Apa Yang Tersirat Disebalik Kaji Selidik O2 Malaysia Itu Agaknya?

Apa Yang Tersirat Disebalik Kaji Selidik O2 Malaysia Itu Agaknya? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apa Yang Tersirat Disebalik Kaji Selidik O2 Malaysia Itu Agaknya?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apa Yang Tersirat Disebalik Kaji Selidik O2 Malaysia Itu Agaknya?
link : Apa Yang Tersirat Disebalik Kaji Selidik O2 Malaysia Itu Agaknya?

Baca juga


Apa Yang Tersirat Disebalik Kaji Selidik O2 Malaysia Itu Agaknya?

 

KAJI selidik mega yang dibuat oleh firma penyelidikan O2 Malaysia dengan kerjasama lima media arus perdana, iaitu Sinar Harian, Awani, The Star, Sin Chew dan Malaysia Nanban menimbulkan sedikit kontroversi.

Ini kerana kaji selidik yang dibuat dari 6 hingga 16 Februari lalu ini membabitkan 35,077 pembaca dan pelayar agensi media ini mendapati bahawa majoriti orang Melayu merasakan kerajaan perpaduan tidak berprestasi dengan baik selama 100 hari memerintah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim genap 100 hari menjadi Perdana Menteri pada Sabtu ini manakala dua timbalan perdana menteri dan 25 menteri akan genap tempoh itu pada 13 Mac ini.

Antara aspek yang ditekankan ialah 71 peratus Melayu Semenanjung menyatakan tidak berpuas hati dengan usaha kerajaan perpaduan menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mereka dan 53 peratus menyatakan ekonomi negara bertambah buruk. Kaedah kaji selidik dan keabsahan pemilihan responden dipersoalkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff kerana ia dikatakan tidak dibuat secara sistematik serta tidak mencerminkan realiti sebenar di bawah.

Bandingan juga dibuat dengan kaji selidik Merdeka Center pada 26 Disember 2022 hingga 15 Januari 2023 yang lebih positif dapatannya, iaitu 60 peratus responden Melayu berpuas hati terhadap prestasi Anwar sebagai Perdana Menteri.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pula dilapor akan meminta penjelasan agensi berita yang terlibat selain menyelar kaji selidik tersebut dengan menanyakan adakah ia cubaan untuk mempromosikan sesuatu atau memperdayakan rakyat.

Dr. Murray Hunter, dalam artikel bertajuk Do opinion polls spell doom for Anwar and his government? pula menggunakan dapatan 71 peratus Melayu Semenanjung tidak berpuas hati terhadap kerajaan perpaduan untuk membuat jangkaan prestasi lemahnya dalam enam pilihan raya negeri (PRN). Beliau mendakwa dapatan kaji selidik tersebut menunjukkan kerajaan perpaduan mungkin akan hilang populariti secara bertahap dengan cubaan Anwar untuk menarik sokongan Melayu yang dibuatnya didakwa gagal malah mungkin menjauhkan undi bukan Melayu.

Lebih jauh lagi, Anwar didakwa gagal untuk memberi inspirasi kepada negara dan perlu cepat menukar hala tuju kerana kaji selidik tersebut didakwa menunjukkan Kabinet beliau kekurangan bakat menyebabkan komposisinya perlu ditukar untuk menyelamatkan kerajaan perpaduan.

Pandangan saya, dalam sesebuah negara demokrasi, kita tidak boleh menghalang mana-mana pihak daripada membuat apa-apa kaji selidik yang bertujuan meninjau sentimen rakyat berhubung prestasi dan populariti pentadbiran Perdana Menteri dan kerajaan perpaduan. Lima media arus perdana terbabit mungkin berasa bertanggungjawab untuk memberikan maklum balas pembaca dan pelayar mereka bagi meningkatkan keberkesanan kerajaan perpaduan.

IDEAL

Pada masa sama, saya bersetuju dengan kenyataan Mohammad Agus bahawa mana-mana kaji selidik yang dibuat mestilah memenuhi kaedah pensampelan yang betul, baik dari sudut umur, etnik, jantina, tahap pendidikan, taburan pendapatan dan lokaliti mereka. Jika kesemua perkara ini tidak jelas, dan profil responden tidak selari dengan profil sebenar pengundi atau rakyat, maka hasil dapatan kaji selidik tersebut akan menjadi tidak betul dan kesimpulan diperoleh daripadanya akan mengelirukan masyarakat.

Satu lagi perkara penting perlu diambil berat ialah 100 hari pentadbiran adalah terlalu awal untuk mengukur prestasi kerana dalam tempoh ini lazimnya mana-mana kerajaan baharu masih berada di peringkat perancangan atau pelancaran. Tempoh waktu yang lebih ideal untuk mengukur prestasi sesebuah kerajaan adalah setahun atau sekurang-kurangnya enam bulan dari tarikh ia dibentuk kerana dalam tempoh ini, sebahagian daripada dasar-dasar yang diputus untuk dilaksanakan telah dapat direalisasikan.

Jemaah menteri hanya mengangkat sumpah pada 3 Disember 2022 sedangkan kaji selidik tersebut dilakukan pada 6 Februari 2023, iaitu sekitar dua bulan sahaja dari tarikh dua timbalan perdana menteri dan 25 menteri memulakan tugas. Oleh itu, pengukuran prestasi jemaah menteri dalam tempoh masa sekitar dua bulan ini kelihatan tidak begitu selari dengan tajuk kaji selidik tersebut, iaitu Tinjauan Rakyat Malaysia 100 Hari Pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan.

Adalah lebih meyakinkan sekiranya kaji selidik tersebut dibuat oleh agensi kerajaan berwibawa seperti Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), institut pengajian tinggi tempatan atau badan kaji selidik yang neutral. Media arus perdana mahupun media sosial tidak dinafikan peranan besarnya dalam pemerintahan kerajaan sehinggakan tokoh seperti Thomas Carlyle menggelarkan media sebagai the fourth estate of the realm yang berfungsi sebagai pengawas kepada kerajaan. Walaupun begitu, perkara-perkara yang memerlukan kepakaran ilmiah seperti membuat kaji selidik ini bukanlah satu kemahiran media kerana ia memerlukan bantuan dan pedoman daripada badan-badan ilmiah yang lebih mengetahui mengenai metodologi diperlukan.

Kaji selidik ini agak bahaya jika tidak dibuat dengan betul kerana ia hanya didasarkan kepada persepsi, bukan realiti dipandukan kepada data sebenar seperti pencapaian petunjuk prestasi utama (KPI) yang dikehendaki daripada seseorang menteri atau kementerian. Sehubungan itu, terlalu awal untuk Murray membuat dakwaan Anwar gagal untuk memberi inspirasi kepada negara dan perlu cepat menukar hala tuju atau kerajaan perpaduan mungkin akan popularitinya secara bertahap kerana ia didasarkan atas premis salah.

Masa sama, PRN di enam negeri bakal berlangsung selepas Jun ini juga boleh menjadi satu referendum yang lebih baik untuk menilai penerimaan rakyat ke atas kerajaan perpaduan pimpinan Anwar. Penilaian sewajarnya boleh dibuat oleh institusi berwibawa dengan menggunakan metodologi betul setelah gagasan Malaysia Madani yang dilancarkan pada 19 Januari dan Belanjawan 2023 dibentangkan (24 Februari) mula dilaksanakan.

Jika tidak, maka pastilah akan timbul spekulasi seperti disebutkan oleh Fahmi sama ada ia berupa cubaan untuk mempromosikan sesuatu atau memperdayakan rakyat.


PROFESOR Emeritus Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak 
Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara dan bekas Ketua Pengarah Pengajian Tinggi.

Asal artikel dari SINI


Demikianlah Artikel Apa Yang Tersirat Disebalik Kaji Selidik O2 Malaysia Itu Agaknya?

Sekianlah artikel Apa Yang Tersirat Disebalik Kaji Selidik O2 Malaysia Itu Agaknya? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Apa Yang Tersirat Disebalik Kaji Selidik O2 Malaysia Itu Agaknya? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/03/apa-yang-tersirat-disebalik-kaji.html

Subscribe to receive free email updates: