Mengapa Ketua Pendakwa Perbicaraan Kes Zahid Digugurkan?

Mengapa Ketua Pendakwa Perbicaraan Kes Zahid Digugurkan? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mengapa Ketua Pendakwa Perbicaraan Kes Zahid Digugurkan?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mengapa Ketua Pendakwa Perbicaraan Kes Zahid Digugurkan?
link : Mengapa Ketua Pendakwa Perbicaraan Kes Zahid Digugurkan?

Baca juga


Mengapa Ketua Pendakwa Perbicaraan Kes Zahid Digugurkan?

RAJA Rozela Raja Toran, pendakwa kanan dalam perbicaraan kes rasuah membabitkan Ahmad Zahid Hamidi, tidak lagi mengendalikan kes berkenaan, lapor New Straits Times.

Pendakwa raya itu mengetuai pasukan pendakwaan sejak permulaan kes pertuduhan rasuah dan penyalahgunaan dana Yayasan Akal Budi (YAB) membabitkan nilai RM31 juta yang dikenakan terhadap presiden Umno itu.

“Beliau tidak lagi bersama dengan pasukan ini,” kata sumber kepada NST susulan ramai pihak mempersoalkan mengapa Raja Rozela tidak kelihatan di mahkamah.

Bagaimanapun, sumber berkenaan tidak memberikan sebab mengapa Raja Rozela dipecat.

Pejabat Peguam Negara masih belum memberi respons kepada soalan berkenaan penyingkiran Raja Rozela.

New Straits Times turut menghubungi Raja Rozela tetapi beliau enggan memberikan komen.

“Saya penjawat awam, saya tidak dibenarkan memberi komen. Maaf ya,” katanya.

Selain dari The Malaysian Insight yang melaporkan seperti di atas, Free Malaysia Today juga turut melaporkan isu ini..

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Pejuang menggesa Peguam Negara Idrus Harun menjelaskan mengapa Raja Rozela Raja Toran digugurkan sebagai timbalan pendakwa raya utama dalam perbicaraan rasuah Zahid Hamidi.

Ia selepas New Straits Times, yang memetik sumber, melaporkan Raja Rozela tidak lagi mengendalikan kes itu. Beliau tidak hadir semasa prosiding minggu lalu.

Ketika dihubungi, Raja Rozela hanya berkata kepada akhbar itu: “Saya adalah penjawat awam. Saya tidak dibenarkan untuk memberi komen. Minta maaf,” katanya.

Usaha FMT untuk mendapatkan maklum balas Idrus berhubung perkara itu juga tidak berjaya.

Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid Ali, berkata peguam negara tidak boleh berdiam diri berhubung perkara itu dan mesti memberikan penjelasan.

Dengan kes Yayasan Akalbudi Zahid kini di peringkat pembelaan, Rafique menegaskan Raja Rozela mengendalikan kes tersebut dari awal dan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap presiden Umno itu.

“Mengapa ketua pasukan pendakwaan digantikan sekarang? Peguam negara tidak boleh berdiam diri. Rakyat memerhati dan menilai,” katanya di Facebook.

Zahid dibicarakan atas 47 pertuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah (CBT) membabitkan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi, yang diasaskannya, dan menerima rasuah untuk pelbagai projek semasa beliau menjadi menteri dalam negeri.

Sebanyak 12 daripada pertuduhan adalah kes CBT, lapan kes rasuah, dan 27 kes pengubahan wang haram.

Minggu lalu, pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi ia masih mempertimbangkan representasi Zahid berhubung kes rasuahnya yang sedang berjalan.


Demikianlah Artikel Mengapa Ketua Pendakwa Perbicaraan Kes Zahid Digugurkan?

Sekianlah artikel Mengapa Ketua Pendakwa Perbicaraan Kes Zahid Digugurkan? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mengapa Ketua Pendakwa Perbicaraan Kes Zahid Digugurkan? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/08/mengapa-ketua-pendakwa-perbicaraan-kes.html

Subscribe to receive free email updates: