Siapa Pilihan 2.9 Juta Pengundi Baharu PRN Ini?

Siapa Pilihan 2.9 Juta Pengundi Baharu PRN Ini? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siapa Pilihan 2.9 Juta Pengundi Baharu PRN Ini?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siapa Pilihan 2.9 Juta Pengundi Baharu PRN Ini?
link : Siapa Pilihan 2.9 Juta Pengundi Baharu PRN Ini?

Baca juga


Siapa Pilihan 2.9 Juta Pengundi Baharu PRN Ini?

PETALING JAYA: Kira-kira 2.9 juta pengundi baharu di enam negeri bakal mengundi berbanding ketika pilihan raya 2018, seterusnya membuka lebih ruang dalam pertandingan kali ini, menurut penganalisis.

Walaupun berkemungkinan besar kebanyakannya mengundi Perikatan Nasional (PN) di Kelantan, Terengganu dan Kedah, persaingan sengit dijangka berlaku di Selangor dan Negeri Sembilan antara PN dengan Pakatan Harapan (PH).

Bagi Pulau Pinang pula, peningkatan jumlah pengundi tidak dilihat memberi kesan besar terhadap proses pemilihan.

Angka terbaru oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan 2,900,743 pengundi baharu di enam negeri. Selangor mempunyai bilangan tertinggi iaitu 1,334,376 disusuli Kedah (440,198), Kelantan (363,641), Pulau Pinang, (289,699), Negeri Sembilan (277,807) dan Terengganu (195,022)

Penganalisis sosiopolitik Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, sekitar 65% dianggarkan Melayu. Peningkatan tinggi itu dilihat menambah tekanan khususnya di Selangor dan Negeri Sembilan yang masing-masing ditadbir PH.

“Bagi kawasan subbandar dan luar bandar, undi Melayu penting khususnya bagi Barisan Nasional dan PH. Peningkatan 1.3 juta pengundi di Selangor memberi ancaman serius terhadap PH,” katanya kepada FMT.

“Jika PH dan BN tidak berhati-hati, pengundi baharu ini boleh menyokong PN, khususnya dengan bekas pemimpin Umno seperti Noh Omar berkempen bagi pihak pembangkang di Selangor.”

Awang Azman berkata, retorik perkauman dan agama yang berulang kali digunakan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkemungkinan mempengaruhi pengundi muda memandangkan ketiadaan naratif balas oleh PH serta BN.

Katanya, ramai belia semakin senang dengan kepemimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, dan ini mampu membawa kepada lebih ramai pengundi baharu keluar mengundi.

“Bagaimanapun, ini tidak bererti kebanyakannya akan mengundi untuk calon kerajaan perpaduan. Kemungkinan besar, keputusan akhir PRN bergantung kepada siapa yang menjadi pilihan pengundi baharu ini.”

Seorang lagi penganalisis, Azmi Hassan dari Akademi Nusantara, menjangka pengundi baharu memainkan peranan penting di Selangor dan Negeri Sembilan, walaupun beliau tidak menjangka ramai yang keluar mengundi.

Katanya, memandangkan ramai daripadanya berbangsa Melayu, retorik perkauman dan agama akan memberi kesan terhadap pengundi muda yang mungkin cukup berani membuat keputusan “tidak disangka”.

“Isu kaum dan agama akan memainkan faktor utama, kerana PAS melihat pada PRU15 bahawa ini mampu menarik pengundi khususnya golongan Melayu yang melakukannya buat kali pertama.

“Mereka tertarik kepada isu ini khususnya memandangkan PN adalah entiti baharu berbanding BN, yang mempunyai banyak liabiliti.

“Jadi, ditambah pula dengan Proklamasi Orang Melayu Dr Mahathir bersama Hadi, dan turut disertai Muhyiddin Yassin, ini sudah pasti sedikit- sebanyak mempengaruhi pengundi muda,” katanya.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia berkata, walaupun penggunaan isu kaum dan agama mungkin mempengaruhi pengundi, tidak wajar mengandaikan pengundi Melayu di Selangor pasti akan mengundi menentang PH berdasarkan faktor berkenaan.

Beliau bagaimanapun tidak menjangka pengundi baharu keluar beramai-ramai untuk mengundi. Ini kerana mereka berkemungkinan menganggap apa sekalipun keputusan PRN, kerajaan persekutuan masih terus berkuasa - FMT


Demikianlah Artikel Siapa Pilihan 2.9 Juta Pengundi Baharu PRN Ini?

Sekianlah artikel Siapa Pilihan 2.9 Juta Pengundi Baharu PRN Ini? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siapa Pilihan 2.9 Juta Pengundi Baharu PRN Ini? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/06/siapa-pilihan-29-juta-pengundi-baharu.html

Subscribe to receive free email updates: