Gelombang PN Bakal Beri Impak Besar Di Johor - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gelombang PN Bakal Beri Impak Besar Di Johor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Gelombang PN Bakal Beri Impak Besar Di Johorlink :
Gelombang PN Bakal Beri Impak Besar Di Johor
Baca juga
Gelombang PN Bakal Beri Impak Besar Di Johor
JOHOR BAHRU - Perikatan Nasional (PN) yakin gelombang yang menyumbang kepada kemenangan parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini, akan memberi impak besar di Johor.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, impak gelombang tersebut akan membawa kepada kejayaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September nanti.
Menurutnya, gelombang PN akan menerobos ke Johor yang merupakan tempat lahirnya UMNO.
"Dalam situasi dan keadaan politik negara ketika ini, PRK dua kawasan ini mempunyai signifikannya atau kesannya tersendiri. PRK ini diadakan selepas PRN enam negeri yang menyaksikan PN menang 146 kerusi atau 60 peratus.
"Dua kawasan ini iaitu Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram akan menyaksikan penerimaan gelombang PN sebagaimana yang melanda enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah sewaktu PRN," katanya.
Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Pengumuman Calon PN bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Kempas pada Rabu.
Hadir sama, Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau yang juga Timbalan Pengerusi PN, Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Azmin Ali, Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin dan Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.
Pada majlis itu, Muhyiddin mengumumkan Zulkifli Jaafar sebagai calon PN di Parlimen Pulai dan Dr Mohd Mazri Yahya sebagai calon DUN Simpang Jeram.
Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut mengingatkan jentera PN agar meningkatkan usaha untuk memujuk lebih 90 peratus pengundi Melayu keluar mengundi bagi memastikan parti itu berjaya merampas dua kerusi berkenaan.
"Parlimen Pulai yang dahulunya kawasan hitam kini sudah bertukar putih dan peluang untuk menang agak tinggi.
"Kita sudah melalui banyak pilihan raya dan ini tidak mustahil meskipun analisis kawasan sebelum ini menunjukkan kawasan gelap. Jika kita mendapat sokongan 90 peratus daripada pengundi Melayu, kita yakin boleh menang," ujarnya.
Enam PRN baru-baru ini mengekalkan status quo apabila Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) kekal memerintah di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, manakala PN mengukuhkan penguasaan di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Bagaimanapun, kemenangan dikatakan lebih berpihak kepada PN kerana berjaya menembusi kubu PH-BN apabila mengurangkan majoriti Perpaduan di ketiga-tiga negeri dikuasai PH dan BN, termasuk menamatkan penguasaan dua pertiga PH di Selangor yang dicatatkan sejak 15 tahun lalu dan berjaya bertapak di Negeri Sembilan.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram perlu diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu - SH
Demikianlah Artikel Gelombang PN Bakal Beri Impak Besar Di Johor
Sekianlah artikel Gelombang PN Bakal Beri Impak Besar Di Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gelombang PN Bakal Beri Impak Besar Di Johor dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/08/gelombang-pn-bakal-beri-impak-besar-di.html