Patutlah Mat Sabu Sound Ahli AMANAH..

Patutlah Mat Sabu Sound Ahli AMANAH.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Patutlah Mat Sabu Sound Ahli AMANAH.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Patutlah Mat Sabu Sound Ahli AMANAH..
link : Patutlah Mat Sabu Sound Ahli AMANAH..

Baca juga


Patutlah Mat Sabu Sound Ahli AMANAH..

 

Patutlah tiba-tiba Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu mengingatkan ahlinya supaya memberi tumpuan memenangkan calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan dan bukan memikirkan siapa yang bakal menggantikan tempat Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai menteri.

"Jangan memikirkan dahulu siapa yang akan menggantikan tempat Almarhum Datuk Seri Salahuddin Ayub,.

"Selepas ini barulah kita akan membincangkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan pengganti kepemimpinan yang sudah pergi,"

"Jangan kita dilaga-lagakan oleh pihak lain dalam isu ini. Pihak kepemimpinan AMANAH sendiri akan menguruskan sebaik-baiknya hal berkait pengganti dan masa depan parti mengikut aturan serta amalan kebiasaan parti," katanya lapor Berita Harian.

Memang ada sebenarnya beberapa individu dari AMANAH yang sedang melobi untuk mengisi kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Almarhum Datuk Seri Salahuddin Ayub yang telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar Ahad lalu.

Bacalah..

SHAH ALAM - Biarpun masih berduka dengan kehilangan sahabat seperjuangan dalam parti, dua Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah) sedia mengisi kekosongan jawatan ditinggalkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, jika diberi mandat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan berkata, beliau dan kesemua ahli Amanah masih bersedih di atas pemergian Timbalan Presiden Amanah itu yang diibaratkan sebagai seorang abang, sahabat, pemimpin dan guru kepada mereka.

Bagaimanapun, keperluan untuk meneruskan legasi kepimpinan Allahyarham di kementerian kritikal itu amat mendesak pada saat rakyat mendambakan pelbagai usaha kerajaan yang melibatkan harga barang dan kos sara hidup.

“Sekiranya ia merupakan mandat daripada parti dan mendapat restu Perdana Menteri, saya bersedia memikul tanggungjawab itu walaupun portfolio kementerian itu sangat berat dan tidak mudah dilaksanakan,” katanya kepada Sinar Premium pada Selasa.

Mohd Sany menambah, sesiapa sahaja yang bakal menggalas tanggungjawab di dalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) perlu berdepan cabaran dan tekanan dalam meneruskan kesinambungan legasi dan kecemerlangan ditinggalkan Allahyarham.

“Seperti sedia maklum, Salahuddin sudah membawa KPDN ke tahap yang sangat tinggi dengan beberapa Insiatif Rahmah sudah menampakkan keberkesanan di mata rakyat.

“Sesiapa sahaja yang memikul amanah tersebut pasti akan menanggung bebanan berat kerana beliau mempunyai komitmen kerja sangat tinggi, tekun dan rajin,” jelasnya.

Menjawab spekulasi nama beliau kini antara disebut-sebut sebagai pengganti Salahuddin, Mohd Sany menjelaskan komitmen, azam dan kesungguhan untuk melaksanakan program gerak kerja membantu rakyat merupakan indikator penting bagi menentukan sama ada seseorang itu layak menjadi menteri atau sebaliknya.

“Setakat ini, saya tidak tahu mengenai khabar angin itu. Namun dengan pengalaman dua penggal sebagai wakil rakyat, Insya-ALLAH saya mampu menggalas tanggungjawab berat itu.

“Ada juga mereka yang pertama kali menjadi ahli Parlimen terus diberi peluang menjadi menteri atau timbalan menteri. Yang penting adalah kemahuan kita untuk bekerja bagi memastikan kelangsungan kehidupan masyarakat dibela sebaik mungkin,” katanya.

Selain Mohd Sany, antara nama lain disebut-sebut menggantikan Allahyarham Salahuddin ialah Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof; Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Allahyarham Salahuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pulai, Johor selama dua penggal itu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Kedah pada Ahad akibat pendarahan otak.

Dalam pada itu, Aminolhuda yang juga Ahli Parlimen Sri Gading memberi jaminan beliau tidak akan mensia-siakan kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri sekiranya dipilih sebagai Menteri KPDN.

“Saya masih bersedih atas kehilangan sahabat yang sama-sama berjuang di dalam parti. Biarpun begitu, saya akan meneruskan hasrat murni yang telah diasaskan oleh Allahyarham sekiranya diberi kepercayaan dan mandat daripada Perdana Menteri.

“Saya akan memastikan perjuangan Allahyarham dalam membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar di Malaysia menangani isu kos sara hidup yang semakin meningkat akan terus dilaksanakan,” katanya.

Aminolhuda yang turut memperjuangkan Program Payung Rahmah bersama Salahuddin berkata, program itu adalah kesinambungan utama yang akan diteruskan biarpun tunjang utamanya telah tiada.

“Jika dilihat dari segi perancangan awal sehingga ke hari ini, sepatutnya Inisiatif Rahmah bukan sahaja melibatkan makanan bahkan dirancang untuk dikembangkan kepada aspek penawaran insurans, bank dan tambang kapal terbang.

"Oleh itu, program ini harus diteruskan dan selaku pimpinan dalam parti Amanah, saya selalu mengambil maklum tentang perkembangannya,” ujarnya - SH

Hmm.. nampak sangat gelojoh dan gila jawatan..


Demikianlah Artikel Patutlah Mat Sabu Sound Ahli AMANAH..

Sekianlah artikel Patutlah Mat Sabu Sound Ahli AMANAH.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Patutlah Mat Sabu Sound Ahli AMANAH.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/07/patutlah-mat-sabu-sound-ahli-amanah.html

Subscribe to receive free email updates: