Menu Rahmah : Adakah Ianya Benar-benar Murah?

Menu Rahmah : Adakah Ianya Benar-benar Murah? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menu Rahmah : Adakah Ianya Benar-benar Murah?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menu Rahmah : Adakah Ianya Benar-benar Murah?
link : Menu Rahmah : Adakah Ianya Benar-benar Murah?

Baca juga


Menu Rahmah : Adakah Ianya Benar-benar Murah?

Program Menu Rahmah telah dilancarkan pada 31 Januari 2023 sambil menyasarkan keperluan makanan harian bagi golongan berpendapatan rendah.

Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan kos sara hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub di Subang Jaya, Selangor.

Menu Rahmah ialah hidangan tengah hari atau malam yang seimbang dan lengkap dengan karbohidrat daripada nasi, sumber protein seperti ayam atau ikan dan sayuran.

Menu ini ditawarkan pada harga yang cukup berpatutan iaitu RM 5.00 sepinggan.

Program pemakanan yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) ini dilancarkan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Bagaimanapun ini bukanlah satu program baharu,Program seumpama ini telah dilaksanakan sebelum ini oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menjawat jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada tahun 2011.


Program tersebut telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Cuma berbeza sedikit ketika itu ialah program Menu Rakyat 1 Malaysia (MR1M) ada sarapan pagi dengan harga RM2 dan makan tengah hari RM4 manakala Menu Rahmah diberikan untuk makan tengahari dan malam dengan harga RM5.

Jadi hingga kini tiada idea-idea baharu atau satu dasar yang besar yang dilakukan Kerajaan Madani, Datuk Seri Anwar Ibrahim setakat ini.

Mungkin kerajaan ini masih terlalu baharu atau menteri-menterinya masih dalam keadaan terkejut dengan situasi yang baru mereka kecapi sekarang.

Berbalik kepada program Menu Rakyat 1 Malaysia (MR1M) yang dijenamakan semula sebagai Menu Rahmah itu.. Adakah ianya benar-benar murah?

Bacalah..

Bagi mendapatkan gambaran lanjut, wartawan, Muhammad Saufi Hassan mewawancara Timbalan Dekan (Siswazah) Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Mohd Hizam Hanafiah bagi mengulas isu ini.

Menu Rahmah, adakah benar-benar murah dan mampu?

Murah dan mampu itu mengikut pandangan masing-masing. Bagi golongan berada, ia dianggap murah kerana mereka sanggup meminum secawan kopi di berjenama dengan harga berbelas ringgit sebagai contoh.

Bagi golongan pertengahan, ia mungkin dianggap mampu, bagi golongan bawahan, mengikut negeri dan daerah kediaman seperti di kawasan kampung di Kedah, Kelantan atau Terengganu, ia dianggap tidak murah.

Bagi golongan sasaran menu ini seperti di Lembah Klang, bagi saya, ia dianggap mampu bayar, bukan murah.

Mengapa, jika empat sekeluarga makan tengah hari dengan Menu Rahmah, ia tidaklah murah sebenarnya.

Pada pandangan Prof, apakah Menu Rahmah ini berkualiti atau 'tangkap muat'?

Menu Rahmah ini sebenarnya sudah diperkenalkan dahulu oleh kementerian yang sama di bawah kerajaan yang berbeza iaitu Pakej Menu Rakyat 1Malaysia.

Kini ia dijenamakan semula sebagai Menu Rahmah.

Saya fikir kita tidak perlu berpolemik tentang perkara ini, apa sahaja usaha yang baik oleh kerajaan yang memerintah untuk rakyat, ianya perlu disokong.

Saya tidak boleh menyatakan sama ada ia berkualiti atau tidak kerana restoran berbeza mempunyai standard dan kualiti berbeza.

Ini berbeza dengan rangkaian restoran yang mantap seperti jenama francais atau rangkaian restoran terkemuka yang beroperasi di bawah sistem yang sama dan mempunyai SOP yang jelas dalam mengawal kualiti makanan mereka.

Untuk menu rakyat, kita tidak tahu saiz ayamnya atau berapa banyak sayur untuk sepinggan nasi sebagai contoh.

Akhirnya, pengguna yang akan menentukan sama ada ia berkualiti atau tidak.

Adakah ia tangkap muat? Bagi saya ia adalah satu menu ringkas yang disediakan untuk rakyat yang mahukan harga maksimum RM5 berdasarkan citarasa rakyat Malaysia.

Apa yang lebih penting bagi saya adalah, pihak kementerian mempelbagaikan jenis lauk untuk makanan tengah hari di bawah Menu Rahmah ini dan meletakkan standard yang jelas.

Pada pandangan Prof, adakah menu ini akan dicari atau sekadar indah didengar?

Pengguna atau rakyat yang akan menentukan perkara ini.

Ada dua perkara penting.

Yang pertama adalah niat pengusaha restoran yang menyediakan menu ini.

Jika mereka berniat baik untuk menolong dan meringankan beban rakyat yang terkesan dengan keadaan ekonomi, memiliki ihsan, menyediakan menu ini dengan berkualiti, mengambil sedikit untung dan menyediakan perkhidmatan dengan baik, sampai suatu masa ia akan menjadi menu yang dicari-cari oleh rakyat terkesan dan golongan pelajar.

Keduanya, jika tiada kawalan standard dan kualiti oleh pihak kementerian, akhirnya ia akan menjadi indah didengar.

Melalui aplikasi mobil sebagai contoh (jika kerajaan serius), pihak kerajaan mampu memantau kualiti menu disediakan berdasarkan pandangan pengguna.

Bagaimana pula dengan penyertaan pengusaha kedai makan atau restoran?

Saya tidak terbabit dalam rundingan oleh pihak kerajaan dengan mereka ini, jadi saya sukar menjangka tentang tujuan pengusaha ini.

Apapun yang penting adalah, pertamanya ia pernah dibuat sebelumnya, kemudian 'hilang' akibat pertukaran kerajaan yang memerintah.

Pihak kementerian sudah pasti mempunyai laporan dan kajian tentang keberkesanan dan kelemahan program sebegini, maka usaha penambahbaikan perlu dilakukan untuk Menu Rahmah.

Yang keduanya, penyertaan sekitar 15,000 kedai makan atau restoran untuk melaksanakan Menu Rahmah ini adalah besar, maka jika ia dilaksanakan dengan baik, semakin banyak restoran atau kedai makan yang terbabit, liputan yang lebih menyeluruh (di kolej, universiti, lokasi tumpuan orang ramai), kemasukan food truck dalam menyediakan Menu Rahmah, semakin banyak menu yang terbabit (pagi, petang dan malam), dengan dasar yang jelas, kawalan standard yang optimum, ia boleh menjadi satu program yang berjaya membantu rakyat dan golongan yang memerlukan.

Mungkin setiap pekedai ada kuota untuk menu ini dan menghentikan jualan jika kuotanya sudah penuh. Bagaimana Prof melihat perkara ini?

Perkara ini adalah subjektif dan bergantung kepada setiap pengusaha.

Pengusaha tertentu di Lembah Klang atau bandar besar, mungkin menanggung kerugian untuk Menu Rahmah kerana kos pekerja dan kos lain yang tinggi, maka, kuota bagi mereka ini adalah perlu dan persetujuan mereka untuk terbabit dalam membantu adalah satu perkara yang perlu dipuji kerana sekurang-kurangnya, masih ada menu untuk golongan memerlukan di restoran mereka.

Bagi sesetengah tempat lain, Menu Rahmah mungkin menyumbang sedikit keuntungan, jadi terpulang sama ada mereka mahu memiliki kuota atau tidak kerana strategi dan sifat sesebuah perniagaan adalah unik dan berbeza.

Namun apa yang tidak mustahil adalah kita berharap suatu hari kelak, wujudnya jenama restoran yang menghidangkan Menu Rahmah dalam semua menunya.

Ini kerana, dalam industri seperti penerbangan dan peruncitan, kita memiliki jenama-jenama 'harga murah atau mampu' berdasarkan strategi yang betul, permintaan yang tinggi dan struktur kos yang diminimumkan.

Wawancara sepenuhnya silalah baca di SINI


Demikianlah Artikel Menu Rahmah : Adakah Ianya Benar-benar Murah?

Sekianlah artikel Menu Rahmah : Adakah Ianya Benar-benar Murah? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menu Rahmah : Adakah Ianya Benar-benar Murah? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/02/menu-rahmah-adakah-ianya-benar-benar.html

Subscribe to receive free email updates: