'Mustahil tiada kontraktor tempatan mampu'

'Mustahil tiada kontraktor tempatan mampu' - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Mustahil tiada kontraktor tempatan mampu', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Mustahil tiada kontraktor tempatan mampu'
link : 'Mustahil tiada kontraktor tempatan mampu'

Baca juga


'Mustahil tiada kontraktor tempatan mampu'

MALAYSIAKINI



Pembinaan bandar impian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Bandar Malaysia - menjadi persoalan, dengan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad menyoal mengapa kontraktor tempatan tidak boleh menjadikannya kenyataan.

“Setakat mana ajaibnya bandar idaman Najib sehingga tidak nampak seolah-olah kontraktor tempatan tidak boleh laksanakan.

“Berilah peluang kepada rakyat Malaysia untuk membangunkan Bandar Malaysia.

"Negara sudah merdeka hampir 60 tahun, mustahil tidak ada kontraktor yang berwibawa untuk membangunkan Bandar Malaysia,” kata Idris dalam satu kenyataan hari ini.

Idris mengulas aspirasi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) yang percaya bahawa kontraktor bumiputera juga layak menjadi pemaju induk Bandar Malaysia.

Najib minggu lalu melahirkan keyakinan Kumpulan Wanda dari China boleh melakukan keajaiban di Bandar Malaysia, walaupun perjanjian antara kedua-duanya belum dimeterai.

Ia selepas pembatalan perjanjian melibatkan konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan China Railway Engineering Corp (CREC) bagi memiliki 60 peratus pegangan di Bandar Malaysia.

Najib berkata bukan sekadar pejabat dan menara kediaman, kerajaan mahu Bandar Malaysia menjadi pemangkin untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi dan pekerjaan, termasuk bagi KL Internet City yang baharu - hab utama Zon Perdagangan Bebas Digital yang pertama di dunia.

Mengulas lanjut, Idris berkata hasrat PKMM supaya kontraktor Melayu diberi peluang untuk sama-sama terlibat dalam pembangunan ikonik itu dan tidak dipinggirkan adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian.

“Kita tidak mahu kontraktor dan syarikat tempatan tidak dapat apa-apa manfaat, bukan sekadar tulang, kuah pun tidak dapat.

“Apa makna pembangunan, jika kera di hutan disusukan anak dikendong keciciran.

Beliau juga meminta kerajaan untuk meletakkan syarat kepada pelabur bagi menjaga kepentingan rakyat tempatan.



Demikianlah Artikel 'Mustahil tiada kontraktor tempatan mampu'

Sekianlah artikel 'Mustahil tiada kontraktor tempatan mampu' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Mustahil tiada kontraktor tempatan mampu' dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/mustahil-tiada-kontraktor-tempatan-mampu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :