Isu Insuran INSAN Selangor: Ini Jawapan Dari MB Selangor

Isu Insuran INSAN Selangor: Ini Jawapan Dari MB Selangor - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Insuran INSAN Selangor: Ini Jawapan Dari MB Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Insuran INSAN Selangor: Ini Jawapan Dari MB Selangor
link : Isu Insuran INSAN Selangor: Ini Jawapan Dari MB Selangor

Baca juga


Isu Insuran INSAN Selangor: Ini Jawapan Dari MB Selangor

Pada 4 Ogos lalu Kerajaan Selangor melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) memperkenalkan Skim Insan Takaful yang menyediakan pelan perlindungan kepada tiga juta rakyat negeri itu.

Ia melibatkan nilai perlindungan berjumlah RM30 bilion dengan kos sebanyak RM9.54 juta.

Skim tersebut merupakan kesinambungan daripada Skim Insan konvensional yang diperkenalkan tahun lalu.

Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Program Perlindungan Insurans Am (Insan) kepada rakyat Selangor pada tahun 2022.

Permohonan perlindungan insurans tersebut dibuka semula kepada semua rakyat Selangor yang memberi perlindungan sehingga RM10,000 untuk kematian dan hilang keupayaan kekal yang disebabkan oleh kemalangan.

Terdapat tambahan tuntutan sebanyak RM1,000 bagi kes yang melibatkan kematian untuk tujuan pengebumian.

Bagaimanapun Skim Insan Takaful yang diperkenalkan oleh Kerajaan Selangor melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) itu telah mengundang persoalan dalam kalangan warga maya.

Rata-rata mendakwa nama mereka telah didaftarkan tanpa pengetahuan dan persetujuan.

Seorang pengguna Facebook dengan akaun bernama Fais Al-Hajari mendakwa nama ibunya yang telah meninggal dunia pada 31 Mei 2022 telah didaftar untuk skim tersebut pada 9 November 2022.

Dia membuat semakan secara dalam talian melalui laman sesawang programinsan.com.

“Seingat saya mak saya tak dikebumikan dengan smartphone, so mustahil mak saya boleh download app Wavpay untuk daftar Skim Insan ini dari dalam kuburnya. Mengarut bukan? This is a very serious data breach” katanya.

Sementara itu seorang agen takaful, Mohd. Ariff berkata, semua produk kewangan adalah tertakluk kepada tadbir urus yang diselia oleh Bank Negara Malaysia.

Tegasnya, setiap produk kewangan tidak boleh didaftarkan secara automatik tanpa persetujuan tuan badan.

“Tuan-tuan, puan-puan ingat tak masa nak dapatkan bantuan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) dulu, kita kena mohon di laman web atau kaunter LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) sendiri, bukan secara automatik?

“Nak bukak akaun bank pun kena datang sendiri ke bank atau online oleh tuan badan. Nak bukak akaun CDS utk melabur saham pun kena dibuat oleh tuan badan sendiri,” katanya.

Jelas beliau, terdapat beberapa rang undang-undang seperti Akta Insurans 1996 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 diwujudkan bagi mengawal-selia insurans dan takaful di Malaysia.

Malah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 diwujudkan demi mengelak penyalahgunaan identiti dan data maklumat pengguna.

“Seandainya nama tuan-puan tersenarai dalam sebarang produk kewangan tanpa pengetahuan tuan-puan, seeloknya laporan polis dibuat demi keselamatan data peribadi tuan-puan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaGazette.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan pendaftaran secara automatik melibatkan data peribadi rakyat Selangor bagi Skim Insurans Am Selangor (INSAN) dibuat secara prapendaftaran.

Perkara itu juga memerlukan beberapa proses pengesahan jika sekiranya seseorang individu bersetuju dengan polisi insurans tersebut.

Baca ni..

SHAH ALAM: Pendaftaran secara automatik melibatkan data peribadi rakyat Selangor bagi Skim Insurans Am Selangor (INSAN) dibuat secara prapendaftaran.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan, perkara itu juga memerlukan beberapa proses pengesahan jika sekiranya seseorang individu bersetuju dengan polisi insurans tersebut.

“Kita buat (daftar) sebagai prapendaftaran dan mereka perlu sahkan dengan gambar swafoto, gambar kad pengenalan dan sebagainya untuk sahkan pendaftaran tersebut.

"Bila sudah disahkan mereka akan termaktub dalam sistem tersebut.

“Kalau tidak berminat, tidak payah aktifkan dan terdapat prosedur untuk nyahaktifkan bagi polisi tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas pengumuman portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Selangor pada Rabu.

Tambah Amirudin, perkara itu telah pun dibentangkan oleh Exco Pelaburan, Perdagangan, Perindustrian dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sebelum ini iaitu Datuk Teng Chang Kim.

Katanya lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah memaklumkan bahawa data melibatkan daftar pemilih merupakan data awam yang boleh dibeli.

“Apa yang berlaku, prapendaftaran dengan kita berhubungan dengan SPR supaya SPR mengemukakan data.

"Sebenarnya data-data awam itu yang boleh dibeli iaitu maklumat dan kita daftarkan sebagai prapendaftaran.

“Namun, kita akan ketatkan supaya tidak ramai yang boleh akses kepada sistem prapendaftaran itu. "Saya juga minta pihak pemaju (pelaksanaan sistem) mengeluarkan kenyataan bagaimana akses orang awam kepada sistem (pendaftaran) polisi yang masih belum sempurna itu,” katanya. Terdahulu, tular menerusi laman Twitter yang menyatakan maklumat peribadi orang awam di Selangor telah didaftarkan secara automatik tanpa pengetahuan.

Amirudin dalam pada itu turut mengulas dakwaan bahawa keuntungan inisiatif INSAN yang dibuat kerajaan negeri Selangor merupakan usaha meraih keuntungan bagi persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau menyifatkan tuduhan tersebut sebagai berniat jahat serta menafikan ia mempunyai kaitan dengan persiapan PRN baru-baru ini - AstroAwani


Demikianlah Artikel Isu Insuran INSAN Selangor: Ini Jawapan Dari MB Selangor

Sekianlah artikel Isu Insuran INSAN Selangor: Ini Jawapan Dari MB Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu Insuran INSAN Selangor: Ini Jawapan Dari MB Selangor dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/08/isu-insuran-insan-selangor-ini-jawapan.html

Subscribe to receive free email updates: