripada Akaun 1 dan 2 KWSP melalui skim i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra masing-masing pada April 2020, Januari, Mac serta Ogos 2021.

Sehubungan itu, menurut Anwar, selepas mempertimbangkan dari pelbagai sudut kerajaan memutuskan tiada lagi pengeluaran KWSP.

Terdahulu, pelbagai pihak menggesa kerajaan membenarkan rakyat mengeluarkan wang simpanan KWSP lapor UM


Demikianlah Artikel DSAI Jelaskan Mengapa Kerajaan Tidak Benarkan Pengeluaran KWSP..

Sekianlah artikel DSAI Jelaskan Mengapa Kerajaan Tidak Benarkan Pengeluaran KWSP.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DSAI Jelaskan Mengapa Kerajaan Tidak Benarkan Pengeluaran KWSP.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/02/dsai-jelaskan-mengapa-kerajaan-tidak.html

Subscribe to receive free email updates: