Jana Wibawa: Anak Siapa Pula Bakal Dicekup SPRM Ni?

Jana Wibawa: Anak Siapa Pula Bakal Dicekup SPRM Ni? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jana Wibawa: Anak Siapa Pula Bakal Dicekup SPRM Ni?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jana Wibawa: Anak Siapa Pula Bakal Dicekup SPRM Ni?
link : Jana Wibawa: Anak Siapa Pula Bakal Dicekup SPRM Ni?

Baca juga


Jana Wibawa: Anak Siapa Pula Bakal Dicekup SPRM Ni?

KUALA LUMPUR: Anak kepada seorang pemimpin politik dikatakan berada dalam radar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika agensi antirasuah itu memperluaskan siasatannya berhubung program Jana Wibawa.

Sumber rapat dengan perkara itu berkata, penahanan lelaki dikenali 'Datuk Roy' yang dipercayai mendalangi kes rasuah dikaitkan dengan program itu, mendedahkan bahawa anak ahli politik itu yang juga seorang ahli perniagaan, juga disiasat.

Menurut sumber itu, nama ahli perniagaan itu 'bocor' selepas Datuk Roy memperoleh senarai nama yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa daripada kenalan SPRM, yang dikatakan seorang pegawai kanan.

"Datuk Roy menghubungi mereka yang berada dalam senarai itu, menawarkan untuk membantu mengelak tindakan dikenakan terhadap mereka, untuk mendapat bayaran sebagai balasan," kata sumber.

Datuk Roy dipercayai menerima sejumlah wang daripada seseorang yang rapat dengan pemimpin politik itu bagi membantu ahli perniagaan terbabit daripada ditahan reman.

Sumber sama juga menggambarkan Datuk Roy sebagai seorang oportunis yang mencari mangsa dalam kalangan suspek SPRM.

"Dia melihat peluang untuk membuat wang daripada mereka yang disiasat dalam kes berprofil tinggi," kata sumber itu.

Pada 9 Mac lalu, SPRM menahan empat individu termasuk seorang pegawai SPRM selepas laporan dibuat oleh ahli keluarga pemimpin politik itu.

Program Jana Wibawa diperkenalkan pada November 2020 oleh kerajaan diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai inisiatif rangsangan COVID-19 untuk membantu kontraktor Bumiputera.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU turut ditahan kini berdepan tujuh pertuduhan membabitkan empat kes rasuah dan tiga berkaitan pengubahan wang haram susulan siasatan berkaitan program Jana Wibawa itu.

Terdahulu, dua lagi anggota BERSATU turut didakwa menerima rasuah berhubung Jana Wibawa iaitu Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad.

Dalam pada itu, Datuk Roy yang ditahan SPRM petang semalam dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret, di sini, pagi ini untuk mendapatkan perintah tahan reman.

Lelaki itu ditahan jam 3 petang semalam ketika hadir untuk memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.

Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Ab Rahman mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 - FMT


Demikianlah Artikel Jana Wibawa: Anak Siapa Pula Bakal Dicekup SPRM Ni?

Sekianlah artikel Jana Wibawa: Anak Siapa Pula Bakal Dicekup SPRM Ni? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jana Wibawa: Anak Siapa Pula Bakal Dicekup SPRM Ni? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/03/jana-wibawa-anak-siapa-pula-bakal.html

Subscribe to receive free email updates: