Patutlah Pakej Umrah Dan Haji Naik Harga..

Patutlah Pakej Umrah Dan Haji Naik Harga.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Patutlah Pakej Umrah Dan Haji Naik Harga.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Patutlah Pakej Umrah Dan Haji Naik Harga..
link : Patutlah Pakej Umrah Dan Haji Naik Harga..

Baca juga


Patutlah Pakej Umrah Dan Haji Naik Harga..

KUALA LUMPUR: Kartel serta monopoli tiket penerbangan membabitkan pakej umrah dan haji oleh beberapa syarikat gergasi menjadi punca kenaikan harga pakej ibadah berkenaan di negara ini, dakwa Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah Dan Haji (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham.

Bahkan, tegas Razali, isu monopoli tiket penerbanganm sememangnya wujud.

Beliau mendakwa, sebahagian besar jumlah tiket yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines melalui Amal by Malaysia Airlines dibolot oleh beberapa syarikat besar atau pihak ketiga sehingga menyebabkan kenaikan harga tiket yang melambung tinggi.

“Bayangkan kita ada 1,000 lebih pemain industri yang buat umrah, (tiket) diberi kepada lima hingga ke-10 syarikat sahaja. Mengikut (MAS) sendiri mereka beri kepada syarikat tertentu hingga 60 peratus, bagi pada Indonesia 10 peratus dan mungkin 30 peratus lagi juga diberikan kepada syarikat yang besar.

“Jadi, mana peluang syarikat yang kecil hendak berniaga atau nak beli tiket. Saya tahu tahun ini (MAS) sudah menaikkan sedikit harga tiket,” jelas Razali.

Dalam masa sama, beliau mempersoalkan kewajaran penjualan besar jumlah tiket ke Tanah Suci itu kepada syarikat-syarikat tertentu sedangkan hasil keuntungan besar yang dicatatkan bukanlah dinikmati oleh operator penerbangan iaitu MAS.

Katanya, peruntukan jumlah tiket penerbangan yang diberi kepada jemaah umrah negara lain juga perlu dilihat semula memandangkan peruntukan bagi jemaah Malaysia ketika ini masih tidak mencukupi.

“Baki 30 peratus (jumlah tiket penerbangan) orang lain tak merasa… mungkin hanya 5 peratus sahaja atau 10 peratus.

“Jadi daripada 100 peratus (jumlah tiket) yang dikeluarkan, mungkin dalam pasaran hanya 5 peratus ke 10 peratus sahaja. Apabila syarikat-syarikat ini mengambil semua kerusi, mereka akan kawal harga yang mana ia mendadak naik,” tegas Razali.

Kesan daripada senario ini, katanya, secara langsung akan memberi kesan atau impak yang besar kepada syarikat-syarikat atau agensi umrah dan haji tempatan.

Situasi yang paling jelas akan berlaku, ujar Razali ialah, jemaah akan memilih syarikat yang mampu memberikan jaminan pakej termasuk tiket penerbangan berbanding syarikat-syarikat kecil yang terpaksa berebut atau bersaing untuk membeli baki peratus tiket yang ada.

“Jadi mereka terpaksa 'melutut' kepada syarikat besar untuk mendapatkan seat… itu pula dengan harga yang mahal,” kata Razali.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan telah mengadakan mesyuarat dengan wakil daripada kementerian berkaitan termasuk persatuan pengendali pelancongan yang dilesenkan, pada Selasa lepas.

Menurut MOTAC, mesyuarat tersebut memutuskan agar pihak Amal meneliti semula keseragaman pembahagian tiket penerbangan umrah bagi memastikan semua syarikat pengendali umrah tempatan yang dilesenkan mendapat peluang yang terbuka.

Bagaimanapun dalam kenyataan tersebut, MOTAC menafikan bahawa wujudnya monopoli tiket penerbangan pakej umrah dan haji yang diberikan oleh MAS hanya kepada beberapa syarikat tertentu.

Malah, jelas MOTAC, dakwaan bahawa kelebihan diberikan kepada jemaah Indonesia juga adalah tidak benar sama sekali lapor AstroAwani


Demikianlah Artikel Patutlah Pakej Umrah Dan Haji Naik Harga..

Sekianlah artikel Patutlah Pakej Umrah Dan Haji Naik Harga.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Patutlah Pakej Umrah Dan Haji Naik Harga.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/02/patutlah-pakej-umrah-dan-haji-naik-harga.html

Subscribe to receive free email updates: