LRA Tok Bali Diumum Anwar Itu Bukan Projek Baru Rupanya..

LRA Tok Bali Diumum Anwar Itu Bukan Projek Baru Rupanya.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul LRA Tok Bali Diumum Anwar Itu Bukan Projek Baru Rupanya.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : LRA Tok Bali Diumum Anwar Itu Bukan Projek Baru Rupanya..
link : LRA Tok Bali Diumum Anwar Itu Bukan Projek Baru Rupanya..

Baca juga


LRA Tok Bali Diumum Anwar Itu Bukan Projek Baru Rupanya..

KOTA BHARU: PAS menyifatkan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk bagi pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Tok Bali bukanlah projek baharu, sebaliknya hanya meneruskan projek sedia ada dengan menukar nama saja.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata tiada perkara baharu yang dinyatakan Perdana Menteri semalam bagi mengatasi masalah bekalan air di Kelantan.

"Ia hanya meneruskan apa yang sudah dilaksanakan pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) ketika saya menerajuinya sebelum ini.

"Projek LRA Tok Bali bukanlah satu projek baharu, ia sekadar perubahan nama daripada LRA Semerak yang dinamakan KASA sebelum ini.

"Penamaan LRA Semerak ketika itu dibuat kerana ia dibina di tepi Sungai Semerak dan di atas tanah milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Semerak," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim yang juga bekas Menteri Alam Sekitar dan Air menyambut baik pengumuman Perdana Menteri itu yang mahu menyelesaikan masalah air di Kelantan.

"Alhamdulillah, demi kesejahteraan dan kebaikan, ia (projek itu) sememangnya wajar diteruskan. Insya-Allah saya yakin projek LRA akan siap sebagaimana jadual dan akan memberikan kebaikan untuk rakyat," katanya.

Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM500 juta bagi mengatasi masalah bekalan air di Kelantan.

Katanya, peruntukan itu bagi menyegerakan pembinaan LRA Tok Bali dan penggantian paip di Bachok - BH


Demikianlah Artikel LRA Tok Bali Diumum Anwar Itu Bukan Projek Baru Rupanya..

Sekianlah artikel LRA Tok Bali Diumum Anwar Itu Bukan Projek Baru Rupanya.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel LRA Tok Bali Diumum Anwar Itu Bukan Projek Baru Rupanya.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/06/lra-tok-bali-diumum-anwar-itu-bukan.html

Subscribe to receive free email updates: