Lantikan Izzah Dan Iqbal, Apa Kata Rafizi?

Lantikan Izzah Dan Iqbal, Apa Kata Rafizi? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lantikan Izzah Dan Iqbal, Apa Kata Rafizi?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lantikan Izzah Dan Iqbal, Apa Kata Rafizi?
link : Lantikan Izzah Dan Iqbal, Apa Kata Rafizi?

Baca juga


Lantikan Izzah Dan Iqbal, Apa Kata Rafizi?

Kuala Lumpur: Budaya nepotisme dengan melantik saudara terdekat menjawat jawatan tertentu dalam kerajaan wajar dielakkan pada masa depan.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau sedar dengan kritikan pelbagai berkenaan pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri serta anak Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, Mohammed Iqbal sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Yang Dipertua Dewan.

"Saya ingat beberapa perkara ini untuk masa akan datang kepada mana-mana kerajaan perlu elakkan. Cuma dalam keadaan Nurul Izzah dan Iqbal, lantikan itu sudah dibuat.

"Dia tidak membabitkan wang rakyat, yang kita harapkan sekarang mereka perlulah buktikan mereka bawa nilai tambah. Saya yakin mereka ada peranan masing-masing," katanya ditemui media selepas hadir Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pandah Indah malam ini.

Beliau berkata, semua pihak yang terbabit dalam membuat keputusan sedemikian wajar mengambil perhatian terhadap pandangan rakyat.

"Di peringkat PKR, kita harap kita 'move on' dan cabaran itu ada pada Nurul Izzah dan Iqbal untuk membuktikan mereka ada nilai tambah dalam keadaan mereka tidak mengambil sebarang wang rakyat. Sudah pasti saya faham sentimen itu," katanya.

Sebelum ini, timbul isu berhubung dakwaan amalan nepotisme dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan anaknya, Nurul Izzah dilantik sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan.

Johari turut menerima tempias dakwaan itu apabila dikatakan melantik Mohammed Iqbal yang juga anak pertama daripada lapan beradik sebagai pegawai tugas-tugas khas di pejabatnya.

Melalui portal rasmi Parlimen, ia meletakkan nama Mohammed Iqbal sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Speaker Dewan Rakyat - MyMetro


Demikianlah Artikel Lantikan Izzah Dan Iqbal, Apa Kata Rafizi?

Sekianlah artikel Lantikan Izzah Dan Iqbal, Apa Kata Rafizi? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lantikan Izzah Dan Iqbal, Apa Kata Rafizi? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/02/lantikan-izzah-dan-iqbal-apa-kata-rafizi.html

Subscribe to receive free email updates: