Sebenarnya PM Tak Boleh Arah PDRM, SPRM Jalankan Siasatan... - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sebenarnya PM Tak Boleh Arah PDRM, SPRM Jalankan Siasatan..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Sebenarnya PM Tak Boleh Arah PDRM, SPRM Jalankan Siasatan...link :
Sebenarnya PM Tak Boleh Arah PDRM, SPRM Jalankan Siasatan...
Baca juga
Sebenarnya PM Tak Boleh Arah PDRM, SPRM Jalankan Siasatan...
Walaupun mempunyai kuasa eksekutif, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri, tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap sebagai arahan kepada agensi penguat kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang seperti siasatan terhadap kes jenayah atau salah laku rasuah.
Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, menyifatkan kenyataan amaran dikeluarkan sebanyak tiga kali oleh Perdana Menteri di Kelantan semalam, menjurus salah guna kuasa dan berlaku campur tangan pemimpin kerajaan itu dalam agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau berkata, meskipun Anwar mempunyai bidang kuasa eksekutif, ia tidak tertakluk dalam perihal pelaksanaan tindakan perundangan negara.
"Sekiranya salah laku jenayah dikesan, ia akan dimulakan dengan aduan pertama oleh mangsa atau pihak terbabit (seperti agensi, kementerian) kepada pihak berkuasa. Bagi jenayah kekerasan, aduan itu kepada PDRM, manakala jenayah rasuah pula, aduan terhadap SPRM.
"Pihak berkuasa sama ada PDRM atau SPRM harus melakukan siasatan tanpa sebarang gangguan mana-mana pihak termasuk kerajaan pada masa itu.
"Apabila seorang Perdana Menteri memberi amaran (kata dua, pulang semula harta atau sedia disiasat), maka ia dilihat sebagai salah satu campur tangan dan boleh mencabuli kedaulatan undang-undang, sekali gus boleh menjurus kepada penyalahgunaan kuasa. Dalam Akta SPRM sekali pun, ia boleh disiasat mengikut Seksyen 23," katanya kepada BH, semalam.
Anwar pada Program Jelajah Perpaduan MADANI dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kelantan, semalam memberi kata dua kepada seorang pemimpin politik, sama ada memulangkan semula harta yang didakwa dicuri atau bersedia untuk disiasat.
Dalam ucapannya, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, berkata jika pemimpin terbabit yang tidak dinamakannya, gagal berbuat demikian, beliau akan mengarahkan pihak berkuasa untuk menyiasatnya.
PEMAHAMAN SILAP
Mohamed Haniff berkata, adalah satu pemahaman yang silap apabila mengatakan sesuatu jenayah diselesaikan dengan melakukan pemulangan harta kerana ia dilihat mengabaikan kedaulatan undang-undang negara serta prinsip jenayah itu sendiri.
"Jenayah adalah jenayah. Ambil RM1 juta dan pulang RM1 juta, tidak boleh menyelesaikan perlakuan jenayah rasuah itu.
"Jika pemulangan harta yang dicuri itu berlaku, ia tidak membebaskan penjenayah, tetapi mungkin boleh mengurangkan hukuman yang akan dikenakan di mahkamah nanti dan hanya boleh ditentukan apabila perbicaraan berlangsung.
"Kes jenayah sedemikian juga tidak boleh diselesaikan seperti kes jenayah sivil seperti batal saman apabila tanah dipulangkan.
"Apa yang saya lihat menerusi kenyataan yang disiarkan, Perdana Menteri seperti tidak memahami elemen penting ini dan kenyataan itu juga seperti jelas menunjukkan hasrat campur tangannya," katanya.
Mohamed Haniff berkata, ucapan Anwar itu turut menimbulkan persoalan mengenai kenyataan beberapa bulan lalu terhadap seorang ahli perniagaan terkemuka negara berhubung pengecualian cukai yang diterimanya ketika kerajaan diterajui Perikatan Nasional dan perlunya dikembalikan kepada pesawah tempatan.
"Adakah ketika itu berlaku satu campur tangan yang salah terhadap ahli perniagaan berkenaan kerana kenyataan terbaharu Perdana Menteri mempamerkan konsistensi beliau membuat salah laku dalam urusan pihak berkuasa," katanya.
Mengulas isu sama, peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, menyifatkan kenyataan berulang kali yang dikeluarkan Perdana Menteri boleh membawa persepsi tidak baik terhadap kerajaan.
Katanya, kenyataan itu juga memberi tekanan kepada agensi penguatkuasaan yang melakukan siasatan apabila menunjukkan, tindakan yang dilakukan mereka seperti di telunjuk oleh pemimpin utama kerajaan.
"Kenyataan itu boleh dikira sebagai campur tangan politik dan bayangkan apabila beliau asyik mengulang perkara sama pada setiap waktu, seolah-olah siasatan dilakukan disebabkan arahan Perdana Menteri.
"Persepsi ini tak boleh lagi lari kerana 'arahan' diulang-ulang dan adanya campur tangan dalam SPRM, walaupun kemungkinan itu tiada.
"Ia bukan sahaja memberi tekanan kepada pihak berkuasa, malah persepsi seolah-olah agensi itu dijanakan untuk dendam politik," katanya.
Beliau berkata, Anwar sendiri perlu mengetahui hukum rule of law negara iaitu jika kesalahan dilakukan, yang perlu menyiasat adalah agensi penguat kuasa.
"Sebagai contoh dalam kes Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau sendiri menyatakan sedia disiasat tetapi skrip yang sama berulang khususnya ketika tempoh pilihan raya ini. Ia sepatutnya dihentikan dan siasatan diteruskan dengan membiarkan proses mahkamah berjalan," katanya.
Sementara itu, peguam, Datuk Adnan Seman, melihat kenyataan Perdana Menteri itu boleh ditafsirkan sebagai bersifat umum dan dalam konteks politik.
Tegasnya, pendakwaan kes jenayah dan rasuah di bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara serta tidak diputuskan oleh arahan pegawai pentadbir kerajaan termasuk menteri.
"Kenyataan sebegitu bukan hanya dilontarkan Anwar, sebaliknya pemimpin terdahulu juga pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu sebelum ini. Kita boleh katakan ia adalah kenyataan bersifat politik.
"Kita perlu ingat siapa sahaja boleh disiasat tidak kiralah bekas menteri, siasatan boleh dijalankan tiada hak kuasa.
"Saya faham ia mungkin kenyataan balas daripada kenyataan dikeluarkan pihak tertentu yang berdasarkan anggapan ada berlaku salah laku. Jadi kenyataan itu dikeluarkan sebenarnya boleh jadi asas kepada SPRM untuk mulakan siasatan dengan laporan," katanya.
Bagaimanapun, Adnan mengakui, kenyataan Perdana Menteri itu akan memberi tekanan kepada SPRM untuk segera melakukan siasatan.
"Kita kena faham lantikan berprofil tinggi seperti Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Ketua Polis Negara, walaupun dilantik Yang di-Pertuan Agong, namun ia adalah berdasarkan cadangan dikemukakan Perdana Menteri," katanya -
BH
Demikianlah Artikel Sebenarnya PM Tak Boleh Arah PDRM, SPRM Jalankan Siasatan...
Sekianlah artikel Sebenarnya PM Tak Boleh Arah PDRM, SPRM Jalankan Siasatan... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sebenarnya PM Tak Boleh Arah PDRM, SPRM Jalankan Siasatan... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/07/sebenarnya-pm-tak-boleh-arah-pdrm-sprm.html