Demonstrasi setiap hari selagi Bersih tak undur, kata Jamal Yunos

Demonstrasi setiap hari selagi Bersih tak undur, kata Jamal Yunos - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Demonstrasi setiap hari selagi Bersih tak undur, kata Jamal Yunos, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Demonstrasi setiap hari selagi Bersih tak undur, kata Jamal Yunos
link : Demonstrasi setiap hari selagi Bersih tak undur, kata Jamal Yunos

Baca juga


Demonstrasi setiap hari selagi Bersih tak undur, kata Jamal Yunos

 
Ada diantara peserta yang memecahkan batu menggunakan tangan, malah turut membiarkan diri dipukul dengan kayu. 


jamal malaysia kini
jamal 3


PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berjanji perhimpunan di ibu pejabat Malaysiakini pada petang ini bukan yang terakhir.

Menurutnya, himpunan Baju Merah ini akan berterusan sehingga 19 November akan datang tanpa memberitahu secara spesifik lokasinya.

Bagaimanapun, beliau berjanji akan membatalkannya segera jika Bersih turut berbuat demikian.

“Jika mereka teruskan, kami sedia turut berhimpun walaupun berlaku konfrontasi di antara merah dan kuning. Kalau kuning tetap berdegil, kami 10 kali degil,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Dalam himpunan petang ini, kira-kira 200 orang penyokong Baju Merah turun di ibu pejabat Malaysiakini menuntut portal berita itu menutup operasinya.

“Kita mendesak kerajaan menutup Malaysiakini dan KiniTv. Kita minta kerajaan menyiasat supaya apa saja hubungan dengan Soros dihalang, kerana mereka ini yang menjadi wadah dalam fitnah pihak Bersih dan DAP,” katanya.

Dalam himpunan itu, para peserta Baju Merah turut mempamerkan gimik berbahaya sebagai tanda bantahan terhadap Bersih.

Ada diantara peserta memecahkan batu menggunakan tangan, malah turut membiarkan diri dipukul dengan kayu.

Malah, mereka turut bersorak, “Hidup Baju Merah, Hancur Malaysiakini”, “Tutup Malaysiakini”.

Himpunan yang bermula jam 2 petang itu berakhir pada 4.30 petang dan tiada sebarang tangkapan dilakukan.

Sewaktu peserta Baju Merah berarak ke ibu pejabat Malaysiakini, anggota polis mengawal pintu hadapan pejabat berkenaan bagi mengelakkan peserta merusuh masuk ke premis berkenaan.

Jamal dan beberapa anggota dibenarkan melepasi benteng besi polis untuk tujuan perbincangan. Himpunan berkenaan berakhir apabila Jamal selesai berbincang dengan anggota polis

Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah dan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah turut hadir.

Sementara itu, Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan berkata beliau menghormati tindakan kumpulan Baju Merah kerana percaya mereka mempunyai hak untuk berhimpun.

“Saya hormati Baju Merah. Mereka mempunyai hak untuk protes secara aman. Mereka juga berhak untuk suarakan apa yang mereka rasakan,” katanya.

Jelas Stevan, beliau gembira dan berpuas hati dengan kawalan keselamatan yang dilakukan polis bagi menjaga ketenteraman di premis berkenaan.

“Kami membuat laporan polis semalam dan berbangga apabila polis mengawal kawasan ini dengan lebih serius iaitu menempatkan anggota yang mencukupi bagi mengawal situasi.

“Jamal boleh berkata apa-apa sahaja tetapi kami ingin menegaskan tiada undang-undang membolehkan sesuatu kerajaan itu dijatuhkan,” katanya.

Stevan turut menafikan dakwaan Jamal yang pengaruh asing menyebabkan berita-berita dihasilkan Malaysiakini cenderung kepada pihak pembangkang.

“Anda boleh tanya setiap orang wartawan di sini. Saya sendiri mendapati sukar untuk mengawal polisi editorial. Mereka yang putuskan untuk apa yang dilaporkan.

“Saya hanya salah seorang daripada 30 orang kakitangan editorial. Jadi, adalah mustahil untuk mengatakan pengaruh asing mempengaruhi Malaysiakini,” katanya.

jamal 2

 LIHAT VIDEO DI SINI
VIDEO -1.
VIDEO- 2.





Demikianlah Artikel Demonstrasi setiap hari selagi Bersih tak undur, kata Jamal Yunos

Sekianlah artikel Demonstrasi setiap hari selagi Bersih tak undur, kata Jamal Yunos kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Demonstrasi setiap hari selagi Bersih tak undur, kata Jamal Yunos dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/11/demonstrasi-setiap-hari-selagi-bersih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :