Pemimpin UMNO Pulau Pinang Tolak Reezal Sebagai TKM?

Pemimpin UMNO Pulau Pinang Tolak Reezal Sebagai TKM? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemimpin UMNO Pulau Pinang Tolak Reezal Sebagai TKM?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemimpin UMNO Pulau Pinang Tolak Reezal Sebagai TKM?
link : Pemimpin UMNO Pulau Pinang Tolak Reezal Sebagai TKM?

Baca juga


Pemimpin UMNO Pulau Pinang Tolak Reezal Sebagai TKM?

GEORGE TOWN: Tiada konflik kepentingan melantik bekas pemaju sebagai exco bertanggungjawab ke atas perumahan dan alam sekitar, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Beliau mempertahankan pelantikan S Sundarajoo sebagai exco perumahan dan alam sekitar negeri, dengan berkata Adun Perai itu adalah aset kepada Pulau Pinang disebabkan pengalamannya dalam industri hartanah.

“Kita perlu lihat pengalamannya selama beberapa dekad dalam pembangunan perumahan. Beliau akan jadi aset (kerajaan) dalam memahami pandangan pemaju dan pandangan teknikal daripada kerajaan,” katanya dalam sidang media di Dewan Sri Pinang.

Chow berkata, beliau mengharapkan semua exco baru dilantik melepaskan kepentingan perniagaan mereka seperti dikehendaki undang-undang.

Sundarajoo, yang julung kali menjadi Adun, adalah bekas ketua pegawai operasi pemaju hartanah, Eco World Sdn Bhd dengan pengalaman lebih 31 tahun dalam industri hartanah.

Dalam perkembangan lain, Chow mendedahkan Barisan Nasional (BN) hanya menyerahkan nama Adun Sungai Acheh Rashidi Zinol untuk jawatan exco.

Semalam, sumber Umno memberitahu, beberapa pemimpin Umno Pulau Pinang mahu Rashidi dilantik timbalan ketua menteri, bukan Adun Bertam yang juga bekas menteri persekutuan Reezal Merican Naina Merican.

Nama Reezal tiada dalam senarai exco agak mengejutkan.

Sementara itu, Chow berkata, Amanah minta diberikan satu jawatan exco, tetapi kepimpinan Pakatan Harapan (PH) berlainan pandangan.

Justeru, katanya, Adun Bayan Lepas daripada Amanah Azrul Mahathir Aziz akan dilantik timbalan speaker DUN dan beliau tidak menyebut siapa akan dilantik speaker baharu.

Beliau berkata, pelantikan exco berdasarkan jumlah kerusi dimenangi setiap parti dan bagi DAP, Adun berkhidmat dalam penggal kedua atau ketiga diutamakan.

Tetapi katanya, Sundarajoo dikecualikan kerana berdasarkan pengalaman industrinya.

Terdahulu, Chow menyaksikan majlis angkat sumpah 10 exco di hadapan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Fuzi Razak - FMT


Demikianlah Artikel Pemimpin UMNO Pulau Pinang Tolak Reezal Sebagai TKM?

Sekianlah artikel Pemimpin UMNO Pulau Pinang Tolak Reezal Sebagai TKM? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemimpin UMNO Pulau Pinang Tolak Reezal Sebagai TKM? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/08/pemimpin-umno-pulau-pinang-tolak-reezal.html

Subscribe to receive free email updates: