'Pertahan Prinsip, Jangan Jadi Si Kitol' - Anwar

'Pertahan Prinsip, Jangan Jadi Si Kitol' - Anwar - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Pertahan Prinsip, Jangan Jadi Si Kitol' - Anwar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Pertahan Prinsip, Jangan Jadi Si Kitol' - Anwar
link : 'Pertahan Prinsip, Jangan Jadi Si Kitol' - Anwar

Baca juga


'Pertahan Prinsip, Jangan Jadi Si Kitol' - Anwar

GOMBAK: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak pengundi di Selangor menolak pemimpin khianat yang diibaratkan bersikap seperti Raja Mendeliar dan Si Kitol.

Mengimbau sejarah terpalit dua watak pembelot berkenaan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mendedahkan ada bukti menunjukkan individu berperangai sedemikian ditentang keras pada zaman dahulu.

"Orang Cina, India, Arab, Melayu... boleh layan orang khianat? Kalau kita baca sejarah Melayu, orang khianat itu dua namanya iaitu Raja Mendeliar dan Si Kitol.

"Si Kitol oleh kerana khianat, Sultan Melaka hukum sula terhadap dia. Tahu sula macam mana? Dia cucuk dengan buluh dari bawah sampai ke atas. Sekarang jangan buat macam tu, saya cuma nak cerita sebab ini sejarah.

"Lepas tu, rumah dia dipecahkan dan dihanyutkan ke laut. Tanah tapak rumah dia dikikis dan dibuang. Jadi apa pengajaran kepada orang Malaysia khususnya orang Melayu?

"Perjuangan ini mesti ada prinsip. Jangan jual diri, jual diri kerana harta, kuasa dan rebut kedudukan. Sebab itu saya tabik kawan-kawan di Gombak dan Selangor yang teguh pertahankan prinsip, tidak goyang, tidak hanyut kerana wang, tidak hanyut dengan harta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 20,000 hadirin sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI Peringkat Negeri Selangor di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak di sini, malam ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu - BH


Demikianlah Artikel 'Pertahan Prinsip, Jangan Jadi Si Kitol' - Anwar

Sekianlah artikel 'Pertahan Prinsip, Jangan Jadi Si Kitol' - Anwar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Pertahan Prinsip, Jangan Jadi Si Kitol' - Anwar dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/05/pertahan-prinsip-jangan-jadi-si-kitol.html

Subscribe to receive free email updates: