RM730,000 Subsidi Harga Padi Dibayar Kepada Pesawah Meninggal Dunia?

RM730,000 Subsidi Harga Padi Dibayar Kepada Pesawah Meninggal Dunia? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RM730,000 Subsidi Harga Padi Dibayar Kepada Pesawah Meninggal Dunia?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RM730,000 Subsidi Harga Padi Dibayar Kepada Pesawah Meninggal Dunia?
link : RM730,000 Subsidi Harga Padi Dibayar Kepada Pesawah Meninggal Dunia?

Baca juga


RM730,000 Subsidi Harga Padi Dibayar Kepada Pesawah Meninggal Dunia?

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan menjalankan prosiding siasatan terhadap tiga isu dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021 Siri 2, yang membabitkan kerugian puluhan juta ringgit.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata prosiding yang akan dijalankan membabitkan isu terimaan dan bayaran obligasi sosial perjanjian konsesi pengurusan industri padi dan beras negara, pengurusan wabak COVID-19 dan isu penyata kewangan beraudit FELCRA Berhad.

Sehubungan itu, katanya, PAC akan memanggil ketua setiausaha (KSU) daripada empat kementerian serta pimpinan tertinggi di beberapa agensi lain dalam prosiding antara 14 hingga 27 Jun ini.

"PAC akan memanggil KSU Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 14 Jun bagi mendapatkan penjelasan berkaitan kelemahan dalam terimaan dana berbentuk kewangan dan aset serta bayaran Skim Subsidi Harga Padi.

"Ini membabitkan kerugian wang awam RM37 juta disebabkan dana obligasi 2021 belum diterima serta pembayaran tidak teratur berjumlah RM730,000 bagi bayaran Skim Subsidi Harga Padi kepada pesawah meninggal dunia.

"Selain itu, ia turut membabitkan pembekal jentera tidak menepati jadual yang menyebabkan kerugian RM 3.12 juta dan pembaziran RM870,000 bagi jentera belum digunakan dan rosak," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Mas Ermieyati berkata, PAC juga akan memanggil KSU Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada 15 Jun depan bagi memberi penjelasan mengenai isu pengurusan wabak COVID-19 yang dibangkitkan dalam LKAN.

Ia antara lain membabitkan isu 1.1 juta dos vaksin luput tempoh jangka hayat setakat 30 April tahun lalu, 93 daripada 136 unit ventilator tidak dapat digunakan dan nisbah penggunaan kelengkapan perlindungan diri (PPE) yang rendah.

"PAC juga akan memanggil KSU Perbendaharaan, KSU Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad pada 27 Jun bagi menjawab isu kedudukan kewangan FELCRA Berhad yang tidak dapat dirumuskan susulan penyata kewangan beraudit 2019, 2020 dan 2021 belum dimuktamadkan.

"Selain itu, PAC juga akan mendapatkan taklimat berkenaan Program Jana Wibawa daripada Kementerian Kewangan," katanya.

Mas Ermieyati berkata, PAC mengambil maklum semua isu dibangkitkan Ahli Parlimen yang membahaskan usul LKAN di Dewan Rakyat, kelmarin.

Mengulas mengenai prosiding PAC secara terbuka, beliau berharap inisiatif baharu itu dapat mula dilaksanakan seawal tahun depan bagi memastikan semua prosiding dijalankan secara telus, berakauntabiliti dan berkredibiliti.

"Saya dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Parlimen Ke-15 juga berkongsi harapan sama dan membangkitkan perkara ini dalam pertemuan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

"Saya percaya pihak pentadbiran Parlimen sudah bersiap sedia dan mempunyai kemampuan daripada segi sumber manusia dan peralatan teknologi maklumat untuk menjalankan prosiding secara terbuka," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Mas Ermieyati memaklumkan, PAC akan melakukan lawatan kerja ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pada Sabtu ini bagi melihat kemajuan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Dalam lawatan itu, katanya, PAC juga akan memulakan prosiding perkembangan kemajuan pembinaan kapal perinda generasi kedua LCS milik TLDM.

"PAC juga akan membentangkan Laporan Kemajuan LCS setiap tiga bulan di Dewan Rakyat. Bagi laporan kali ini, ia akan menyentuh kemajuan pembinaan yang dicapai antara Oktober 2022 hingga Mei 2023," katanya - BH


Demikianlah Artikel RM730,000 Subsidi Harga Padi Dibayar Kepada Pesawah Meninggal Dunia?

Sekianlah artikel RM730,000 Subsidi Harga Padi Dibayar Kepada Pesawah Meninggal Dunia? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RM730,000 Subsidi Harga Padi Dibayar Kepada Pesawah Meninggal Dunia? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/06/rm730000-subsidi-harga-padi-dibayar.html

Subscribe to receive free email updates: