Isu Beras: Ini Cara Jokowi - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Beras: Ini Cara Jokowi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Isu Beras: Ini Cara Jokowilink :
Isu Beras: Ini Cara Jokowi
Baca juga
Isu Beras: Ini Cara Jokowi
BARU-BARU ini, Presiden Jokowi pergi ke gudang beras Perum Bulog di Dramaga, Kabupaten Bogor, Jawa Barat untuk melihat sendiri stok beras. Pada waktu yang sama, beliau beri bantuan beras.
“Kalau stoknya masih ada, kita akan teruskan bantuan beras,” beliau beri jaminan.
Tanpa berselindung, beliau beritahu rakyat Indonesia, memang ada masalah bekalan beras. Nombor satu, pengeksport utama India melarang eksport beras buat sementara waktu.
Di Pakistan ada masalah kemarau. Negara-negara lain macam Kemboja, Thailand dan Vietnam mengehadkan eksport. Tapi rakyat Indonesia tak perlu khuatir. Stok beras mencukupi. Beliau juga sedar ada kenaikan harga beras di Indonesia.
Angka kenaikan dicatatkan melebihi 13 peratus. Bulan Ogos lalu, mencatatkan kadar inflasi harga beras yang tinggi, malah lebih tinggi dari Oktober 2015. Ia angka daripada Badan Pusat Statistik (BPS) Indonesia.
Awang percaya rakyat Indonesia ditenangkan dengan kenyataan Pak Presiden. Beliau tak salahkan sesiapa. Tak bagi alasan macam-macam. Apa yang sebenarnya berlaku diberitahu kepada rakyat.
Malah menurut Data Pusat Informasi Harga Pangan Strategis Nasional (PIHPSN), harga beras kelas sederhana pada masa ini adalah yang tertinggi pernah dicatatkan oleh badan pengawas itu.
RAKYAT MAHU MAKLUMAT BETUL
Awang percaya sekiranya maklumat yang betul diberikan, tak ada alasan rakyat nak marah.
Memang betul ada masalah kekurangan beras yang dibawa masuk. Tapi rakyat akan marah jikalau ada pihak ‘kong kalikong’ dalam soal beras ini.
Ada khabar bahawa beras tempatan 'hilang' disebabkan pihak-pihak tertentu bagi label baharu beras tempatan jadi beras import. Beras import tak ada siling harga. Betul tidaknya kenalah disiasat.
Kita dah tengok apa yang berlaku pada minyak masak kampit untuk rakyat. Tiba-tiba minyak masak jenis itu hilang dari rak.
Apakah tidak mungkin minyak yang sama masuk dalam botol dan dilabel bukan sebagai barang kawalan?
Mungkin rakyat kita banyak tak tahu bahawa harga beras tempatan di Malaysia jauh lebih murah dari Indonesia. Malah harga minyak masak dan petrol begitu juga. Indonesia dah lebih 20 tahun hapuskan subsidi barangan itu.
Pada masa ini, harga beras Indonesia di bawah harga Negara Brunei Darussalam. Maknanya di antara negara-negara ASEAN, beras di Indonesia yang kedua tertinggi mahalnya. Harga beras kita adalah yang kedua terendah bagi sekilo.
Pada pendapat Awang, isu beras jadi masalah di negara ini oleh sebab kurangnya penerangan. Juga kurang strategi tindakan yang betul untuk menanganinya.
Demikianlah Artikel Isu Beras: Ini Cara Jokowi
Sekianlah artikel Isu Beras: Ini Cara Jokowi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Isu Beras: Ini Cara Jokowi dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2023/09/isu-beras-ini-cara-jokowi.html