PAS Bukan Lagi ‘Parti Lebai’...

PAS Bukan Lagi ‘Parti Lebai’... - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Bukan Lagi ‘Parti Lebai’..., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Bukan Lagi ‘Parti Lebai’...
link : PAS Bukan Lagi ‘Parti Lebai’...

Baca juga


PAS Bukan Lagi ‘Parti Lebai’...

PILIHAN raya negeri (PRN) membabitkan enam negeri kelmarin menyaksikan Pas salah satu komponen dalam Perikatan Nasional (PN) menjadi parti paling cemerlang apabila merekodkan kemenangan di 105 daripada keseluruhan 126 kerusi ditandingi mereka.

Peratusan kemenangan Pas itu yang mendominasi sebahagian besar kemenangan PN khususnya di Kedah, Terengganu dan Kelantan mencecah sehingga 82.7 peratus yang jika diukur di dalam kertas peperiksaan, parti itu mendapat markah A.

Di Kedah, Pas dan PN berjaya menguasai 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Di Kelantan pula, gabungan tersebut menang 43 daripada 45 kerusi DUN dan seterusnya di Terengganu, PN menyapu bersih kesemua 32 kerusi DUN tanpa meninggalkan satu kerusi sekali pun kepada gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN).

Pas dan PN juga menunjukkan prestasi cemerlang di Selangor dengan menggagalkan majoriti dua pertiga PH-BN di negeri tersebut apabila menang 22 kerusi daripada 56 serta berjaya menembusi Pulau Pinang setelah menang 11 daripada keseluruhan 40 kerusi.

Momentum sokongan terhadap Pas sebenarnya sudah mula kelihatan sejak Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan tahap sokongan orang Melayu dan Islam dilihat sudah beralih secara keseluruhan kepada Pas dan PN.

Faktor Pas yang dilihat bersih dengan kepemimpinan dalam kalangan ulama dan teknokrat semakin ramai di dalam parti itu juga memberi kekuatan kepadanya menjadi pilihan rakyat.

Jika dahulu orang Melayu Islam menjadikan UMNO tempat bergantung, namun trend tersebut sudah berubah dengan Pas dan PN menjadi pilihan orang Melayu Islam dan ia dibuktikan secara jelas dalam PRN ini.

Sekutu Pas di dalam PN, iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula menang 40 kerusi atau 49.4 peratus dan kalah 41 kerusi selain Gerakan hanya menang satu kerusi dengan merekodkan kekalahan di 36 kerusi.

Selain Pas, DAP salah satu parti komponen di dalam PH juga terus cemerlang apabila memenangi 46 daripada 47 kerusi yang mereka tandingi dalam PRN berkenaan dengan peratusan kemenangan mencecah 97.9 peratus.

DAP tampaknya sukar digugat di kerusi bukan Melayu dengan sokongan pengundi khususnya masyarakat Cina solid terhadap parti itu, di sebalik sokongan terhadap rakan komponen lain di dalam PH seperti PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) agak merosot dalam PRN ini.

SANGAT BURUK

PKR hanya menang di 26 kerusi manakala 33 kerusi lagi kalah dengan peratusan kemenangan sekitar 44.1 peratus. Amanah pula hanya menang lapan kerusi dan kalah di 23 kerusi dengan peratusan kemenangan sekitar 25.8 peratus.

Secara keseluruhan, PN menguasai sebanyak 146 kerusi DUN, manakala PH, 80 kerusi dan BN hanya 19 kerusi. Undi popular pula menyaksikan PN memperoleh sebanyak 3.3 juta, PH 2.4 juta dan BN hanya memperoleh 921,804.

Di dalam PRN tersebut, BN khususnya UMNO menunjukkan prestasi yang sangat buruk apabila hanya menang 19 daripada 108 kerusi, iaitu merangkumi sekitar 17.5 peratus sekali gus memberi tamparan cukup hebat kepada parti yang sebelum ini menjadi tempat kebergantungan orang Melayu dan Islam.

Bagi Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin, beliau melihat sokongan orang Melayu Islam mula beralih secara total kepada Pas dan PN.

Kata beliau, ‘gelombang hijau’ atau PN masih berterusan dalam PRN kali ini sekali gus menjadi petanda positif kepada gabungan tersebut yang menjadi pilihan rakyat khususnya orang Melayu.

Bagi pemerhati politik yang juga pensyarah Jabatan Bahasa dan Pengajian Umum, Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Muhammad Izmer Yusof pula berkata, prestasi Pas semakin mengukuh dan tahap sokongan terhadap parti Islam itu sebenarnya sudah mula meningkat sejak 2018.

Ujar beliau, antara faktor kebangkitan Pas juga apabila tahap kepercayaan orang Melayu terhadap UMNO mula menurun.

“Pas juga sudah tidak lagi dilihat sebagai parti ‘lebai’ semata-mata sebaliknya menampilkan ramai teknokrat di dalam parti itu. Selain itu, Pas juga tidak menunjukkan sifat ‘abang long’ meskipun mendominasi di dalam PN.

“Dalam PRN kali ini, secara keseluruhan Pas dan DAP menjadi parti yang menunjukkan prestasi paling cemerlang. Kemerosotan sokongan terhadap UMNO juga kerana orang Melayu dan Islam sudah mempunyai alternatif lain, iaitu PN membabitkan Pas dan Bersatu,” katanya. – UTUSAN


Demikianlah Artikel PAS Bukan Lagi ‘Parti Lebai’...

Sekianlah artikel PAS Bukan Lagi ‘Parti Lebai’... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Bukan Lagi ‘Parti Lebai’... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/08/pas-bukan-lagi-parti-lebai.html

Subscribe to receive free email updates: