Shahrizat Akan Kembali Menerajui Wanita UMNO?

Shahrizat Akan Kembali Menerajui Wanita UMNO? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Shahrizat Akan Kembali Menerajui Wanita UMNO?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Shahrizat Akan Kembali Menerajui Wanita UMNO?
link : Shahrizat Akan Kembali Menerajui Wanita UMNO?

Baca juga


Shahrizat Akan Kembali Menerajui Wanita UMNO?

PETALING JAYA: Umno akan menghampakan ikrar perubahan yang diuar-uarkan selama ini sekiranya Shahrizat Abdul Jalil terpilih sebagai ketua pada pemilihan akan datang, malah akan dianggap tidak pernah mahu berubah.

Penganalisis politik, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, memilih Shahrizat akan memberi isyarat kepada masyarakat bahawa Umno “tidak pernah mahu berubah”.

Tegasnya, Umno dalam keadaan ia memerlukan nafas baharu tidak perlukan ‘orang lama’ untuk kembali lantang.

“Jika lebih ramai orang lama menawarkan diri sebagai calon dan kalaulah orang lama juga menang dalam jawatan penting, maka persepsinya Umno tak mahu berubah dan ini akan memberikan persepsi negatif kepada pengundi di luar,” katanya.

Sebelum ini, ketua Wanita Umno Kota Melaka, Haryaty Hamdzah, mendakwa sekumpulan akar umbi mahu Shahrizat kembali menerajui Wanita Umno, berdasarkan prestasi sayap itu ketika beliau mengetuainya dari 2009 hingga 2018.

Wanita Umno ketika ini diterajui Noraini Ahmad.

Salawati Mat Basir dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata menerima Shahrizat kembali sebagai ketua akan dilihat sebagai langkah ke belakang bagi Umno.

Katanya, reputasi Wanita Umno bawah pimpinan Shahrizat harus dikenang sebagai legasi terbaik sayap itu dan cabaran untuk melahirkan lebih ramai wanita yang berani dan lantang.

“Takkan kita nak kembali ke masa silam? Zaman dah berubah,” katanya, mengingatkan bahawa Shahrizat memimpin Wanita Umno selama 10 tahun.

Katanya, Umno tidak perlu kembalikan ‘orang lama’ untuk memimpin sayap yang sudah hilang taring.

“Dengan pengalaman beliau, Shahrizat hanya sesuai jadi penasihat. Jika nak kemudi semula memang tak kena. Biarlah muka baharu yang lantang, yang berani memimpin sayap itu.” - FMT


Demikianlah Artikel Shahrizat Akan Kembali Menerajui Wanita UMNO?

Sekianlah artikel Shahrizat Akan Kembali Menerajui Wanita UMNO? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Shahrizat Akan Kembali Menerajui Wanita UMNO? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/02/shahrizat-akan-kembali-menerajui-wanita.html

Subscribe to receive free email updates: