Alamak!! Awat Tembak Geng Sendiri Ni Datuk Seri?

Alamak!! Awat Tembak Geng Sendiri Ni Datuk Seri? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Alamak!! Awat Tembak Geng Sendiri Ni Datuk Seri?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Alamak!! Awat Tembak Geng Sendiri Ni Datuk Seri?
link : Alamak!! Awat Tembak Geng Sendiri Ni Datuk Seri?

Baca juga


Alamak!! Awat Tembak Geng Sendiri Ni Datuk Seri?

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Putrajaya Radzi Jidin menjawab kritikan perdana menteri terhadapnya berhubung isu ketidakhadiran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dengan menjelaskan ia berlaku bawah penggantinya, Fadhlina Sidek.

Radzi yang memegang portfolio pendidikan bermula Mac 2020 hingga November tahun lalu berkata, SPM 2022 diadakan dari 20 Feb hingga 15 Mac lalu, iaitu ketika Anwar Ibrahim mula mengetuai pentadbiran negara.

Fadhlina yang juga ketua wanita PKR dilantik sebagai menteri pendidikan.

“Beliau seharusnya bertanya kepada Fadhlina,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Semalam, Anwar membidas seorang bekas menteri pendidikan yang didakwanya gagal sehingga menyebabkan ramai calon tidak hadir menduduki peperiksaan SPM 2022.

Anwar menyalahkan menteri terbabit kerana gagal memantau keadaan itu yang berlaku ketika penularan Covid-19 dan ketidakstabilan politik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau tidak menamakan menteri terbabit secara khusus, namun Radzi daripada Perikatan Nasional (PN) adalah menteri pendidikan bawah pentadbiran perdana menteri Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

Radzi berkata ketika beliau mengetuai KPM, pihak sekolah berusaha menjejaki dan mendekati calon SPM yang dilihat tidak berminat ke sekolah dan hadir ke peperiksaan penting itu.

“Kita dekati mereka, apa masalah mereka, tiada duit kah, tolong ibu atau ayah di rumah kah? Sebab kita nak pastikan anak-anak ini menduduki SPM,” jelasnya, yang kekal dengan pendirian sektor pendidikan tidak wajar dipolitikkan.

Radzi berkata, usaha itu dapat dilihat menerusi data SPM 2021 yang mana hanya 10,681 calon tidak hadir berbanding 14,858 calon pada SPM 2022.

“Kita lihat datanya…tahun lepas lebih 10,000 tetapi SPM 2022 angka (tidak duduki peperiksaan) lebih tinggi. Kalau nak main politik berapa ramai calon tak ambil SPM boleh tetapi itu bukan kaedahnya,” katanya - FMT


Demikianlah Artikel Alamak!! Awat Tembak Geng Sendiri Ni Datuk Seri?

Sekianlah artikel Alamak!! Awat Tembak Geng Sendiri Ni Datuk Seri? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Alamak!! Awat Tembak Geng Sendiri Ni Datuk Seri? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/06/alamak-awat-tembak-geng-sendiri-ni.html

Subscribe to receive free email updates: