Empat Kerusi DUN Pulau Pinang Diisytihar Kosong

Empat Kerusi DUN Pulau Pinang Diisytihar Kosong - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Empat Kerusi DUN Pulau Pinang Diisytihar Kosong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Empat Kerusi DUN Pulau Pinang Diisytihar Kosong
link : Empat Kerusi DUN Pulau Pinang Diisytihar Kosong

Baca juga


Empat Kerusi DUN Pulau Pinang Diisytihar Kosong

 


GEORGE TOWN: Kesemua empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang Pulau Pinang diarahkan keluar meninggalkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini selepas usul pengosongan kerusi disandang mereka diluluskan sidang DUN.

Mereka terdiri daripada ADUN daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaituDr. Afif Bahardin (Seberang Jaya); Zulkfili Ibrahim (Sungai Acheh); Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Md. Lazim (Teluk Bahang).

Kesemua mereka meninggalkan bangunan DUN kira-kira pukul 1 tengah hari selepas diarahkan berbuat demikian oleh Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang sebaik sahaja usul itu mendapat sokongan majoriti ADUN.

Terdahulu, usul Pengisytiharan Kekosongan Kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di bawah Perkara 14A Perlembagaan Negeri Pulau Pinang itu dicadangkan Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman (PKR-Pinang Tunggal) dan disokong Jagdeep Singh Deo (DAP-Datuk Keramat).

Usul itu dibenarkan dibahaskan terlebih dahulu oleh Choo Kiang sebaik sahaja sidang DUN bermula kira-kira pukul 9.30 pagi selepas mengambil kira kepentingan usul tersebut yang berkaitan dengan Perlembagaan Negeri Pulau Pinang serta berikutan keputusan mahkamah berkenaan enakmen anti lompat parti pada 2 Mac lalu.

Ketika membentangkan usul itu, Ahmad Zakiyuddin yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata, Perkara 14A Perlembagaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan jelas menetapkan seseorang ADUN hendaklah mengosongkan kerusinya apabila melepaskan, berhenti atau dilucutkan keahlian daripada sesebuah parti politik atau menyertai mana-mana parti politik lain.

Menurutnya, perkara itu terpakai kepada ADUN Bertam dan Teluk Bahang yang merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bertanding atas tiket logo PKR dan mendapat merit daripada Presiden PKR, manakala ADUN Sungai Acheh dan Seberang Jaya pula telah dipecat daripada parti PKR.

“Sekiranya pengisytiharan tersebut diluluskan, Yang Dipertua DUN menurut Fasal 14A(4) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang hendaklah memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa telah berlakunya kekosongan empat kerusi DUN Pulau Pinang,” katanya.

Terdahulu, seperti dijangka, sesi perbahasan usul itu menjadi kecoh dengan keempat-empat ADUN pembangkang berkenaan berhujah mempertahankan kerusi masing-masing, manakala ADUN kerajaan negeri pula cuba menjustifikasikan keperluan pelaksanaan usul berkenaan.

Malah, Dr. Afif turut diberi amaran oleh Choo Kiang untuk berhenti merakam video menggunakan telefon bimbit beliau ketika Ahmad Zakiyuddin membentangkan usul itu meskipun beliau memberi alasan rakaman berkenaan dibuat untuk simpanan peribadi.

Sementara itu, dalam perbahasannya, Khaliq Mehtab (Bersatu-Bertam) berkata, tiga senario melompat parti seperti disebut dalam pindaan Perlembagaan negeri itu iaitu melompat parti; dipecat daripada parti dan mengisytihar diri sebagai wakil rakyat Bebas tidak berlaku terhadap beliau serta Teluk Bahang sehingga perlu mengosongkan kerusi DUN masing-masing.

“Sebab itu bagi kami usul ini merosakkan demokrasi dan mengkhianati mandat rakyat yang memilih kami untuk mewakili dan menjadi suara mereka.

“Usul ini juga bertujuan untuk menghilangkan suara pembangkang dan sekiranya kami dihalau daripada DUN hari ini, maka ia akan menjadi titik hitam dalam sejarah Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” katanya.

Dalam pada itu, ketika berbahas mempertahankan usul itu, Gooi Hsiao Leung (DAP-Bukit Tengah) berkata, keempat-empat ADUN berkenaan sepatutnya meletakkan jawatan ADUN lebih awal tanpa perlu menunggu usul mengenainya dibentangkan dalam sidang DUN hari ini.

Ini kerana, jelas beliau, mereka boleh dianggap telah memilih keluar daripada parti memandangkan pada PRU-14, mereka memilih bertanding dan menang atas atas tiket Pakatan Harapan (PH) yang ketika itu menggunakan logo PKR.

Secara keseluruhan, seramai 12 ADUN mengambil bahagian dalam perbahasan usul itu termasuk Chow Kon Yeow (DAP-Padang Kota): Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Pantai Jerejak); Lee Chun Kit (DAP-Pulau Tikus); Muhammad Faiz Fadzil (Amanah-Permatang Pasir) dan M. Satees (DAP-Bagan Dalam) dan Mohd. Yusni Mat Piah (Pas- Penaga). – UTUSAN


Demikianlah Artikel Empat Kerusi DUN Pulau Pinang Diisytihar Kosong

Sekianlah artikel Empat Kerusi DUN Pulau Pinang Diisytihar Kosong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Empat Kerusi DUN Pulau Pinang Diisytihar Kosong dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/03/empat-kerusi-dun-pulau-pinang.html

Subscribe to receive free email updates: