Skandal LCS: Sekali Anwar Ketuk, Baru SPRM Nak Jalan Ke?

Skandal LCS: Sekali Anwar Ketuk, Baru SPRM Nak Jalan Ke? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skandal LCS: Sekali Anwar Ketuk, Baru SPRM Nak Jalan Ke?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skandal LCS: Sekali Anwar Ketuk, Baru SPRM Nak Jalan Ke?
link : Skandal LCS: Sekali Anwar Ketuk, Baru SPRM Nak Jalan Ke?

Baca juga


Skandal LCS: Sekali Anwar Ketuk, Baru SPRM Nak Jalan Ke?

Menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) dalam sesi pertanyaan menteri (MQT) yang ingin mengetahui mengenai pendakwaan kes LCS yang sebelum ini dinyatakan Perdana Menteri pendakwaan itu tidak mencukupi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan siasatan berhubung isu pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) mesti diteruskan kerana pendakwaan peringkat awal sebelum ini tidak mencukupi memandangkan ia membabitkan skandal berskala besar dan ketirisan.

Perdana Menteri berkata pendakwaan sebelum ini juga tidak bertindak kepada orang-orang yang lebih utama yang dikatakan terbabit dalam isu perolehan LCS .

Sehubungan itu beliau sudah menyatakan perkara berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan dipersetujui oleh mereka akan ada pendakwaan peringkat kedua.

"Namun, itu bukan urusan saya untuk mendalami dan bertanya lebih, nanti jika saya buat begitu akan ada tuduhan (yang menyatakan) wujud pendakwaan terpilih.

"Saya tegaskan siasatan LCS ini mesti diteruskan dan tindakan sebelum ini tidak cukup membongkar dan bertindak kepada orang yang lebih utama dikatakan yang terbabit. Biar siasatan diteruskan," katanya di Dewan Rakyat sperti yang dilaporkan media pada 13 Mac 2023 lalu..

Rentetan dari itu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pun bersuaralah semalam, katanya lebih ramai individu termasuk orang kenamaan bakal dipanggil SPRM untuk diambil keterangan berhubung siasatan pembinaan LCS.

Laporan berkaitan..

PETALING JAYA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isupembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) tidak menolak kemungkinan akan ada lagi pendakwaan dilakukan terhadap individu-individu tertentu dalam masa terdekat.

Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, ada kertas siasatan yang telah dilengkapkan akan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk semakan sebelum mendapat arahan selanjutnya.

Kata sumber itu, sepanjang siasatan, lebih 20 saksi termasuk bukti-bukti di luar negara telah diambil dan diperoleh SPRM untuk diteliti sama ada berlaku sebarang ketirisan berhubung perolehan kapal berkenaan.

“SPRM juga mengambil inisiatif penyelesaian antara pihak syarikat di Malaysia dan di Jerman untuk meneruskan usaha pembinaan kapal tersebut de­ngan menggerakkan perbinca­ngan kedua-dua pihak yang sebelum ini seperti terbantut.

“Hasil daripada itu, kedua-dua pihak bersetuju menyediakan global settlement bagi meneruskan projek tersebut. Sehubungan itu, siasatan SPRM masih berjalan dan diperhalusi,” katanya semalam.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, lebih ramai individu termasuk orang kenamaan bakal dipanggil SPRM untuk diambil keterangan berhubung siasatan pembinaan LCS.

PERLINDUNGAN

Azam berkata, pihaknya tidak akan memberi pengecualian dan perlindungan kepada mana-mana pihak.

“Maklumat daripada pegawai penyiasat memberitahu, ramai lagi saksi-saksi akan dipanggil untuk diambil keterangan, bukan sahaja dari dalam negara tetapi juga melibatkan individu luar negara.

“Saya tidak menolak sesiapa sahaja (untuk diambil ketera­ngan), baik VIP atau menteri yang terlibat dalam kes ini, semua akan dipanggil untuk memastikan siasatan kes ini dapat dijalankan,” jelasnya.

Azam berkata demikian da­lam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM di Kompleks SPRM Johor semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum dila­por­kan berkata, pendakwaan berhubung isu LCS pada peringkat awal sebelum ini tidak mencukupi memandangkan ia membabitkan skandal berskala besar dan ketirisan banyak.

Malah, Anwar berkata, pendakwaan sebelum ini juga tidak membabitkan tindakan kepada orang-orang yang lebih utama yang terbabit dalam isu perolehan kapal itu.

Untuk rekod, pada 16 Oktober lalu, bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS), Tan Sri Ahmad Ramli Mohd. Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dana syarikat itu berjumlah RM21.08 juta berhubung pembinaan Kapal LCS bagi perolehan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ahmad Ramli, 78, yang juga bekas Panglima Tentera Laut mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan itu.

Media sebelum ini melaporkan, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyatakan kerajaan membayar RM6.083 bilion untuk lima LCS kepada BNS bagi projek runding terus itu, namun sehingga kini tiada kapal diterima.

Laporan dikeluarkan pada 4 Ogos tahun lalu itu menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek enam LCS.

Susulan itu pada 2 Oktober tahun lalu, bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dilaporkan berkata, pembinaan LCS akan disambung semula selepas semua rundingan dan setiap perjanjian dalam fasa mobilisasi dimuktamadkan pada penghujung Disember tahun lalu. – UTUSAN

Hmm.. Takkan nak kena ketuk baru nak jalan kot??


Demikianlah Artikel Skandal LCS: Sekali Anwar Ketuk, Baru SPRM Nak Jalan Ke?

Sekianlah artikel Skandal LCS: Sekali Anwar Ketuk, Baru SPRM Nak Jalan Ke? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skandal LCS: Sekali Anwar Ketuk, Baru SPRM Nak Jalan Ke? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/03/skandal-lcs-sekali-anwar-ketuk-baru.html

Subscribe to receive free email updates: