Sampai Bila Tentera Darat Nak Guna 'Condor' Yang Dah 40 Tahun Ni?

Sampai Bila Tentera Darat Nak Guna 'Condor' Yang Dah 40 Tahun Ni? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sampai Bila Tentera Darat Nak Guna 'Condor' Yang Dah 40 Tahun Ni?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sampai Bila Tentera Darat Nak Guna 'Condor' Yang Dah 40 Tahun Ni?
link : Sampai Bila Tentera Darat Nak Guna 'Condor' Yang Dah 40 Tahun Ni?

Baca juga


Sampai Bila Tentera Darat Nak Guna 'Condor' Yang Dah 40 Tahun Ni?

SUDAH 90 tahun usia Tentera Darat Malaysia (TDM). Dalam tempoh hampir satu abad, banyak proses evolusi berjaya dilaksanakan. Malah, kejayaan demi kejayaan sama ada di dalam atau luar negara telah pun dicatatkan.

Banyak sejarah dan nama mereka yang berjuang juga sudah diangkat serta dijulang bagi tatapan generasi muda. Namun, sejarah tetap sejarah yang menjadi cermin pandang belakang untuk bergerak ke hadapan.

Di sebalik sejarah yang tercatat, aset juga amat penting untuk TDM mendepani peperangan era masa kini. Ambil contoh bagaimana peperangan antara Ukraine dan Russia. Aset menjadi penentu kepada kemenangan sesebuah pasukan dan bukan hanya bersandar kepada semangat atau taktikal semata-mata.

Kerajaan sudah semestinya tahu perkara ini dan buktinya jelas apabila memberi peruntukan pertahanan sejumlah RM17.7 bilion dengan RM4.1 bilion untuk pembelian aset dan penyelenggaraan dalam Belanjawan 2023. Ini sudah pasti merancakkan sektor pertahanan dan pada saat ini, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) antara perkhidmatan yang menjadi tumpuan.

Sebab apa? Pertama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan sendiri menyatakan hasrat untuk mendapatkan kapal peronda misi pesisir (LMS) kumpulan kedua.

Selain itu, TUDM juga tidak ketinggalan apabila bakal menerima aset baharu selepas kerajaan bersetuju membeli sebanyak 18 buah pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) FA-50 buatan Korea Selatan.

TARANTULA



Bagaimana pula TDM? Sebenarnya ada beberapa aset baharu yang akan diterima untuk tahun ini dan perkara tersebut telah pun ditegaskan oleh Panglimanya, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain. Namun daripada senarai dinyatakan, tiada apa-apa perkembangan program perolehan 136 kenderaan pembawa anggota (APC) yang pernah diumumkan oleh bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada tahun lalu.

Pucuk pimpinan kini sudah berubah. Tetapi perincian untuk Belanjawan 2023 bagi sektor pertahanan masih belum diumumkan oleh Menteri Pertahanan yang baharu, Datuk Seri Mohamad Hasan. Berita yang ada hanyalah hasrat pembelian LMS dan pesawat FA-50.

Justeru, apa yang menjadi tanda tanya sekarang, adakah perolehan APC baharu untuk menggantikan Condor diteruskan? Kalau ada, adakah jumlahnya sama atau ditambah mahupun dikurangkan dan siapa calon yang bakal mengisi tempat tersebut?

Semuanya ini masih belum terjawab. Difahamkan, beberapa uji nilai terhadap model tertentu sudah pun dilaksanakan sebelum ini. Antara senarai yang disebut-sebut termasuklah PARS 4×4 buatan FNSS dari Turkiye atau Tarantula buatan syarikat tempatan, iaitu MILDEF International Technologies Sdn. Bhd.

Di peringkat mana status proses perolehan tersebut juga tidak diketahui. Mahu atau tidak, penggantian APC Condor sudah menjadi satu keperluan mendesak, lebih-lebih lagi sudah 40 tahun menabur khidmat bakti.

Kalau tiada peruntukan mencukupi sekalipun (mengambil kira situasi ekonomi semasa), mungkin TDM terpaksa menaik taraf aset lama demi memanjangkan hayat peralatan sedia ada. Kaedah ini sudah terbukti di negara luar dan Israel contoh terbaik apabila membangunkan APC Achzarit yang dahulunya kereta kebal T-55 milik Syria. Mereka berjaya membangunkan APC ini sehingga diklasifikasikan sebagai heavy APC dengan ketebalan armor 200 milimeter (mm) dan berat keseluruhan 44 tan.

Ini sudah semestinya satu pelan yang bijak dan dapat memberi manfaat kepada pengguna serta penggiat industri pertahanan. Setidak-tidaknya menjadi nilai tambah kekuatan kepada aset baharu nanti. Tidak mustahil untuk melihat kenderaan lama TDM diberi nafas baharu. Sekurang-kuranya dijadikan kenderaan sokongan atau logistik nanti.

Apa yang paling penting, kebijaksanaan semua pihak dalam mengurus sebarang perolehan atau penyelenggaraan aset milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM). – UTUSAN


Demikianlah Artikel Sampai Bila Tentera Darat Nak Guna 'Condor' Yang Dah 40 Tahun Ni?

Sekianlah artikel Sampai Bila Tentera Darat Nak Guna 'Condor' Yang Dah 40 Tahun Ni? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sampai Bila Tentera Darat Nak Guna 'Condor' Yang Dah 40 Tahun Ni? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/03/sampai-bila-tentera-darat-nak-guna.html

Subscribe to receive free email updates: