Kemenangan Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu Dibatal Kerana Rasuah? - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kemenangan Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu Dibatal Kerana Rasuah?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Kemenangan Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu Dibatal Kerana Rasuah?link :
Kemenangan Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu Dibatal Kerana Rasuah?
Baca juga
Kemenangan Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu Dibatal Kerana Rasuah?
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Pilihan Raya di sini, hari ini membatalkan kemenangan calon PAS, Datuk Ahmad Amzad Hashim bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril membenarkan petisyen pilihan raya yang difailkan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen itu, Mohd Zubir Embong.
Keputusan dibuat Hakim Mohd Firuz selepas pihak pempestiyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen PRU15.
Beliau berkata, walaupun pempetisyen tidak dikemukakan sebagai saksi, bukti-bukti lain mencukupi untuk mengisytiharkan kerusi bagi Parlimen Kuala Terengganu terbatal dan tidak sah mengikut Seksyen 36 Akta Kesalahan Pilihan Raya.
Mahkamah turut memerintahkan pihak responden membayar kos sebanyak RM50,000 kepada pihak pempestiyen.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan keputusan selama 14 hari bagi membolehkan responden membuat rayuan dan memfailkan permohonan rasmi pergantungan responden sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
Ahmad Amzad diwakili peguam, Wan Rohimi Wan Daud manakala peguam, Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Mohd Zubir.
Sementara itu, Mohd Hafarizam berkata, Hakim Mahkamah Pilihan Raya telah membuat dapatan wujudnya unsur rasuah sekiranya pemberian bantuan dibuat dalam tempoh waktu berkempen.
"Yang Arif dalam kes Kuala Terengganu juga telah membuat satu dapatan yang menyatakan minda pengundi yang menerima wang itu tidak relevan tetapi yang penting ialah situasi di mana pemberi itu memberi wang untuk meraih undi," katanya.
Dalam pada itu, Wan Rohimi berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan rasmi bagi pergantungan Ahmad Amzad sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
"Kita akan failkan permohonan rasmi, jadi hakim akan dengar (dan) dia akan putuskan pergantungan penuh atau tidak.
"Jadi kalau dia (Hakim) bagi pergantungan penuh, keputusan hari ini digantung (itu) tidak berkuat kuasa, jadi tidak akan ada pilihan raya bagi Parlimen Kuala Terengganu sehingga Mahkamah Persekutuan memutuskan semua sekali," katanya.
Pada 3 Januari lalu, UMNO Terengganu memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kuala Terengganu di Mahkamah Tinggi di sini mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dilapor berkata petisyen itu difailkan antara lain atas dakwaan PAS menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 November lalu, iaitu beberapa hari sebelum PRU15, melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.
Pada PRU15 lalu, Ahmad Amzad memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu selepas memperoleh 63,016 undi sekali gus menewaskan Mohd Zubir (22,109 undi), calon Pejuang, Mohamad Abu Bakar Muda (481 undi) dan calon PH, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (10,946 undi) -
BH
Demikianlah Artikel Kemenangan Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu Dibatal Kerana Rasuah?
Sekianlah artikel Kemenangan Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu Dibatal Kerana Rasuah? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kemenangan Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu Dibatal Kerana Rasuah? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/06/kemenangan-ahli-parlimen-pas-kuala.html