Alahai.. Yang Nak Lawan Sanusi Jadi MB Tu Pun.. Cokia Saja..

Alahai.. Yang Nak Lawan Sanusi Jadi MB Tu Pun.. Cokia Saja.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Alahai.. Yang Nak Lawan Sanusi Jadi MB Tu Pun.. Cokia Saja.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Alahai.. Yang Nak Lawan Sanusi Jadi MB Tu Pun.. Cokia Saja..
link : Alahai.. Yang Nak Lawan Sanusi Jadi MB Tu Pun.. Cokia Saja..

Baca juga


Alahai.. Yang Nak Lawan Sanusi Jadi MB Tu Pun.. Cokia Saja..

HANYA berbaki beberapa hari lagi sebelum pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos ini, gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mula melakukan pecutan akhir kempen termasuk menonjolkan poster boy masing-masing.

Di Kedah, persaingan poster boy adalah antara Menteri Besar (MB), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan bekas MB, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Di Selangor, pertembungan pastilah melibatkan Datuk Seri Amirudin Shari dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali - MB dan bekas MB, manakala di Negeri Sembilan, MB Datuk Seri Aminudin Harun mungkin bersaing dengan bekas timbalan menteri, Datuk Eddin Syazlee.

Ketika Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau disebut-sebut sebagai poster boy PN, Chow Kon Yeow pula diramal kekal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang jika PH-BN menang.

Terengganu dan Kelantan menyaksikan pertembungan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dengan Datuk Seri Ahmad Said manakala Datuk Mohd Amar Abdullah mungkin bakal disaingi Amran Arifin daripada BN.

Persoalannya, sejauh manakah strategi poster boy mampu mempengaruhi pengundi untuk memangkah calon dalam pilihan raya?

Apa yang pasti, siapa antara poster boy ini yang bakal bergelar Menteri Besar dan Ketua Menteri akan terjawab Sabtu ini.

Pilihan raya negeri (PRN) Kedah 12 Ogos ini diramal menyaksikan pertembungan sengit dua parti utama iaitu Perikatan Nasional (PN) serta gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN).

Selain 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi taruhan, semestinya fokus tertumpu kepada poster boy merangkap bakal Menteri Besar bagi kedua-dua koalasi terbabit.

Menjengah kem ‘tuan rumah’ PN yang berjaya menguasai 13 daripada 14 kerusi Parlimen di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, tanggungjawab mengepalai jentera pilihan raya disandarkan kepada Pengarah Pilihan Raya PN yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Digelar Panglima Perang PN, anak kelahiran Sik tersebut dilihat calon popular dalam kalangan pengundi Negeri Jelapang Padi walaupun terpalit beberapa isu panas.

Pensyarah Sains Politik Universiti Teknologi Mara Cawangan Kedah, Firdaus Ramli berkata, karakter santai serta mudah didekati semua lapisan masyarakat menjadikan Muhammad Sanusi kekal popular dalam kalangan rakyat Kedah.

“Beliau juga dilihat sebagai ‘jaguh’ oleh masyarakat tempatan terutama dalam isu yang melibatkan kepentingan negeri.

“Populariti Muhammad Sanusi menjadi salah satu faktor mengapa PN memilih beliau sebagai poster boy,” katanya kepada Sinar Premium.

Walaupun ada yang melabel penyandang kerusi DUN Jeniri itu sebagai pemimpin ‘kasar’ namun sikap tersebut tidak melunturkan sokongan terhadapnya terutama dalam kalangan penyokong PN.

“Bagi pengundi yang kekal menyokong PN, Muhammad Sanusi telah memperlihatkan imej selaku pemimpin tempatan yang berjaya mempertahankan kepentingan negeri sepanjang bergelar Menteri Besar, sekali gus memberi keyakinan kepada mereka bahawa Muhammad Sanusi layak untuk terus kekal menerajui kerajaan negeri Kedah,” katanya.

MAHADZIR JADI TARUHAN

Menurut Firdaus lagi, tidak seperti PN, gabungan PH-BN tidak memberi fokus kepada poster boy dan kerusi Menteri Besar.

“Sebaliknya tumpuan diberikan untuk mempertahankan kerusi dimenangi pada PRU14 di samping memenangi semula kerusi yang hilang kerana perbuatan lompat parti.

“Kerjasama PH-BN dalam PRN ini pula sebenarnya lebih bersifat kerjasama antara parti politik berbanding kerjasama dalam satu entiti gabungan seperti PN, ini menjadi antara sebab gabungan PH-BN tidak fokus mengetengahkan calon poster boy dan Menteri Besar seperti PN,” ujarnya.

Jelas Firdaus, calon PH-BN juga bertanding sebagai calon underdog rentetan kebangkitan gelombang hijau atau peralihan sokongan pengundi Melayu kepada PN pada PRU15 di Kedah, dan ini secara tidak langsung memberi motivasi kepada jentera PH-BN untuk berusaha keras bagi memenangi PRN kali ini.

“Gabungan PH-BN juga mengambil langkah selamat dengan menyerahkan kepada pihak istana untuk memilih Menteri Besar daripada gabungan itu jika menang PRN.

“Ini secara tidak langsung dapat mengelakkan krisis dalaman atau protes dalam kalangan ahli dan penyokong kedua-dua parti jika nama calon Menteri Besar diumumkan lebih awal,” katanya.

Bagi Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Ahmad Marthada Mohamad, walaupun PH-BN setakat ini tidak menamakan calon poster boy, namun kemunculan semula Datuk Seri Mahdzir Khalid di pentas PRN Kedah menyebabkan beliau layak diketengahkan.

“Selaku veteran politik BN dan bekas Menteri Besar, Mahdzir mempunyai cukup pengalaman dan kelayakan untuk dijadikan prospek poster boy sekali gus mengetuai kerajaan negeri Kedah untuk kali kedua.

“Walaupun gagal mempertahankan kerusi Parlimen Padang Terap pada PRU15, namun kelebihan Mahdzir boleh digunakan untuk memudahkan mobilisasi jentera dan penyusunan strategi parti bagi memenangi kerusi DUN yang ditandingi,” katanya.

Pada persaingan PRN Kedah ini, gabungan PH-BN memilih Pengerusi BN Kedah itu untuk kembali bertanding di kerusi DUN Pedu yang pernah dimenangi beliau pada PRU tahun 2004 dan 2008.

Kata Ahmad Marthada lagi, dalam konteks politik Kedah, agak sukar untuk koalisi PH-BN meletakkan calon poster boy selain daripada BN walaupun terdapat nama besar lain yang bertanding seperti Datuk Mahfuz Omar daripada parti Amanah.

Pengerusi PH Kedah itu bakal bertanding satu lawan satu dengan bekas pemain bola sepak legenda Hijau Kuning, Radhi Mat Din di kerusi DUN Alor Mengkudu.

Menariknya, kedua-dua mereka pernah bertembung ketika PRU14 pada 2018 di kerusi Parlimen Pokok Sena yang menyaksikan Mahfuz menang dengan majoriti 5,558 undi.

"Walaupun calon BN lebih sesuai diangkat sebagai calon poster boy di Kedah, namun sokongan daripada PH tetap diperlukan untuk menang,” ulas Ahmad Marthada.


Demikianlah Artikel Alahai.. Yang Nak Lawan Sanusi Jadi MB Tu Pun.. Cokia Saja..

Sekianlah artikel Alahai.. Yang Nak Lawan Sanusi Jadi MB Tu Pun.. Cokia Saja.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Alahai.. Yang Nak Lawan Sanusi Jadi MB Tu Pun.. Cokia Saja.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/08/alahai-yang-nak-lawan-sanusi-jadi-mb-tu.html

Subscribe to receive free email updates: