PAS Dijangka Menang Lebih Banyak Kerusi Di Pulau Pinang

PAS Dijangka Menang Lebih Banyak Kerusi Di Pulau Pinang - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Dijangka Menang Lebih Banyak Kerusi Di Pulau Pinang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Dijangka Menang Lebih Banyak Kerusi Di Pulau Pinang
link : PAS Dijangka Menang Lebih Banyak Kerusi Di Pulau Pinang

Baca juga


PAS Dijangka Menang Lebih Banyak Kerusi Di Pulau Pinang

SHAH ALAM - Penganalisis menjangkakan Pas akan mengekalkan kuasa di Kelantan, Terengganu dan Kedah dan bakal memenangi lebih banyak kerusi di Pulau Pinang.

Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Sivamurugan Pandian berkata, jangkaan dibuat berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana prestasi Pas meningkat dengan begitu ketara.

“Hasil keputusan PRU15 bagi Pas begitu memberangsangkan dan saya berpendapat parti itu akan mempertahankan kuasanya di Kelantan, Terengganu dan Kedah, manakala di Pulau Pinang akan wujud persaingan besar di kawasan yang majoriti pengundi Melayu.

“Ini kerana, di negeri itu ada 14 kerusi yang mana 11 di tanah besar dan tiga di pulau. Ia akan menjadi tarikan kepada Pas, Perikatan Nasional (PN) untuk melihat sama ada mereka mampu atau sebaliknya bagi mendapatkan sokongan lebih besar,” katanya.

Tambah Sivamurugan, beliau menjangkakan Pas memenangi beberapa kerusi lagi daripada satu yang dimiliki sekarang.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan persekitaran demografi di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang adalah berbeza berbanding di Selangor dan Negeri Sembilan.

Ujar Sivamurugan, keputusan PRU15 memperlihatkan penampilan PN agak ketara sehinggakan parti itu boleh memenangi kerusi Parlimen Kepala Batas, Permatang Pauh dan Tasik Gelugor.

“Kemenangan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa gelagat pengundi pada masa ini bukan lagi bersifat statik tetapi dinamik iaitu berubah-ubah.

“Jadi jika Pas mahu menakluki Selangor dan Negeri Sembilan, parti itu perlu menyusun semula strategi untuk menarik sokongan golongan profesional dan kelas menengah,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Sivamurugan turut menjangkakan, sekiranya rancangan dibuat dengan teliti, Pas boleh menarik undi daripada golongan atas pagar, pengundi muda dan kumpulan yang kali pertama mengundi pada Pilihan Raya Negeri.

Pada masa sama, beliau menjelaskan cabaran besar Pas dan PN untuk memenangi Selangor adalah mendapatkan sokongan yang lebih besar daripada kalangan orang bukan Melayu.

BERSATU MAMPU RAMPAS SEMUA KERUSI BN DI KELANTAN

Sementara itu, Parti Bersatu dijangka mampu merampas lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dimenangi Barisan Nasional (BN) sebelum ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Penganalisis Politik, Datuk M Periasamy berkata, susulan keputusan BN bergabung bersama Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan, ia menyebabkan pengaruh parti tersebut terhadap kaum Melayu merosot.

Menurut beliau, disebabkan tindakan itu, sebahagian besar penyokong BN di Kelantan akan berpaling tadah dan mengundi Perikatan Nasional (PN) pada PRN akan datang.

“Sokongan BN memang merosot dan sekarang lebih merosot bila bersama dengan PH. BN tidak akan mampu pertahan lapan kerusi yang dimenanginya di DUN Kelantan.

“Bersatu dan Pas akan meluaskan pengaruh dengan kerjasama mereka. Gabungan ini memang cukup kuat untuk lawan BN sebab kawasan di situ majoriti Melayu. Berdasarkan realiti ini, Pas akan mampu mempertahankan semua kerusi yang mereka tandingi dan merampas kerusi BN,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Periasamy, berdasarkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas, UMNO hanya mendapat 33 peratus sokongan kaum Melayu berbanding 43 peratus pada PRU sebelumnya.

Tambah beliau, sokongan yang berkurangan sehingga 10 peratus itu akan terus berlaku sekiranya tiada penambahbaikan dan perubahan dilakukan oleh UMNO.

“Kemerosotan ini tidak dapat dihalang dan akan terus berlaku dalam kalangan orang Melayu. Jadi, ini juga akan memberi kesan kepada PRN yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Malah kemerosotan akan bertambah buruk,” ujarnya.

Penganalisis Politik, Profesor Dr Wong Chin Huat pula berpandangan keputusan untuk memberikan lapan kerusi yang tidak dimenangi Pas kepada Bersatu adalah formula yang terbaik.

Jelasnya, ini kerana Bersatu lebih berpotensi untuk menarik pengundi UMNO berbanding Pas.

“Tidak kira sekuat mana Bersatu di sesebuah kawasan UMNO, peluang Bersatu lebih cerah daripada Pas. Bersatu akan dapat sebahagian undi UMNO kerana menganaktirikan pemimpin seperti Tan Sri Annuar Musa, bukan kerana BN dan PH berpakat.

“Kelantan 95 peratus Melayu, naratif ancaman Cina atau dominasi DAP tidak berkesan di sana,” katanya - SH


Demikianlah Artikel PAS Dijangka Menang Lebih Banyak Kerusi Di Pulau Pinang

Sekianlah artikel PAS Dijangka Menang Lebih Banyak Kerusi Di Pulau Pinang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Dijangka Menang Lebih Banyak Kerusi Di Pulau Pinang dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/04/pas-dijangka-menang-lebih-banyak-kerusi.html

Subscribe to receive free email updates: