Lantikan Nurul Izzah Turut Dibantah IDEAS

Lantikan Nurul Izzah Turut Dibantah IDEAS - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lantikan Nurul Izzah Turut Dibantah IDEAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lantikan Nurul Izzah Turut Dibantah IDEAS
link : Lantikan Nurul Izzah Turut Dibantah IDEAS

Baca juga


Lantikan Nurul Izzah Turut Dibantah IDEAS

Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) menjadi pihak terbaru menyuarakan bantahan terhadap pelantikan Nurul Izzah sebagai penasihat ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Badan pemikir itu berkata, walaupun Nurul Izzah memiliki kelayakan berdasarkan latar belakang akademik dan pengalaman dalam politik, tetap ada tanggapan bahawa dia dilantik atas kedudukannya sebagai anak Anwar.

"Nurul Izzah sangat kompeten dan layak, mengambil kira pengalamannya sebagai ahli parlimen selama tiga penggal dan memiliki ijazah sarjana dasar awam dari universiti luar negara ternama.

"(Namun) pelantikan yang dibuat dengan cara ini adalah tidak produktif dan boleh membawa kepada persoalan berkaitan nepotisme, konflik kepentingan dan malah terhadap keputusan dasar awam yang akan dibuat oleh pentadbiran.

"Ia juga boleh menjadi duluan kepada pelantikan ahli keluarga yang lain, yang boleh terus menjejaskan reputasi kerajaan," kata Ideas dalam kenyataan hari ini.

Menggesa kerajaan agar lebih telus dalam melantik penasihat, Ideas menegaskan reaksi bercampur terhadap pelantikan Nurul Izzah tidak mengejutkan memandangkan PH sentiasa berjuang ke arah tadbir urus yang baik.

"Ideas berharap walaupun ia bermasalah, pelantikan ini akhirnya adalah untuk kepentingan rakyat dan Nurul Izzah akan bekerja bersama kementerian yang berkaitan untuk mencapai reformasi yang sangat diperlukan negara.

"Ia termasuklah menangani isu struktur ekonomi yang sekian lama menjadi masalah negara, seperti cabaran perlindungan sosial, fiskal, pembaharuan cukai dan daya saing industri," katanya lagi.

Anwar sebelum ini mempertahankan pelantikan Nurul Izzah antaranya dengan menjelaskan ia adalah kedudukan tanpa elaun.

Berkenaan pihak yang mempersoalkan kelayakannya pula, Anwar yang juga menteri kewangan berkata dia sendiri tiada latar belakang akademik dalam soal itu, sebaliknya merupakan graduan Pengajian Melayu.

"Menteri dari PAS, Bersatu juga tiada kelulusan dalam bidang masing-masing.

"Adakah benar seorang menteri kesihatan mesti (seorang doktor), atau menteri air kena (sebagai) jurutera?" soalnya.

Semalam, Anwar berkata Nurul Izzah dilantik bagi membantu kerajaan termasuk memastikan segala proses pemberian kontrak dan tender dilakukan secara teratur.

Dalam PRU15, Nurul Izzah mengejutkan ramai apabila tewas di kerusi Parlimen Permatang Pauh, yang telah dipegang keluarganya sejak 1980-an - Malaysiakini


Demikianlah Artikel Lantikan Nurul Izzah Turut Dibantah IDEAS

Sekianlah artikel Lantikan Nurul Izzah Turut Dibantah IDEAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lantikan Nurul Izzah Turut Dibantah IDEAS dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/02/lantikan-nurul-izzah-turut-dibantah.html

Subscribe to receive free email updates: