Apa Itu Jana Wibawa? Adakah Ia Nama Seorang Jawa? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apa Itu Jana Wibawa? Adakah Ia Nama Seorang Jawa?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Apa Itu Jana Wibawa? Adakah Ia Nama Seorang Jawa?link :
Apa Itu Jana Wibawa? Adakah Ia Nama Seorang Jawa?
Baca juga
Apa Itu Jana Wibawa? Adakah Ia Nama Seorang Jawa?
PADA 9 Disember lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah menerima butiran berhubung pecahan dana pakej rangsangan ekonomi yang dibelanjakan kerajaan pada 2020 dan 2021 berhubung pengurusan COVID-19 daripada Kementerian Kewangan.
SPRM dalam kenyataan berkata, fokus siasatan menjurus kepada RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara yang dianggarkan hampir RM600 bilion, antaranya berkait Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).
Susulan siasatan itu, beberapa kontraktor mengakui membayar komisen terbabit dengan wang berkenaan akan dimasukkan dalam akaun sebuah parti politik kononnya untuk tujuan pembiayaan politik.
APA ITU JANA WIBAWA?
1. Dilaksanakan semasa pandemik COVID-19, kesinambungan kepada Program Pembangunan Kontraktor Binaan Bumiputera Berwibawa yang dimulakan pada tahun 1993.
2. Program khusus pembangunan kontraktor Bumiputera Tulen di mana ahli Lembaga Pengarah, pemegang saham dan sebagainya adalah 100 peratus Bumiputera.
3. Pelaksanaannya diluluskan Jemaah Menteri pada 13 November 2020 dan bertujuan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek kerajaan serta meningkatkan kapasiti kontraktor Bumiputera dalam industri pembinaan, ia juga sebahagian usaha mencapai matlamat memperkukuh Komuniti Ekonomi Bumiputera (BEC).
4. Bagi mengenal pasti syarikat yang layak untuk menyertai program ini, penilaian dilaksanakan berdasarkan 2 fasa iaitu Fasa Pertama di peringkat Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan fasa seterusnya di peringkat agensi pelaksana:
i)
Fasa Pertama: Jawatankuasa di peringkat MOF akan memastikan semua kriteria dipenuhi oleh calon-calon kontraktor Bumiputera. Ini termasuk kontraktor gred G7 dengan penarafan SCORE CIDB sekurang-kurangnya 3 bintang, mempunyai rekod yang baik dan berkeupayaan dari segi teknikal dan kewangan. Mereka juga tak boleh sub-con kepada sesiapa.
ii)
Fasa Kedua: Kontraktor yang layak dan telah disenarai pendek akan dimaklumkan kepada agensi pelaksana (seperti JKR, KPLB dan JPS) bagi tujuan pelawaan untuk mengemukakan bidaan projek. Syarikat yang dipelawa akan bersaing untuk mengemukakan tawaran terbaik yang akan dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melulus perolehan Kerajaan. Jika didapati layak, syarikat akan dilantik oleh agensi pelaksana.
5. Semua proses di peringkat MOF (dari segi kelayakan di Fasa Pertama) telah dilaksanakan secara telus dan terbuka.
6. Penilaian fasa pertama oleh MOF adalah berdasarkan tiga peringkat:
i.
Peringkat Pertama – penilaian syarikat yang memenuhi syarat mandatori iaitu mestilah bertaraf Bumiputera, berdaftar sebagai kontraktor Gred G7 dengan CIDB dalam bidang yang dikhususkan dan penarafan SCORE oleh CIDB sekurang-kurangnya tiga bintang;
ii.
Peringkat Kedua – memastikan syarikat memiliki keupayaan kewangan seperti mempunyai modal cair minimum yang ditetapkan mengikut nilai projek dan mempunyai kemudahan pembiayaan projek; dan
iii.
Peringkat Ketiga – bertujuan mengukur keupayaan teknikal syarikat untuk melaksanakan projek mengambil kira prestasi kerja semasa, pengalaman kerja lepas serta tidak mempunyai rekod projek sakit
Demikianlah Artikel Apa Itu Jana Wibawa? Adakah Ia Nama Seorang Jawa?
Sekianlah artikel Apa Itu Jana Wibawa? Adakah Ia Nama Seorang Jawa? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Apa Itu Jana Wibawa? Adakah Ia Nama Seorang Jawa? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/03/apa-itu-jana-wibawa-adakah-ia-nama.html