UiTM Holding Buat Apa Sampai Rugi RM157 Juta Ni? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UiTM Holding Buat Apa Sampai Rugi RM157 Juta Ni?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
UiTM Holding Buat Apa Sampai Rugi RM157 Juta Ni?link :
UiTM Holding Buat Apa Sampai Rugi RM157 Juta Ni?
UiTM Holding Buat Apa Sampai Rugi RM157 Juta Ni?

SHAH ALAM: Sayap pelaburan Universiti Teknologi Mara (UiTM) iaitu UiTM Holdings Sdn. Bhd. yang sepatutnya menjana pendapatan kepada universiti itu direkod mengalami kerugian terkumpul sebanyak RM157.04 juta bagi tempoh empat tahun berturut-turut.
Berdasarkan laporan kewangan pada 2017 hingga 2021, syarikat yang menjadi harapan UiTM itu juga didapati tidak memaklumkan laporan kewangannya bagi tahun 2020, justeru kerugian terkumpul dicatatkan dalam tempoh 10 tahun adalah sebanyak RM157.8 juta.
Difahamkan, kerugian tersebut melibatkan pelaburan dalam pelbagai perniagaan termasuk projek menerbitkan filem sehingga hangus puluhan juta ringgit, selain resort penginapannya, Intekma Resort & Convention Centre di Seksyen 7 di sini yang tidak efisien sehingga terpaksa dihentikan operasi.
Berdasarkan laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang diperoleh Utusan Malaysia, anak syarikat UiTM yang ditubuhkan pada 2007 itu pernah mencatat keuntungan keseluruhan sebanyak RM26 juta pada 2011, 2014, 2015 dan 2016.
Namun sehingga 2021,UiTM Holdings menanggung hutang sebanyak RM293 juta iaitu pada kadar 64 peratus berbanding jumlah aset RM456 juta, sementara liabiliti semasanya berjumlah RM74.92 juta.
Laporan tersebut merekodkan, UiTM Holdings menerima modal saham terkumpul sebanyak RM502.7 juta dari 2011 hingga 2021, bagaimanapun syarikat tersebut dilihat hanya membayar dividen kepada pemegang saham empat kali dalam tempoh tersebut yang semuanya berjumlah RM6.1 juta.
PERBELANJAAN
Sementara itu, satu sumber mendedahkan, laporan perbandingan kewangan tersebut menunjukkan masalah ketidakcekapan dalam pengurusan perbelanjaan menyebabkan kerugian dan menjadi antara faktor kebajikan sebahagian besar mahasiswanya terabai.
Malah, akibat masalah tersebut,sumber berkata, UiTM pernah dilabel sebagai ‘1MDB kecil’ selepas dikesan berlaku ketidakcekapan dan ketirisan dalam pengurusan kewangan termasuk anak syarikatnya itu.
“Modal kepada UiTM Holdings adalah daripada UiTM. Perlu dibetulkan pengurusannya (termasuk UiTM), sebab akhirnya yang akan menerima kesusahan adalah kakitangan, mahasiswa termasuk yang tinggal di luar kampus.
“Duit ini adalah simpanan di bawah Bendahari UiTM, jadi apabila kerajaan meminta mencari dana 30 peratus sendiri, jadi semua universiti termasuk UiTM mula membuat pelaburan. Pelaburan tak salah. Tetapi biarlah dijaga dengan betul dan tidak ada yang oportunis,” kata sumber itu.
Terdahulu, Utusan melaporkan pengurusan kewangan institusi pengajian tinggi (IPT) yang lemah didakwa menjadi punca kebajikan pelajar di UiTM terus terabai.
Malah laporan tersebut yang memetik sumber dalaman universiti itu mendedahkan banyak kesilapan dikesan berlaku sejak 10 tahun kebelakangan ini dalam menjana pendapatan terutamanya membabitkan bentuk pelaburan melalui UiTM Holdings yang dilaksanakan tanpa integriti dan tadbir urus baik.
Ini termasuk dakwaan pelaburan dalam pembikinan filem yang menyebabkan anak syarikat universiti itu mengalami kerugian ratusan juta ringgit.
SPRM
Susulan dakwaan itu, Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor bersedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat jika berlaku ketirisan dalam pengurusan UiTM termasuk anak syarikatnya.
Menurut Roziah, UiTM memiliki rekod 23 audit kewangan bersih daripada Jabatan Audit Negara.
Dalam pada itu, pemberita turut diberitahu kerugian UiTM serta anak syarikatnya menyebabkan banyak kemudahan serta aset miliknya seperti Intekma Resort gagal diuruskan.
“Ketika negara dilanda Covid- 19, ramai mahasiswa meluahkan kesukaran untuk mendapatkan liputan internet, komputer riba, kekurangan wang membeli makanan, kampus cawangan pun mohon (peruntukan) kerana untuk pasang Wifi pun tak ada duit.
“Sejak itu, perbelanjaan demi perbelanjaan didedahkan seperti pelaburan dalam pembikinan filem, baik pulih Intekma Resort berjuta-juta, tetapi akhirnya ditinggalkan,” jelasnya.
Oleh demikian, sumber berkenaan menyokong SPRM menyiasat ketirisan dan ketidakcekapan dalam UiTM supaya universiti itu kembali bermaruah.
“Takkanlah alumni atau orang yang ada ‘DNA UiTM’ hendak biarkan. Kita hendak membetulkan. Pergi UiTM suruh mereka buka fail, jangan ditutup. Kalau tutup patut ambil tindakan,” tegasnya.-
UTUSAN
Demikianlah Artikel UiTM Holding Buat Apa Sampai Rugi RM157 Juta Ni?
Sekianlah artikel UiTM Holding Buat Apa Sampai Rugi RM157 Juta Ni? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel UiTM Holding Buat Apa Sampai Rugi RM157 Juta Ni? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/02/uitm-holding-buat-apa-sampai-rugi-rm157.html
Related Posts :
JDT ranap impian Felda United 3-2
Wartawan Sinar Harian
Pasukan Johor Darul Takzim (JDT) merai kejayaan mengalahkan pesaing terkuat mereka Felda United sekali… Read More...
Kanak-kanak 3 tahun pula alami difteriaSINAR HARIAN
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Satu kes difteria melibatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dilaporkan ole… Read More...
Cuba langgar polis, kereta suspek ditembak beberapa das
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
Kereta suspek sedang diperiksa polis selepas pemandunya melarikan diri.
GEORGETOWN -… Read More...
Gaji RM5,000 sekadar cukup makan
FARHANA, NURUL FIRDAUS, IZZATUL, ARZIANA, AHMAD ISMADI, NORAFIZA, HIDAYAH, MARLIA, MUHAMMAD FAIZ
Hisyam menunjukkan senar… Read More...
Husam: Tubuh 'sukarelawan 1MDB', sebar maklumat di kampungZulaikha Zulkifli
Sebuah badan sukarelawan bagi memberi penerangan tentang isu 1MDB di kawasan luar bandar perlu ditubuhkan, kata Datuk Hu… Read More...