Siapa Hantar Ganja Kepada Rafizi Dan Anwar Ibrahim?

Siapa Hantar Ganja Kepada Rafizi Dan Anwar Ibrahim? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siapa Hantar Ganja Kepada Rafizi Dan Anwar Ibrahim?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siapa Hantar Ganja Kepada Rafizi Dan Anwar Ibrahim?
link : Siapa Hantar Ganja Kepada Rafizi Dan Anwar Ibrahim?

Baca juga


Siapa Hantar Ganja Kepada Rafizi Dan Anwar Ibrahim?

Semalam media melaporkan di Sepang, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, polis menerima laporan dibuat oleh Bahagian Keselamatan Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya yang memaklumkan menerima panggilan memberitahu terdapat satu bungkusan atas nama dua ahli politik.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diterima bungkusan itu disyaki mengandungi barang terlarang, memandangkan sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya turut menerima bungkusan mengandungi daun ganja, minggu lalu.

Wan Kamarul Azran Wan Yusof turut dilaporkan berkata, sebaik diperiksa, pihaknya menemui satu tiub ubat gigi berpenutup berwarna hijau/putih bercorak daun ganja tertera tulisan ‘Happy Green’ yang di dalamnya mengandungi pes putih kehijauan disyaki ubat gigi dan estrak daun ganja (80 gram) yang ditemui dalam bungkusan kotak berwarna coklat.


Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati barang yang dirampas itu tidak mempunyai kaitan dengan ahli politik yang dialamatkan.

Berdasarkan alamat yang tertera pada bungkusan tersebut ianya dialamtkan kepada YB Mohd Rafizi Bin Ramli dan juga Anwar Ibrahim.

Rafizi diminta mengulas mengenai laporan media berhubung rampasan satu bungkusan mengandungi ekstrak ganja yang dialamatkan kepada beliau dan Anwar.

“Buang duit sahaja, hantar ekstrak ganja kepada saya dan Perdana Menteri,” kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai rampasan bungkusan mengandungi ganja yang menggunakan alamat penerima palsu kononnya dibeli beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bungkusan itu dihantar ke pejabat saya dan saya tidak buka walaupun dialamatkan kepada saya dan Perdana Menteri.

“Dua-dua kami tidak ambil ganja, jadi itu pembaziran dan bungkusan itu sudah dihantar ke polis,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Rafizi turut memberikan komen bahawa beliau tidak melihat secara langsung bungkusan berkenaan kerana ia telah diambil oleh polis.


Demikianlah Artikel Siapa Hantar Ganja Kepada Rafizi Dan Anwar Ibrahim?

Sekianlah artikel Siapa Hantar Ganja Kepada Rafizi Dan Anwar Ibrahim? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siapa Hantar Ganja Kepada Rafizi Dan Anwar Ibrahim? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/03/siapa-hantar-ganja-kepada-rafizi-dan.html

Subscribe to receive free email updates: