Menteri Sumber Manusia Akan Dipanggil SPRM?

Menteri Sumber Manusia Akan Dipanggil SPRM? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menteri Sumber Manusia Akan Dipanggil SPRM?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menteri Sumber Manusia Akan Dipanggil SPRM?
link : Menteri Sumber Manusia Akan Dipanggil SPRM?

Baca juga


Menteri Sumber Manusia Akan Dipanggil SPRM?

PETALING JAYA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadap seorang pegawai tugas-tugas khas kepada Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkaitan isu pengambilan pekerja asing tidak menolak kemungkinan anggota Kabinet itu turut akan dipanggil dalam masa terdekat.

Satu sumber mendedahkan, keperluan memanggil menteri itu bagi mendapatkan maklumat dan penjelasan mengenai wang bernilai jutaan ringgit dipercayai diterima pegawai beliau.

Kata sumber itu, suspek yang direman dipercayai bertin­dak sebagai runner bagi mengutip rasuah daripada ejen-ejen tertentu untuk diberikan kuota pengambilan pengambilan pe­kerja asing.

“Wang rasuah berkenaan di­percayai kemudiannya akan di­serahkan kepada menteri berkenaan.

“Bagaimanapun, siasatan ma­­sih dijalankan SPRM berhubung dakwaan tersebut,” katanya di sini semalam.

Mengulas lanjut kata sumber itu, SPRM juga dipercayai telah mengesan dan mengenal pasti individu yang memberi wang berkenaan kepada pegawai terbabit untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, individu berkenaan juga telah direman bagi membantu siasatan.

“Kedua-dua suspek yang ditahan akan direman selama tujuh hari sejak semalam se­hingga 17 April ini.

“Siasatan yang dilakukan mengikut Akta SPRM bergantung kepada hasil keterangan,” jelasnya.

Sementara itu, Sivakumar mengesahkan SPRM telah me­nahan seorang pegawai kanan beliau ketika serbuan di kementerian itu di Putrajaya, pagi semalam.

“Saya maklum berkenaan penahanan pegawai daripada pejabat saya. Memandangkan perkara ini masih dalam siasatan pihak SPRM, saya tidak dapat memberikan sebarang komen berhubung perkara ini.

“Saya dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan memberi kerjasama penuh kepada agensi siasatan sekiranya diperlukan,” katanya dalam kenyataan akhbar, semalam. – UTUSAN


Demikianlah Artikel Menteri Sumber Manusia Akan Dipanggil SPRM?

Sekianlah artikel Menteri Sumber Manusia Akan Dipanggil SPRM? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menteri Sumber Manusia Akan Dipanggil SPRM? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/04/menteri-sumber-manusia-akan-dipanggil.html

Subscribe to receive free email updates: