Yang Menang Dan Kalah Dalam PRN..

Yang Menang Dan Kalah Dalam PRN.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Yang Menang Dan Kalah Dalam PRN.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Yang Menang Dan Kalah Dalam PRN..
link : Yang Menang Dan Kalah Dalam PRN..

Baca juga


Yang Menang Dan Kalah Dalam PRN..

PRN di enam negeri melabuhkan tirai dengan status quo kekal di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Namun, ada beberapa perkara penting daripada keputusan pengundian semalam, yang mana Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi terbanyak secara keseluruhan.

FMT senaraikan beberapa pemenang dan mereka yang kalah pada PRN.

MENANG - SANUSI NOR 

Menteri besar Kedah itu mendapat publisiti dengan dakwaan kontroversinya sepanjang tempoh berkempen, namun popularitinya di negeri itu tidak pernah diragui.

Pengarah pilihanraya PN itu bukan sahaja menggerakkan kempen yang sangat berjaya untuk gabungan itu di enam negeri tetapi turut memimpin Kedah.

Selepas segalanya selesai, PN berjaya menang 33 daripada 36 kerusi di Kedah dan melenyapkan Umno daripada negeri itu. PH hanya mampu menang tiga kerusi berbanding 18 dimenangi pada pilihan raya lalu.

KALAH - UMNO

Umno yang memimpin Barisan Nasional (BN) bertanding 108 kerusi untuk kerajaan perpaduan tetapi hanya menang 19 kerusi, kadar kemenangan kecil 17.7%.

Ia gagal memenangi sebarang kerusi di Kedah dan Terengganu, dan hanya menang satu kerusi di Kelantan. Umno semakin hilang kedudukan di Pulau Pinang, Selangor, malah juga di Negeri Sembilan di mana ia menunjukkan prestasi baik.

Selepas menerima tamparan hebat dalam PRU15 dan kini PRN, Umno perlu bermuhasabah diri secara serius – satu langkah yang agak ke belakang untuk sebuah parti yang pernah bermegah dengan tiga juta ahli dan kehadiran yang kuat di hampir setiap kawasan Parlimen di negara ini.

MENANG - PH 

Gabungan pimpinan Anwar Ibrahim kekal di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor, biarpun PN berjaya sedikit dalam menembusi tiga negeri terbabit.

Bagaimanapun, perlu diingat PH menunjukkan ia boleh menguasai sendiri beberapa kerusi Melayu dan mengatasi sekutunya BN di setiap negeri.

Keputusan menunjukkan walaupun PH dikritik sejak ia membentuk gabungan perpaduan dengan pelbagai pesaing termasuk BN, ia berjaya mengekalkan kepercayaan asas sokongan terasnya.

KALAH - MUDA

Semua 14 calon parti itu kalah teruk di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Kemusnahan” terhadap parti itu melangkaui perbelanjaan pilihan raya. Tempoh berkempen menyaksikan ia dikecam hebat penyokong PH yang menuduh parti itu cuba memecahkan undi.

Muda yang pernah dilihat sebagai sekutu kepada PH, kini melihat untuk meneruskan perjalanan politiknya secara bersendirian dengan tanpa petunjuk ia boleh memenangi pilihan raya.

MENANG - PN

Pakatan pembangkang membina prestasi kukuhnya pada PRU15 dan menunjukkan ia bukan hanya berlaku sekali.

Dalam kebanyakan kerusi, dua parti utamanya – Bersatu dan PAS – bersemuka dengan Umno, terutama di kerusi Melayu, dan muncul di tempat teratas.

Kepercayaan terhadap PN, terutama dalam kalangan pengundi Melayu bertambah kukuh dan mereka akan memanfaatkan sepenuhnya dakwaan bahawa PRN adalah referendum menentang kerajaan persekutuan.

KALAH - GERAKAN

PN mungkin memperoleh yang paling banyak tetapi kemenangannya mempunyai sedikit kaitan, jika ada, dengan Gerakan.

Presiden Gerakan Dominic Lau tewas di kerusi majoriti Melayu di Bayan Lepas, tetapi layanan PAS terhadapnya dan parti semasa berkempen benar-benar “merosakkan”.

Pada satu ceramah PN, Lau, yang pencalonannya di Bayan Lepas mengundang kemarahan PAS bahagian, diberitahu kehadirannya tidak dialu-alukan. Dilaporkan juga akar umbi PAS enggan membantu kempennya.

Akhirnya, Gerakan gagal membantu PN memenangi sokongan bukan Melayu, menimbulkan persoalan mengenai masa depannya dalam gabungan itu.


Demikianlah Artikel Yang Menang Dan Kalah Dalam PRN..

Sekianlah artikel Yang Menang Dan Kalah Dalam PRN.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Yang Menang Dan Kalah Dalam PRN.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/08/yang-menang-dan-kalah-dalam-prn.html

Subscribe to receive free email updates: