#KJjadiDJ : Sejauh Mana ‘DJ’ Mampu Bantu Khairy Kekal Relevan?

#KJjadiDJ : Sejauh Mana ‘DJ’ Mampu Bantu Khairy Kekal Relevan? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul #KJjadiDJ : Sejauh Mana ‘DJ’ Mampu Bantu Khairy Kekal Relevan?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : #KJjadiDJ : Sejauh Mana ‘DJ’ Mampu Bantu Khairy Kekal Relevan?
link : #KJjadiDJ : Sejauh Mana ‘DJ’ Mampu Bantu Khairy Kekal Relevan?

Baca juga


#KJjadiDJ : Sejauh Mana ‘DJ’ Mampu Bantu Khairy Kekal Relevan?

Pada hari pertama bertugas sebagai penyampai radio pada 15 Februari lalu, bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin mencetuskan fenomena apabila ramai peminat teruja untuk mendengarnya bersiaran.

Ketika itu, hashtag #KJjadiDJ juga menjadi topik paling teratas di media sosial.

Satu jam pertama bersiaran, Khairy sempat berkongsi perkembangan terkini kehidupannya selepas tidak lagi bergelar "Yang Berhormat" kerana tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), November lalu.

Menurut Khairy, sehari selepas PRU15, beliau secara rasminya tidak mempunyai pekerjaan kerana tidak menjawat sebarang lagi jawatan dalam kerajaan.

"Itu hari yang bersejarah. Hari yang saya kalah pilihan rayalah.

"Dulu masa 2018, kita (Barisan Nasional) masa kalah jadi kerajaan, saya masih lagi ahli Parlimen.

"Tapi kali ni menteri pun dah tak ada, ahli Parlimen pun kalah," katanya ketika ke udara di segmen pagi HotFM.

Pemerhati politik tempatan melihat tindakan Khairy menerima tawaran kerja sebagai juruhebah atau DJ radio amat bersesuaian dengan status terkini beliau yang tidak lagi aktif dalam politik.

Bagi mengekalkan populariti dan keberadaannya, muncul di radio terkemuka setiap pagi adalah strategi yang tepat.

Bercakap kepada media, bekas pengarang kanan Utusan Malaysia Zin Mahmud berkata memilih tugas sebagai DJ radio selepas dipecat parti adalah strategik kerana menjadikan popularitinya semakin meningkat.

Bahkan, prestasi Khairy sebagai DJ juga sangat baik dan membantu dalam meningkatkan mutu industri radio berbahasa Melayu.

Di media sosial, ramai pendengar radio yang memuji segmen pagi radio itu bertukar menjadi lebih ilmiah apabila membincangkan topik-topik berpengetahuan melibatkan isu semasa sejak Khairy menyertai HotFM.

Malah, ada juga rakyat yang menyifatkan HotFM "silap besar" kerana berani bekerja bersama dengan Khairy.

"Memang silap besar sebenarnya bagi menteri Oxford jadi DJ.

"Dia kupas semua isu negara dalam radio. Dia bincang dengan rakyat. Jangan sampai kerajaan menggelupur tak boleh 'kencing' rakyat.

"Jujur cakaplah, berapa ramai menteri dalam kerajaan tu lagi pandai dari Khairy?," tulis Nia di Facebook.

"Lain sikit otak DJ bila Khairy masuk.

“Selalu pagi-pagi dengar lawak pasal berat badan hari ini dapat dengar pasal pembangunan sosial," tulis Azizan Salam di Twitter.

Pada hari pertama bersiaran, Khairy turut membuka perbincangan mengenai isu hangat pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan mencetuskan perdebatan umum di media sosial.

Kemunculannya juga menyaksikan peningkatan pendengar penstriman secara langsung di laman sesawang HotFM sebanyak 414% sehingga terdapat beberapa gangguan teknikal ketika bersiaran.

Selain itu, kenaikan sebanyak 161% penstriman digital di saluran YouTube HotFM.

Mengulas lanjut, Zin berkata populariti Khairy kini boleh membantu beliau sebagai ahli politik.

"Saya fikir beliau boleh bertahan lama sebagai DJ.

"Tapi kejayaan dalam politik tentunya tidak boleh bergantung pada radio semata-mata."

PLATFORM POLITIK TETAP PENTING

Dalam pada itu, penganalisis politik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Mazlan Ali berkata tidak dinafikan populariti Khairy amat kuat terutamanya dalam generasi Y.

Katanya, bukan sahaja Khairy dikenali dalam arena politik bahkan juga dalam masyarakat dan bidang sukan.

Bagaimanapun, kata Mazlan, keberadaan Khairy dalam media massa sekarang sebagai DJ tidak cukup menjadikan beliau terus relevan dalam politik.

"Sebenarnya beliau memerlukan platform politik.

“Walaupun dipecat, beliau boleh mengemukakan rayuan," katanya merujuk kepada pemecatan Khairy daripada Umno pada Januari lalu.

Menurut Mazlan, peluang Khairy untuk bertahan dalam politik tidak secerah peluangnya jika terus bersama dengan Umno.

"Beliau popular dalam Umno cuma beliau ada masalah dengan pucuk pimpinan sahaja," katanya .


Atas sebab itu, beliau menegaskan Khairy sepatutnya juga memikirkan langkah seterusnya sama ada perlu kembali kepada Umno melalui rayuan atau kembali semula pada suatu masa akan datang memandangkan usianya masih muda iaitu 47 tahun.

"Saya fikir platform politik itu lebih penting berbanding platform yang beliau ada sekarang."

Selain itu, Mazlan turut menyifatkan Khairy sebagai ahli politik yang baik kerana sudah dipecat dan kalah pilihan raya, beliau masih boleh bertapak dalam bidang lain.

Ini boleh dilihat apabila beliau mendapat tawaran kerja sebagai DJ dan dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah pasukan boleh sepak Johor Darul Takzim (JDT).

"Ini permulaan yang baik juga untuk Khairy kerana menunjukkan beliau berbeza dengan ahli-ahli politik yang lain."

Asal artikel dari SINI


Demikianlah Artikel #KJjadiDJ : Sejauh Mana ‘DJ’ Mampu Bantu Khairy Kekal Relevan?

Sekianlah artikel #KJjadiDJ : Sejauh Mana ‘DJ’ Mampu Bantu Khairy Kekal Relevan? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel #KJjadiDJ : Sejauh Mana ‘DJ’ Mampu Bantu Khairy Kekal Relevan? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/03/kjjadidj-sejauh-mana-dj-mampu-bantu.html

Subscribe to receive free email updates: