Satu Dunia Dah Tahu MalaysiaDicemar Masalah Kleptokrat - DSAI

Satu Dunia Dah Tahu MalaysiaDicemar Masalah Kleptokrat - DSAI - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Satu Dunia Dah Tahu MalaysiaDicemar Masalah Kleptokrat - DSAI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Satu Dunia Dah Tahu MalaysiaDicemar Masalah Kleptokrat - DSAI
link : Satu Dunia Dah Tahu MalaysiaDicemar Masalah Kleptokrat - DSAI

Baca juga


Satu Dunia Dah Tahu MalaysiaDicemar Masalah Kleptokrat - DSAI

PUTRAJAYA: Penjawat awam sukar untuk mempertahan negara kerana satu dunia sudah mengetahui Malaysia tercemar dengan masalah kleptokrat sistemik (berleluasa).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata masalah kleptokrat sistemik bukan hanya membabitkan seorang individu, sebaliknya ramai pihak.

"Bukan satu orang. Dalam kempen politik suka sebut satu kleptorat. Tak betul. Kleptokrat tu lebih kepada sistem.

"Ramai terlibat. Ada disiasat dan belum. Ada didakwa dan belum. Didakwa tapi tak perlulah pimpinan politik uar-uarkan soal kebersihan, melainkan mereka dapat catat rekod atau prestasi baik," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, di Bangunan Perbendaharaan, di sini, hari ini.

Biarpun bersyukur dengan kepemimpinan di Kementerian Kewangan yang lebih tegas mematuhi peraturan sedia ada, Anwar berkata, masalah kleptokrat sudah menjadi budaya dan tradisi.

Justeru, beliau bertekad dan tidak mahu tolak ansur lagi.

"Saya tahu ini susah. Saya belajar umpamanya berdasarkan pengalaman lebih sukar untuk membetul dan memperbaiki.

"Perubahan itu lebih sukar daripada hanya mematuhi. Kalau kita hanya ikut sistem lama, kita pun kaya, keluarga pun kaya dan bantahan itu tidak kuat, kalau sistem itu semuanya sistemik.

"Masalah rasuah itu dianggap sistem yang diterima pakai. Kalau kita menolak, risiko besar, kerana kita berdepan mahakaya dan mahakuasa dengan gelaran tinggi. Datuk Seri, Tan Sri, Tun," katanya.

Beliau berkata, semua badan penguatkuasaan perlu mengambil tindakan segera sekiranya mendapati wujud perlanggaran pada pelbagai peringkat tanpa mengira kedudukan.

"Kita ambil tindakan terutama dari segi hukum berdasarkan fakta dan hukum," katanya.

Anwar berkata, amalan dan budaya lampau meluluskan projek tanpa menepati peraturan tidak boleh lagi diteruskan. Beliau berkata, kini terserah kepada ketua pengarah, ketua bahagian, pimpinan kementerian untuk memastikan perkara itu tidak berlaku pada semua peringkat - BH


Demikianlah Artikel Satu Dunia Dah Tahu MalaysiaDicemar Masalah Kleptokrat - DSAI

Sekianlah artikel Satu Dunia Dah Tahu MalaysiaDicemar Masalah Kleptokrat - DSAI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Satu Dunia Dah Tahu MalaysiaDicemar Masalah Kleptokrat - DSAI dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/02/satu-dunia-dah-tahu-malaysiadicemar.html

Subscribe to receive free email updates: