Kenapa PH Perlu Menang Besar Di PRK Pulai?

Kenapa PH Perlu Menang Besar Di PRK Pulai? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa PH Perlu Menang Besar Di PRK Pulai?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa PH Perlu Menang Besar Di PRK Pulai?
link : Kenapa PH Perlu Menang Besar Di PRK Pulai?

Baca juga


Kenapa PH Perlu Menang Besar Di PRK Pulai?

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) mesti mencatat kemenangan meyakinkan di kerusi Parlimen Pulai dan PRK DUN Simpang Jeram, terutama selepas keputusan PRN di enam negeri yang berakhir baru-baru ini, kata penganalisis.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata, memenangi kedua-dua kerusi itu akan membolehkan PH, dan secara tidak langsung Barisan Nasional (BN), menunjukkan kekalahan dialami dalam PRN 12 Ogos lalu boleh dipulihkan.

“Kerusi Pulai khususnya adalah penting kepada PH kerana ia adalah kerusi Parlimen; menang bermakna satu lagi Ahli Parlimen menyokong kerajaan perpaduan,” katanya kepada FMT.

“PH perlu memastikan ia memenangi dua kerusi ini dengan majoriti besar, sama seperti pilihan raya umum lalu dan pilihan raya Johor. Tetapi saya akan mengatakan ia (akan menjadi) lebih baik jika ia mendapat majoriti yang lebih besar. Amat penting untuk PH bukan sahaja menawan kedua-dua kerusi ini, tetapi menawannya dengan bergaya.”

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia bersetuju, dengan berkata memenangi kedua-dua kerusi akan meningkatkan “moral yang rendah” dalam kalangan ahli.

“Lebih-lebih lagi kerusi itu dipegang oleh seorang bekas menteri yang popular.”

Sementara itu, penganalisis politik Wong Chin Huat dari Universiti Sunway menjangkakan PRK tersebut menjadi pengukur sejauh mana pengaruh Perikatan Nasional (PN) yang semakin meningkat di bahagian selatan Semenanjung.

Dengan PN mendapat kedudukan di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pada PRN 12 Ogos, Wong berkata gabungan itu sudah pasti akan cuba untuk menembusi Johor juga.

Pada PRN Johor 2022, Allahyarham Salahuddin Ayub memenangi kerusi Simpang Jeram dengan majoriti 2,399 selepas memperoleh 8,749 undi. Pencabar terdekatnya, Zarul Salleh daripada PN, berjaya memperoleh 6,350 undi, diikuti Lokman Don daripada BN (6,062) dan Mahaizal Mahmor daripada Pejuang (208).

Bagi kerusi Pulai, Salahuddin menewaskan calon BN Nur Jazlan Mohamed pada PRU15 dengan majoriti 33,174 undi, manakala Loh Kah Yong daripada PN di tempat ketiga.

Menurut data 2018, kedua-duanya adalah kerusi campuran, dengan pengundi Melayu membentuk majoriti sedikit. BN berkata ia akan memberi laluan kepada Amanah untuk bertanding di dua kerusi itu.

Ketiga-tiga penganalisis menjangkakan PH akan berjaya mempertahankan kerusi itu, walaupun Fauzi dan Wong juga meramalkan PN akan bertanding dengan baik dalam PRK pada 9 Sept.

Wong berkata, undi Umno mungkin tidak beralih kepada PH, sebaliknya kepada PN seperti yang dibuktikan pada PRN, kecuali di Negeri Sembilan. Fauzi bersetuju, dengan berkata lonjakan sokongan PN adalah disebabkan pengundi BN yang tidak berpuas hati, memihak kepada PAS-PN.

“Saya menjangkakan trend ini akan berterusan, walaupun tidak setakat melepaskan pegangan PH di kerusi itu. Segmen penting pengundi di sini ialah pengundi BN. PH mesti mendapatkan sekurang-kurangnya separuh daripada mereka untuk keluar mengundi calon PH.

“Setelah melihat impak apa yang dipanggil ‘gelombang hijau’ di Terengganu dan Kedah, penyokong BN harus didorong untuk bertindak menafikan kemungkinan seperti itu berlaku di Johor, yang merupakan tempat kelahiran Umno,” kata Fauzi.

Hakikat bahawa Salahuddin popular dan disenangi walaupun oleh pesaing politiknya akan menjadi faktor dalam membantu mengekalkan penyokong terdahulu, katanya.

Fauzi berkata meletakkan saudara terdekat Salahuddin sebagai calon juga boleh meraih “undi simpati”.

Sebaliknya, Azmi berkata kepimpinan BN Johor mungkin membantu memastikan undi Melayu diberikan kepada calon diluluskan gabungan itu, walaupun jelas rasa tidak puas hati mengenai hubungan dengan DAP - SH


Demikianlah Artikel Kenapa PH Perlu Menang Besar Di PRK Pulai?

Sekianlah artikel Kenapa PH Perlu Menang Besar Di PRK Pulai? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa PH Perlu Menang Besar Di PRK Pulai? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/08/kenapa-ph-perlu-menang-besar-di-prk.html

Subscribe to receive free email updates: