Nak Jadi PM Sekali Lagi Ka Tun? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nak Jadi PM Sekali Lagi Ka Tun?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Nak Jadi PM Sekali Lagi Ka Tun?link :
Nak Jadi PM Sekali Lagi Ka Tun?
Baca juga
Nak Jadi PM Sekali Lagi Ka Tun?
PUTRAJAYA: Gerakan Tanah Air (GTA) bakal mengambil pendirian membentuk pakatan bersama Perikatan Nasional (PN) sebagai satu usaha membentuk gabungan kekuatan parti Melayu terbesar di negara ini.
Menurut sumber parti itu kepada Utusan Malaysia, hala tuju GTA akan diperincikan selepas mesyuarat agung tahunan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) pada April ini dengan memutuskan untuk merombak Putra dan ditukarkan nama kepada GTA.
Kata beliau, GTA akan mengangkat Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Presiden dengan membentuk gabungan bersama parti-parti di bawah gerakan itu sebelum ini seperti Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).
“Baru-baru ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ada mengadakan pertemuan tertutup bersama Dr. Mahathir selepas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor turut berjumpa bekas Perdana Menteri itu.
“Perbincangan mereka adalah ke arah perpaduan antara GTA dan PN sebagai satu permulaan kebangkitan Melayu berkuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16),” katanya di sini semalam.
Beliau berkata, GTA berkemungkinan tidak akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, sebaliknya hanya menyokong PN untuk menawan semua enam negeri.
Katanya, PN diyakini mampu menarik sokongan pengundi Melayu kerana sentimen politik menjelang PRN adalah pilihan antara Melayu-PN atau UMNO-DAP.
Beliau menjelaskan, situasi itu menjadi liabiliti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berdepan pertuduhan rasuah yang belum lagi dibuktikan duit masuk ke akaun miliknya sendiri.
“Kalau ikut data Melayu bergabung ke arah PN, kerana Melayu dalam UMNO sendiri pun tidak akan undi UMNO lagi dan di Selangor akan jatuh ke tangan PN kecuali di bandar-bandar Cina, situasinya 50-50.
“GTA akan menyokong PN kerana matlamat kita untuk menghadapi PRU16 kerana PRN ini tidak membantu kita mengubah apa-apa dasar.
“PRU16 bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara pakatan parti politik terbesar sekali gus mengulangi peristiwa bagaimana Melayu memberontak melawan Malayan Union,” katanya. –
UTUSAN
Demikianlah Artikel Nak Jadi PM Sekali Lagi Ka Tun?
Sekianlah artikel Nak Jadi PM Sekali Lagi Ka Tun? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nak Jadi PM Sekali Lagi Ka Tun? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/03/nak-jadi-pm-sekali-lagi-ka-tun.html