Title ‘Datuk Seri’ Dijual Dengan Harga RM600,000? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Title ‘Datuk Seri’ Dijual Dengan Harga RM600,000?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Title ‘Datuk Seri’ Dijual Dengan Harga RM600,000?link :
Title ‘Datuk Seri’ Dijual Dengan Harga RM600,000?
Baca juga
Title ‘Datuk Seri’ Dijual Dengan Harga RM600,000?
SHAH ALAM: Polis Selangor menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan pembelian darjah kebesaran yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ didakwa dari Istana Selangor.
Kedua-dua lelaki warganegara itu ditahan dalam dua siri serbuan pada 15 dan 17 Mac lalu di Melaka dan Selangor susulan satu laporan polis dibuat oleh seorang mangsa pada Februari lalu yang kerugian sebanyak RM140,000.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kedua-dua suspek dipercayai menggunakan modus operandi memperdaya mangsa untuk mendapatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) dengan mengarahkan bayaran RM600,000 dibuat.
“Untuk meyakinkan mangsa yang merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia, suspek memberikan sepucuk surat yang kononnya dikeluarkan oleh pihak istana bagi pengurniaan darjah tersebut. Akibat terpedaya dengan penipuan dan surat yang diterima, mangsa menyerahkan wang sebanyak RM140,000.00 secara berperingkat.
“Walau bagaimanapun mangsa berasa ditipu oleh suspek apabila mendapati namanya tidak ada dalam senarai penerima darjah. Mangsa tidak menjelaskan baki bayaran sebaliknya membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menambah, hasil serbuan tersebut, polis turut merampas surat yang dipercayai palsu dan beberapa telefon bimbit yang digunakan oleh kedua-dua suspek dalam aktiviti penipuan itu.
Jelas Hussein, pihaknya turut mendapat pengesahan daripada Istana Selangor mengenai status surat diberikan oleh suspek kepada mangsa itu sebelum disahkan sebagai palsu.
Justeru, beliau memaklumkan kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor (JSJK) atas kesalahan jenayah penipuan.
“Kamar Timbalan Pendakwa Raya menilai keterangan hasil siasatan pihak polis dan mengarahkan kedua-dua suspek dituduh di mahkamah, hari ini. Suspek akan dituduh di Mahkamah Shah Alam di bawah seksyen berkenaan dan dibaca bersama Seksyen 34 KK,” jelasnya,
Dalam pada itu, Hussein turut menyeru orang ramai agar tidak terpedaya dengan tipu helah yang dilakukan oleh individu atau kumpulan dalam urusan pembelian darjah kebesaran.
“Polis mendapat pengesahan dengan pihak istana bahawa tidak sesekali wujud penjualan darjah kebesaran dari pihak istana. Kegiatan jenayah ini juga mencemarkan nama baik dan imej Istana Selangor.
“Polis menegaskan sekiranya terdapat mana-mana individu atau kumpulan yang menggunakan nama istana dalam apa-apa jua aktiviti jenayah, akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap mereka yang melakukan jenayah tersebut,” tegasnya. –
UTUSAN
Demikianlah Artikel Title ‘Datuk Seri’ Dijual Dengan Harga RM600,000?
Sekianlah artikel Title ‘Datuk Seri’ Dijual Dengan Harga RM600,000? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Title ‘Datuk Seri’ Dijual Dengan Harga RM600,000? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/03/title-datuk-seri-dijual-dengan-harga.html